KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2019 /PRNewswire/ -- Bagi menangani isu yang berkaitan dengan penggunaan beras, Jasmine Food Corporation (Jasmine) Sdn Bhd melancarkan salah satu pameran beras yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, "HealthyRicestyle," yang dirancang untuk diadakan mulai 9 - 13 Oktober 2019. Pameran tahunan ini bertujuan untuk menggamit perhatian orang ramai terhadap faedah beras, sebagai bahan makanan untuk tenaga, sifat-sifat anti-kencing manis, dan cara yang cekap untuk menghilangkan lemak berlebihan.
Aktiviti-aktiviti pameran yang ditonjolkan termasuk pertunjukan memasak nasi istimewa yang mengundang Cef Selebriti Fami daripada KDU & Cef Jaafar Onn, ceramah berkaitan kesihatan oleh PDN & Tung Shin Hospital serta pemeriksaan kesihatan asas percuma oleh Tung Shin Hospital.
Permintaan terhadap beras istimewa menunjukkan peningkatan trend lantaran perubahan gaya hidup yang sihat dalam kalangan pengguna Malaysia, menurut kajian oleh Pusat Teknologi Makanan dan Baja untuk Rantau Asia dan Pasifik (FFTC-AP). Beras juga diketahui dapat membantu mencegah obesiti, disokong oleh kajian antarabangsa yang menggunakan data dari 136 negara, yang menyatakan bahawa kadar obesiti adalah rendah di negara-negara yang memakan nasi sebagai makanan ruji.
"Contohnya, beras basmati istimewa mendapat permintaan yang lebih tinggi disebabkan oleh faedah-faedah kesihatannya melibatkan skor glisemik (GI) yang rendah, kalori rendah, tanpa kolesterol dan tinggi dengan mineral serta vitamin," kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation.
Dengan rasa seakan-akan pandan yang berbeza, beras basmati kaya dengan mineral yang dapat memberikan anda sistem kardiovaskular yang sihat. Varieti beras panjang ini juga bebas gluten dan rendah lemak, yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan menambah baik tahap kolesterol.
"Jasmine Food telah berusaha untuk membangunkan beras yang sihat dan enak seperti beras basmati. Kami memastikan pengguna dapat berasa yakin bahawa setiap kali mereka memakan nasi, mereka dapat menikmati nasi dengan rasa dan aroma yang unggul. Menambah kepada rasa unik Asia, dua varieti beras basmati dipilih khas ditonjolkan di acara HealthyRicestyle Jasmine Food, termasuk Jasmine Royal PusaGold dan PusaCream," tambah Lim.
Diproses dengan kaedah India tradisional, Jasmine Royal PusaGold mengikuti proses penuaan yang berkualiti tinggi bagi menjamin rasanya yang mantap, tekstur yang gebu dan butiran beras yang panjang; manakala PusaCream Jasmine melepasi proses Parboiled yang melibatkan pengukusan dan pengeringan dalam bentuk padi sebelum dikisar. Proses ini membantu meningkatkan nutrien yang beraneka, menambah baik tekstur dan menjadikannya lebih tahan terhadap kumbang.
"Walau bagaimanapun, kedua-dua Royal Pusa Gold dan PusaCream mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang jauh lebih rendah berbanding mana-mana jenis beras, yang membantu dalam kawalan gula darah jangka panjang. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk karbohidrat kompleks, yang sering didapati dalam bijirin penuh untuk memastikan kita kenyang lebih lama dan membantu kita mengekalkan penurunan berat badan," kata Lim.
Menyediakan pelbagai jenis produk beras selama lebih lima dekad, Jasmine Food Corp telah diberi penghormatan dengan pelbagai pencapaian untuk kualiti beras mereka. Baru-baru ini pada tahun ini, mereka baru sahaja menerima anugerah Jenama Dipercayai Platinum untuk "Anugerah Jenama Dipercayai Readers Digest 2019", "anugerah jenama Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia" daripada Sin Chew Daily Malaysia dan Beras Putih Terbaik untuk "Anugerah Dapur with Love 2019".
Lim menambah, "Sebagai pemimpin pemikiran, kami akan sentiasa memberi maklumat mendalam tentang sektor berkenaan, di samping mewujudkan pandangan holistik bersama pengguna kami. Melalui HealthyRicestyle, kami yakin dapat mempengaruhi audiens yang lebih luas, dengan pengetahuan lebih mendalam tentang tabiat dan pilihan pemakanan yang sihat, sambil memberi contoh-contoh bagaimana untuk mengaplikasikan gaya hidup sihat yang baharu dan menyeronokkan."
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2584570-1?lang=0