BEIJING, 25 September 2019 /PRNewswire/ -- Forum Datuk Bandar China-ASEAN 2019 telah diadakan pada 18 September di Nanning, ibu negara Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Dengan bertemakan "Mempromosikan Kerjasama antara dan Pembangunan Lestari Bandar-bandar China-ASEAN, Bersama Mewujudkan Masa Depan yang Cerah di sepanjang Laluan Sutera", forum pada tahun ini telah menjemput seramai lebih 300 tetamu dari China dan negara-negara lain untuk mempertimbangkan mengenai pembangunan lestari bandar-bandar,. CRI Online menyediakan media sokongan pada majlis tersebut.
Dengan memfokus pada kerjasama kebudayaan serantau dan pembangunan bersama antara China dan negara-negara ASEAN, para tetamu memberi tumpuan kepada tiga topik utama - kesalinghubungan, kerjasama perniagaan, dan kehidupan yang lebih baik – sebagai langkah untuk meningkatkan mutu, pertukaran mampan dan perkongsian antara China dan negara-negara ASEAN dari segi polisi, kemudahan, perdagangan, pelaburan dan hubungan dua hala, pada masa yang sama membina komuniti China-ASEAN yang mengiktiraf dan menghormati masa depan bersama wilayah itu.
Semasa majlis itu, Chen Wu, Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menyeru satu usaha bersepadu untuk membina Koridor Perdagangan Laut-Darat di barat, meningkatkan hubungan dan ikatan antara China dan ASEAN, menaiktaraf Pelabuhan Maklumat China-ASEAN, membangunkan sebuah "laluan sutera" digital dan hab kewangan yang melibatkan ASEAN, serta memudahkan aliran modal antara China dan negara-negara ASEAN. Encik Chen menambah bahawa Guangxi merancang untuk mempercepatkan kerja yang terlibat dalam menubuhkan zon rintis perdagangan bebas, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk bertindak terhadap peluang-peluang pembangunan baharu, mewujudkan kerjasama dan pertukaran pemacu baharu dan memudahkan pelaksanaan lima idea pembangunan utama untuk pembangunan mampan di dunia nyata.
Forum Datuk Bandar China-ASEAN telah berjaya diadakan sebanyak empat kali sejak tahun 2005. Wakil-wakil yang mengambil bahagian berasal dari hampir 200 bandar dari lebih 20 wilayah dan kawasan perbandaran China, dan juga sembilan negara-negara ASEAN. Lebih daripada 80% peserta ialah Datuk Bandar atau pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587344-1?lang=0