SEOUL, Korea Selatan, 23 September 2019 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea mengumumkan pesta Ginseng Korea di seluruh negara dijadualkan bermula September ini.
Bermula dengan pesta pertama di Eumseong, Chungcheongbuk-do pada 26/9, Pesta Ginseng Korea akan berlangsung di 24 buah bandar Korea. Acara tahunan Pesta Ginseng Korea yang meraikan musim luruh dan musim menuai ini menyediakan peluang terbaik untuk mencuba rasa ginseng Korea dan menikmati pelbagai acara kebudayaan. Ia sesuai untuk aktiviti bersiar-siar bersama keluarga dan sebuah acara terkenal bagi pelancong.
Pesta Ginseng Korea melibatkan pasar tani di mana seseorang boleh membeli ginseng berkualiti tinggi Korea secara langsung pada harga munasabah, meraih pengalaman menuai ginseng, menyertai kelas memasak dengan ginseng, melawat pasar yang makanannya diperbuat dengan ginseng, dan pelbagai pameran serta tawaran pengalaman lain. Tambahan lagi, setiap wilayah akan meraikan pelawat dengan pelbagai jenis persembahan dan acara kebudayaan.
"Ginseng Korea telah membuktikan ia memiliki banyak manfaat kesihatan sejak bertahun-tahun dulu. Penyelidikan terkini menambah penambahbaikan kesihatan tulang ke dalam senarai manfaatnya," kata Ban Sang-Bae, Presiden Persatuan Ginseng Korea. "Kami berharap para pelawat pesta ini akan menempa kenangan yang berkekalan dan juga memperoleh manfaat kesihatan."
Bermula September ini Pesta Ginseng akan diadakan di wilayah berikut:
Untuk maklumat lanjut dan jadual pesta, sila semak laman utama Persatuan Ginseng Korea (http://www.korean-ginseng.org/bbs/board.php?bo_table=branch2).
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576548-1?lang=0