omniture

HUAWEI CLOUD Berkembang Maju dalam Pasaran Global melalui Awan + AI + 5G + IoT

HUAWEI CLOUD
2019-09-23 11:02 368

Penerimaan HUAWEI CLOUD melonjak apabila perusahaan mencari kelas baharu aplikasi terhubung dan pintar

SHANGHAI, 23 September 2019 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD telah mengumumkan siri pelaburan strategik tahun 2019 untuk meluaskan jejak globalnya sebagai respons kepada peningkatan permintaan untuk platform awannya yang pintar, selamat dan stabil. HUAWEI CLOUD menyaksikan penerimaan kukuh perkhidmatannya dan hari ini mengendalikan 23 kawasan awan dan 45 zon ketersediaan di seluruh Afrika, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Latin, lalu memperkasa transformasi digital untuk organisasi-organisasi seluruh dunia.

Di HUAWEI CONNECT 2019, Edward Deng, Presiden Pasaran Global HUAWEI CLOUD, berkata: "Penumpuan antara Awan+AI+5G+IoT mencipta proposisi nilai baharu yang dramatik. Kami menakrifkan kombinasi teknologi ini dan perubahaan yang mengiringinya sebagai 'Pertembungan Baharu'. Gabungan baharu ini mencipta pengalaman, aplikasi dan industri baharu, lantas membolehkan semua perkara yang tidak cukup bagus, mustahil untuk direalisasikan atau tidak dapat dibayangkan pada masa lalu dapat dijayakan, seraya memberi nilai sosial yang revolusioner."

Edward Deng, President of HUAWEI CLOUD Global Market
Edward Deng, President of HUAWEI CLOUD Global Market

AI, 5G dan IoT akan bergabung melalui perkhidmatan awan berbilang seni bina di HUAWEI CLOUD untuk mendorong "Pertembungan Baharu" dan mempercepatkan transformasi pintar.

Membawa Kelebihan AI kepada Perusahaan Asia Pasifik 

Demi memenuhi permintaan, pada tahun 2019, HUAWEI CLOUD mengggunakan lebih banyak zon ketersediaan, menyediakan perkhidmatan awan yang selamat dan andal di seluruh Asia Pasifik. Hari ini di rantau berkenaan, terdapat 7 zon ketersediaan, dengan pasukan perkhidmatan tempatan berada di lebih 10 negara untuk menyelesaikan isu-isu pelanggan dengan pantas dan mudah.

Di samping itu, HUAWEI CLOUD melancarkan beberapa perkhidmatan baharu yang dapat membawakan keupayaan AI yang mengubah industri bagi membantu perniagaan Asia Pasifik mendorong kecekapan, inovasi dan juga pertumbuhan.

Sejak awal tahun 2019, di Asia Pasifik, HUAWEI CLOUD telah menyaksikan peningkatan penerimaan antara perusahaan-perusahaan dalam sektor internet, kewangan, telekomunikasi, pengangkutan dan logistik.

Satu pelanggan yang mendapat manfaat daripada HUAWEI CLOUD ialah J&T Express, sebuah syarikat penyerahan ekspres yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 600 juta pengguna di tujuh negara di Asia Tenggara. J&T Express memanfaatkan liputan global HUAWEI CLOUD untuk mengoptimumkan seni bina IT transnasionalnya dan menggunakan perkhidmatan di infrastruktur awan.

Penyedia Perkhidmatan Awan Pertama Dunia di Afrika 

HUAWEI CLOUD kini menawarkan perkhidmatan komersial di Afrika Selatan. Ini menjadikan Huawei sebagai penyedia perkhidmatan awan pertama dunia dengan pusat data operasi berada di Afrika, dengan sokongan yang kini diberikan merentas 12 negara Afrika.

Sejak enam bulan lalu, pengguna dan rakan kongsi HUAWEI CLOUD berkembang dengan pesat di Afrika. Pelanggan-pelanggannya termasuk perusahaan Afrika terkemuka, seperti yang berikut:

  • Kilimall, platform e-dagang tempatan Afrika, menggunakan HUAWEI CLOUD untuk meluaskan sumber dengan pantas dan menambah perkhidmatan baharu secara fleksibel mengikut permintaan pelanggan yang berkembang pantas.
  • Weshare, sebuah syarikat kewangan Internet yang terbuka, mendapat manfaat daripada penggunaan perkhidmatan dua minggu yang memendekkan kependaman akses ke ibu pejabat kepada kurang daripada 100 ms, lalu membolehkan perkhidmatan kewangan yang lebih pantas di Kenya.
  • Africawide, sebuah syarikat perunding di Afrika Selatan, yang mana HUAWEI CLOUD mengaplikasikan teknologi kontena dan membina pusat operasi global untuk mengurangkan TCO, menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan kefleksibelan perkhidmatan.

Membolehkan Perniagaan Bercita-cita Tinggi Berkembang dengan Kecerdasan 

Pada bulan ogos, Huawei Cloud mengumumkan pembukaan di wilayah Chile, menyediakan platform awan tindanan penuh dan pelbagai jenis perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Amerika Latin.

Berkembang ke seluruh dunia menonjolkan peluang-peluang besar untuk perusahaan ini dan kritikal untuk pembangunan industri dan juga ekonomi. Untuk mendayakan pertumbuhan ini, HUAWEI CLOUD akan terus meluasan kehadiran globalnya bagi menawarkan akses satu-klik kepada infrastruktur global yang disokong oleh perkhidmatan tempatan, membolehkan capaian global sekaligus memenuhi keperluan data tempatan.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur dan peranti pintar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587190-1?lang=0

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion