omniture

Pencahayaan Maju OSRAM Segarkan Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing

Penyelesaian pencahayaan terhubung OSRAM menyediakan kemudahan penerbangan terbesar di dunia tidak lama lagi dengan suatu atrium bertumpukan manusia
Osram
2019-09-25 02:52 327

SHANGHAI, 25 September 2019 /PRNewswire/ -- Pada 30 September, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing yang sudah lama dinanti-nantikan akan mula beroperasi dan kemudian menjadi lapangan terbang terbesar di dunia. Dengan jumlah pelaburan 79.98 bilion Yuan China, ia mengambil masa 4 tahun untuk siap. Jangkaannya, pada peringkat permulaan ia akan memuatkan sekurang-kurangnya 100 juta penumpang setahun dengan kawasan berkeluasan 1.4 juta meter persegi dan atrium utama yang sama besar dengan stadium Water Cube. Penyelesaian pencahayaan hijau terhubung OSRAM menyegarkan suasana struktur mega ini dengan menyediakannya ruang dalam yang dilimpahi cahaya dan bertumpukan manusia.

The well-lit atrium of the Beijing Daxing Internatinal Airport
The well-lit atrium of the Beijing Daxing Internatinal Airport

Keselesaan manusia dan kecekapan tenaga ialah dua cabaran utama bagi pencahayaan dalaman di dalam struktur agam. Penyelesaiannya ialah kecerdasan. Lekapan lampu LED tersuai oleh OSRAM datang dalam pelbagai suhu cahaya untuk memenuhi tuntutan kawasan berbeza, contohnya 5000K yang menyegarkan untuk kawasan daftar masuk manakala 4000K lebih hangat untuk kawasan rehat. UGR direndahkan sehingga bawah 19 untuk mengelakkan silau dan ketidakselesaan kepada mata manusia.

The well-lit atrium of the Beijing Daxing Internatinal Airport
The well-lit atrium of the Beijing Daxing Internatinal Airport

Melangkaui keseragaman dan keindahan pandangan mata, sistem pencahayaan ini juga bertujuan untuk menjadikan Lapangan Terbang ini sebagai infrastruktur lebih hijau. Menerusi protokol DALI, lampu LED bersilang sambung dengan sistem kawalan KNX yang meluas pada keseluruhan struktur dan ini membenarkan bilik kawalan utama untuk menguruskan setiap unit secara individu seperti kokpit pesawat ulang alik mengawasi seluruh kapal. Kecerahan, waktu bekerja dan unit bekerja boleh dipraset untuk memenuhi kesan yang diinginkan. Sistem mega yang maju seperti ini memberi manfaat kepada pengurusan lapangan terbang dengan pengurangan penggunaan kuasa yang banyak pada kadar 2/3 berbanding mekanisme tradisional.

OSRAM LED Flood lights installed on top of the check-in counters
OSRAM LED Flood lights installed on top of the check-in counters

"Kami menjadikan keajaiban pembinaan di dunia ini suatu realiti, dengan peranti, teknologi dan perkhidmatan pencahayaan kami," Charles Han Ketua Jualan China OSRAM memberi kepastian mengenai kepakaran pasukannya. "Ini sekali lagi membuktikan gerak balas kami kepada projek mega, dan kuasa penyelesaian kami untuk merangsang pembangunan bandar. Kami menganggapnya suatu kegemilangan untuk memacu pelancaran kejayaan Cenderawasih Emas (Lapangan Terbang ini) dan menakrifkan semula pencahayaan yang sesuai bagi kemudahan penerbangan moden."

The drone-shot of the overall structure
The drone-shot of the overall structure

LATAR BELAKANG OSRAM
OSRAM, berpangkalan di Munich, ialah syarikat berteknologi tinggi global terkemuka dengan sejarah kewujudan lebih daripada 110 tahun. Dengan keutamaan fokus terhadap teknologi berasaskan semikonduktor, produk kami digunakan dalam pelbagai aplikasi daripada realiti maya hingga pemanduan autonomi dan daripada telefon pintar hingga penyelesaian pencahayaan pintar yang dirangkaikan dalam bangunan dan bandar. OSRAM memanfaatkan kemungkinan tanpa batasan yang ada pada cahaya untuk menambah baik kualiti kehidupan individu dan komuniti. Inovasi OSRAM akan membolehkan manusia di seluruh dunia bukan sahaja dapat melihat dengan lebih baik, tetapi juga berkomunikasi, mengembara, bekerja dan hidup dengan lebih baik. Pada akhir tahun kewangan 2018 (30 September) OSRAM memiliki kira-kira 26,200 pekerja di seluruh dunia. Ia menjana pendapatan lebih daripada €3.8 bilion daripada operasi berterusan dalam tahun kewangan 2018. Syarikat ini disenaraikan dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan boleh didapati di www.osram.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589915-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589915-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589915-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589915-1-d?lang=0

 

Source: Osram
Related Stocks:
Frankfurt:OSR OTC:OSAGY
Keywords: Airlines/Aviation Construction/Building Passenger Aviation Travel New products/services