omniture

Laporan Institut Penyelidikan Kesihatan PwC Tunjukkan Penentu Sosial Kesihatan Gugat Kemajuan Perubatan Moden

PwC
2019-09-24 18:00 136

Lima puluh tujuh peratus pengguna disoal selidik berkata doktor mereka tidak pernah membincangkan tentang faktor-faktor sosial penting yang menjejaskan kesihatan mereka 

Tanpa situasi mendesak yang baharu, pemimpin penjagaan kesihatan PwC berkata kemajuan perubatan mungkin tidak berkesan   

NEW YORK, 24 September 2019 /PRNewswire/ -- Peningkatan penyakit yang disebabkan oleh tingkah laku kita dan penentu sosial kesihatan mengancam untuk menggugat belanjawan dalam negara-negara kaya dan juga miskin, dan pada masa yang sama menindas kuasa perubatan moden untuk memperbaiki kehidupan. Laporan baharu PwC "Action required: The urgency of addressing social determinants of health (Tindakan diperlukan: Keterdesakan dalam menangani penentu sosial kesihatan)" menyatakan mengapa pihak berkepentingan penjagaan kesihatan perlu bertindak sekarang.

Penentu sosial kesihatan—atau faktor-faktor sosial, ekonomi dan alam sekitar di tempat mereka menetap dan bekerja seperti pengasingan sosial, ketaksamaan ekonomi, pencemaran dan kawasan ketandusan makanan—menghalang begitu ramai orang di seluruh dunia daripada membuat pilihan yang sihat. Kesannya juga tidak dapat diabaikan: PwC meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, banyak negara akan melihat kadar obesiti/berat badan berlebihan melebihi 68 peratus daripada penduduk. Dengan melabur lebih awal dalam strategi-strategi penentu sosial yang membantu orang ramai dengan perumahan, senaman, sokongan kesihatan mental dan keupayaan mendapatkan ubat-ubatan, kerajaan dan sistem kesihatan bersedia untuk menjimatkan wang dalam jangka panjang dan meningkatkan hasil kesihatan.

"Rawatan perubatan yang inovatif tidak akan berkesan sekiranya orang ramai tidak mempunyai sokongan sosial dan akses kepada sumber-sumber yang tersedia bagi membantu mereka kekal sihat," kata Kelly Barnes, Pemimpin Industri-industri Kesihatan Global dan AS PwC. "Ini bukan pilihan; organisasi-organisasi penjagaan kesihatan dan kerajaan yang tidak bertindak terhadap penentu sosial akan membelanjakan semakin banyak wang, hanya untuk melihat keadaan kesihatan menurun."

Keputusan laporan ini mencadangkan peluang bagi sistem penjagaan kesihatan dan kerajaan menyasarkan penentu sosial kesihatan menerusi campur tangan lebih awal bagi menghalang atau melengahkan perkembangan penyakit kronik, khususnya apabila ia melibatkan obesiti dan diabetes.

Bagaimana untuk menerajui penentu sosial kesihatan: Lima langkah ke arah tindakan berani
PwC telah mengenal pasti lima langkah untuk membantu pemegang kepentingan membangunkan strategi-strategi penentu sosial kesihatan:

  1. Mewujudkan kehendak kolektif. Terlalu ramai pihak berkepentingan penjagaan kesihatan tidak membicarakan soal penentu sosial, memandangkan hanya 43 peratus responden untuk tinjauan pengguna global Institut Penyelidikan Kesihatan PwC Jun 2019 berkata doktor mereka pernah membangkitkan subjek tersebut bersama mereka. Pekerja kesihatan yang lain seperti jururawat, ahli farmasi dan pakar diet, membicarakan tentangnya pada tahap yang lebih rendah, mengetengahkan peluang untuk melibatkan pekerja penjagaan kesihatan dengan lebih luas. Penganjur dapat membantu menghimpunkan rakan-rakan kongsi merentas sistem dengan menunjukkan faedah-faedah jangka panjang kepada setiap pihak berkepentingan bagi mencegah lebih banyak penyakit.
  2. Membangunkan rangka kerja yang membolehkan rakan kongsi berusaha ke arah matlamat bersama. Sebaik sahaja mereka telah bekerja keras untuk membina gabungan, rakan-rakan kongsi perlu menangani cabaran setiap hari untuk menggabungkan tempat kerja berbeza dengan misi, insentif dan perspektif berlainan. Pengguna menjangkakan bahawa penjagaan harus disepadukan dengan lebih baik bagi mencipta pengalaman yang lancar; kira-kira satu pertiga daripada pengguna yang ditanyakan dalam tinjauan pengguna global HRI 2019 menyatakan bahawa terdapatnya peluang untuk menghubungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sosial dengan lebih baik.
  3. Memperoleh pemahaman data untuk memaklumkan proses membuat keputusan. Analitik prediktif juga boleh digunakan untuk mempertimbangkan kedua-dua tingkah laku individu dan tingkah laku penduduk. Ramai pengguna merasakan bahawa beberapa tanggungjawab individu dapat membawa perubahan, namun demikian 47% responden bagi tinjauan pengguna global HRI 2019 PwC menyatakan bahawa penyedia penjagaan kesihatan tidak berkongsi ramalan tentang perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mungkin diperlukan oleh pesakit ini pada masa depan dengan mengambil kira sejarah perubatan mereka. Sekalipun orang ramai mendapat motivasi, mereka sering kekurangan maklumat atau alatan untuk mencegah keadaan yang kronik.   
  4. Melibatkan dan mencerminkan komuniti.  Strategi-strategi penentu sosial kesihatan haruslah didasarkan kepada cara orang ramai menjalani kehidupan dan bekerja. Meskipun 56 peratus daripada responden tinjauan pengguna HRI menyatakan mereka menggunakan atau merancang untuk menggunakan telefon pintar mereka untuk menyokong kesihatan mereka, teknologi hanya dapat berfungsi sekiranya ia diterima dan dipercayai oleh anggota-anggota komuniti yang dijangka untuk menggunakannya. Penjual, penyedia teknologi, pekerja kesihatan rumah dan pendidik boleh menyediakan laluan baharu untuk terlibat dengan pengguna.
  5. Mengukur dan menggunakan semula. Di Sydney Barat, satu gabungan yang dikhususkan kepada pencegahan diabetes dalam kalangan penduduk kawasannya menetapkan matlamat yang boleh diukur seperti mengurangkan berat penduduk dan tahap HbA1C, kemudian mula membangunkan papan pemuka diabetes untuk membantu mengukur intervensi yang berfungsi dan menjejaki trend dalam kos. Laporan kajian semula akhir-tahun tahunan dan rancangan untuk tahun akan datang dapat membantu memperbaiki lagi strategi dan pelaburannya.

"Pemimpin-pemimpin bagi penentu sosial kesihatan telah membina gabungan, memanfaatkan potensi data dan analitik prediktif serta mengenal pasti di mana pelaburan awal dalam suatu intervensi dapat memberi kesan yang amat besar kepada kesihatan dan kehidupan orang ramai," kata Kelly Barnes dari PwC. "Kami tidak boleh meremehkan kesan transformatif yang diberikan oleh tindakan ini bukan sahaja terhadap sistem kesihatan dan kerajaan, tetapi juga tahun-tahun kehidupan sihat yang dapat kami berikan kepada lebih ramai orang di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang laporan baharu PwC "Action required: The urgency of addressing social determinants of health (Tindakan diperlukan: Keterdesakan dalam menangani penentu sosial kesihatan)," muat turun laporan di http://pwc.com/sdoh.

Latar Belakang PwC 

Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 158 negara bersama lebih 236,000 orang yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila rujuk www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut.  © 2019 PwC. Hak cipta terpelihara.

Source: PwC
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Publishing/Information Service Sports Supplementary Medicine Survey, Polls & Research