omniture

Masa Penerbangan 15 Jam - MMC UAV Lancar Hidron Pemecah Rekod Baharu

MMC UAV
2019-09-23 08:17 544

SHENZHEN, China, 23 September 2019 /PRNewswire/ -- MMC UAV melancarkan hidron baharu Griflion H, dengan pemecah rekod masa penerbangan selama 15 jam pada 17 September 2019 di German semasa InterGEO 2019, pameran geoinformasi terbesar di dunia. Ia merupakan dron dikuasakan hidrogen yang berlepas dan mendarat secara vertikal dengan reka bentuk bersepadu dan menggunakan bateri bahan api hidrogen yang dibangunkan oleh MMC dengan kestabilan yang hebat.

Griflion H di InterGEO 2019
Griflion H di InterGEO 2019

 

Portfolio Produk Rantaian Perindustrian MMC UAV
Portfolio Produk Rantaian Perindustrian MMC UAV

Masa Penerbangan 15 Jam untuk Peningkatan Kecekapan Misi

Kemuncak Griflion H ialah masa penerbangan yang telah dipanjangkan, hasil kecekapan tinggi plat logam bipolar bahan bakar sel hidrogen dengan kapasiti penyimpanan maksimum hidrogen sebanyak 27L. Masa penerbangannya mencecah rekod 15 jam tanpa muatan dan 10 jam dengan muatan 3kg tatkala kebanyakan dron di pasaran hanya mempunyai masa penerbangan maksimum selama 2 jam. Dalam tugas pemetaan, misi biasanya diganggu oleh banyaknya pelepasan dan pendaratan di tempat-tempat yang berbeza dan menjadi punca kepada penurunan kecekapan. Peningkatan masa penerbangan Griflion H memenambah baik kecekapan misi. Ciri-ciri lain termasuk kemudahan pengoperasian, keselamatan yang tinggi, liputan yang luas, emisi sifar dan hingar yang rendah. Ditambah dengan muatan yang berlainan, ia memberikan penyelesaian kepada pelanggan global dalam bidang-bidang seperti tinjauan dan pemetaan, penyelamatan, keselamatan & perlindungan, pemerhatian sempadan dan pemerhatian hutan.

Produk Rantaian Industri dengan Rekabentuk Bersepadu

Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat yang mampu membuat penyepaduan rantaian industri dan penyelidikan dan pembangunan bebas, MMC UAV telah membangunkan sistem kuasa hidrogen sendiri termasuk bateri hidrogen, silinder hidrogen, injap pengurangan tekanan, pemampat hidrogen, dan penjana hidrogen.

MMC UAV telah melancarkan multirotor bertenaga hidrogen pertama di dunia - HyDrone 1800 dengan 273 minit masa penerbangan pada 2016. Griflion H telah mengalami peningkatan secara keseluruhan dan kini mempunyai sistem bahan api hidrogen yang kukuh yang memecahkan rekod masa penerbangannya sendiri. Reka bentuk bersepadu ini memberikan perkaitan yang mantap antara dron, sel bahan api dan muatan.

Latar Belakang MMC

MMC UAV ialah pengeluar UAV industri terkemuka yang menumpukan untuk menghasilkan produk-produk UAV berprestasi tinggi. Ia telah menubuhkan portfolio produk rantaian industri termasuk dron, kerangka udara, sistem kuasa, kawalan penerbangan, penghantaran imej, stesen kawalan darat dan jalan penyelesaian terbaik UAV begitu juga perkhidmatan OEM dan ODM untuk pelanggan global dalam bidang seperti pemeriksaan, keselamatan awam, mencari & menyelamat, kaji selidik & pemetaan, perlindungan alam sekitar dan banyak lagi agar mereka dapat bekerja dengan lebih selamat, dengan kecekapan yang lebih tinggi dan dengan kos yang lebih rendah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587365-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587365-1-b?lang=0

Source: MMC UAV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news