SINGAPURA, 25 September 2019 /PRNewswire/ -- RebateMango, platform tunai balik dan ganjaran yang paling lumayan di Asia Tenggara, melancarkan satu perkongsian selama setahun dengan Grab, aplikasi super yang terkemuka di Asia Tenggara, untuk menambah pilihan ganjaran tambahan kepada penggunanya di Singapura, Malaysia dan Thailand. Ahli-ahli kini boleh memilih untuk diberi ganjaran dengan mata GrabRewards setiap kali mereka membeli belah dalam talian dengan RebateMango.
Setelah dipilih, proses mendapatkan mata GrabRewards adalah amat mudah: ahli-ahli hanya perlu melog masuk ke platform RebateMango, memilih penjual untuk membeli darinya, (sebagai contoh: Lazada, Agoda, Shopee dan banyak lagi) dan membeli seperti biasa. Pembelian muncul dalam akaun RebateMango mereka dan sebaik sahaja diluluskan, mata GrabRewards akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun GrabRewards mereka.
En. Paul Koh, Pengasas Bersama RebateMango mengulas: "Kami berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan Grab, aplikasi yang terkemuka di Asia Tenggara bagi menawarkan mata ganjaran yang amat dicari-cari kepada pengguna kami. Menyediakan pilihan ganjaran tambahan kepada pengguna kami adalah amat penting, memandangkan ia membolehkan kami untuk menyesuaikan ganjaran tersebut mengikut keperluan mereka dengan lebih baik. Ia juga menggambarkan apa yang membuatkan RebateMango menonjol daripada platform-platform lain dalam aspek kesetiaan dengan sempurna. Kami benar-benar berharap dapat membina perkongsian ini dan mencari cara untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam inisiatif-inisiatif lain."
En.Terence Sit, Ketua Ganjaran di Grab turut menambah: "Pelanggan Grab menyukai GrabRewards kerana ia memberi ganjaran kepada mereka untuk perbelanjaan harian mereka. Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan RebateMango untuk memberi kegembiraan yang sama kepada pengguna mereka. Dengan mata terkumpul GrabRewards, pengguna boleh menebus daripada katalog produk dan perkhidmatan yang menarik."
Bagi meraikan perkongsian ini, RebateMango menawarkan bonus 2,000 mata GrabRewards kepada semua pengguna baharu yang mendaftar mulai sekarang hingga 30 September melalui pautan di bawah. Mata tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Grab ahli selepas pembelian pertama diluluskan yang dibuat di mana-mana kedai rakan kongsi melalui RebateMango. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi www.rebatemango.com/grab.
Latar Belakang RebateMango
RebateMango menghilangkan keperitan dan misteri daripada membeli belah tunai balik dalam talian. Agak berbeza daripada laman tunai balik yang mudah didapati di luar sana, RebateMango menjadikan aktiviti membeli belah sebagai suatu keseronokan yang seharusnya dibawakan dengan Cashback, Miles, Loyalty Points - dan Mangoes.
Menampilkan lebih 500 peniaga dalam talian tempatan dan antarabangsa pada satu tempat, platform ini menawarkan tawaran hebat, malah tawaran yang lebih menarik yang tidak ditawarkan di tempat lain. RebateMango bekerjasama dengan beberapa jenama yang paling menarik hari ini dan ia merupakan senarai yang akan terus bertambah. Ahli-ahli dimanjakan dengan pilihan apabila melibatkan aktiviti membeli belah dan ganjaran, selain keupayaan untuk mengaut mata tambahan dalam bentuk Mangoes untuk mencapai tahap keahlian Kuning dan Emas, memberi faedah-faedah tambahan yang eksklusif.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sila emelkan marketing@rebatemango.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190923/2588713-1?lang=0