omniture

HUAWEI CLOUD ModelArts2.0: Merevolusikan Pembangunan AI

HUAWEI CLOUD
2019-09-24 00:30 331

SHANGHAI, 24 September 2019 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2019, Jack Jia, Pengurus Besar Pembangunan Perkhidmatan EI HUAWEI CLOUD, mengumumkan pelancaran platform pembangunan dan pengurusan AI sehenti baharu, ModelArts2.0.

HUAWEI CLOUD melancarkan ModelArts secara rasmi pada 2018. Sehingga kini, ModelArts telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 40,000 pembangun dan digunakan secara meluas dalam industri seperti pembinaan, Internet dan penjagaan kesihatan.

Jack Jia mengumumkan bahawa ModelArts2.0 telah menjadikan pembangunan AI lebih mudah dan lebih automatik. ModelArts2.0 merupakan satu kemajuan besar dalam aspek persiapan data, pembangunan algoritma, pelatihan model, pengurusan model dan inferens model. ModelArts2.0 menyertakan lebih daripada 10 ciri dan perkhidmatan baharu, meliputi seluruh kitar hayat model AI.

Dalam aspek pemprosesan data, ModelArts2.0 secara automatik menapis keluar data tidak sah untuk pelatihan model menggunakan ciri penapisan data pintar. Contohnya, imej kabur atau dedahan lebih akan ditapis keluar untuk pelabelan dalam senario analisis visual. Dalam senario perniagaan, item lain akan ditapis keluar.

Dengan menaik taraf pembelajaran aktif konvensional, teknologi pelabelan hibrid telah diperkenal dan boleh menambah baik kecekapan pelabelan sekurang-kurangnya lima kali ganda.

Selain pelabelan automatik, ModelArts2.0 akan membawa penilaian data dan fungsi diagnosis dalam talian. Kini, ModelArts2.0 menyediakan pengekstrakan ciri automatik dan keupayaan visualisasi berasaskan kira-kira 20 ciri, seperti ciri kualiti sampel, sifat imej dan ciri pelabelan. Ciri-ciri ini membantu pembangun mengenal pasti perhubungan dalam yang tersembunyi antara titik data, yang boleh digunakan kemudiannya untuk pengoptimuman data.

Dalam aspek latihan, teknologi carian pelbagai elemen menyatukan peningkatan data automatik, carian hiperparameter automatik, carian seni bina neural dan teknologi lain untuk membantu pengguna membangunkan model AI yang mengatasi prestasi tahap kejituan biasa untuk industri dengan pantas.

ModelArts SDK terbuka boleh disatukan dengan persekitaran pembangunan pihak ketiga, contohnya PyCharm. Ia memperkemas rancangan pembangunan untuk aplikasi kelas perusahaan, membolehkan pembangun mengambil peluang secara fleksibel ke atas keupayaan perkomputeran awan berkuasa tinggi atas permintaan. Ia menyokong pembangunan dalam talian dan luar talian yang bersifat kolaboratif.

Bagi jurutera algoritma dan saintis data berpengalaman yang ingin lebih fokus kepada pemodelan data dan penyelesaian masalah, rangka kerja perkomputeran AI Huawei, MindSpore, menyediakan keupayaan pemprosesan selari automatik dan keupayaan pembezaan automatik berkuasa tinggi. 

Dalam aspek pengurusan model, ia sama-sama sangat penting dan sangat sukar untuk pembangun algoritma membuat penilaian dan pengoptimuman prestasi model. ModelArts2.0 menyediakan API penilaian model ekstensif dan keupayaan visualisasi, dan malahan menawarkan cadangan diagnosis model untuk pembangunan AI berasaskan penilaian ini. ModelArts2.0 membantu pembangun mengoptimumkan model mereka.

Dalam aspek inferens model, ModelArts2.0 ialah platform pembangunan dan pengurusan AI pertama dalam industri menyediakan pengesanan contoh keras automatik. Ia menggunakan pembelajaran dalam talian untuk memperkemas perjalanan dan pembangunan model AI. Model ini boleh belajar dan berevolusi dalam talian bersama-sama peningkatan dan perubahan data. ModelArts2.0 menyediakan AI kelas perusahaan sebenar yang mampu berevolusi. Fungsi ini telah diuji ke atas Octopus HUAWEI CLOUD.

Jack Jia berkata, "Pada 2019, Huawei melengkapkan penyepaduan keupayaan AI tindanan penuh daripada cip sehingga perisian dan AI HUAWEI CLOUD telah dinaik taraf secara signifikan. Menerusi inovasi teknikal, kami berharap agar dapat menyediakan pengalaman pembangunan AI baharu. Kami berharap untuk merendahkan halangan masuk secara signifikan, bagi memudahkan mereka yang baharu dalam AI untuk terlibat, dan memudahkan pembangun perisian sedia ada untuk menguasai teknik AI dengan pantas. Kami ingin menambah baik kecekapan pembangun AI profesional secara signifikan dan memberi ruang kepada jurutera algoritma dan saintis data untuk memberi fokus terhadap penyelidikan asas dalam algoritma teras yang mereka gunakan dan menghasilkan inovasi baharu. Kami ingin membebaskan potensi tanpa batasan yang masih lagi tersembunyi."

Latar belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global terkemuka infrastruktur teknologi informasi dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services