omniture

Xinhua Silk Road: Kunming terus galakkan pembinaan pusat antarabangsa serantau

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-25 14:00 374

BEIJING, 25 September 2019 /PRNewswire/ -- Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China, terus membangun menjadi pusat antarabangsa serantau hasil daripada pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat sejak 70 tahun yang lalu.

Kunming terus memperkukuh dasar buka pintunya, aktif menawarkan perkhidmatan kepada pembinaan Jalur dan Jalan. Bandar ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan 203 negara dan wilayah serta menarik 98 buah syarikat 500 Terbaik Dunia untuk melabur. Pada tahun 2018, jumlah nilai eksport bandar ini mencecah 13.12 bilion dolar A.S.

Dari tahun 1952 hingga 2018, KDNK Kunming meningkat daripada 156 juta yuan kepada 520.6 bilion yuan, satu peningkatan sebanyak 543 kali manakala KDNK per kapita melebihi 10,000 dolar A.S. Pendapatan belanjawan umum bandar ini meningkat daripada 366 juta yuan pada tahun 1978 kepada 59.563 bilion yuan pada tahun 2018, satu peningkatan sebanyak 162.7 kali ganda. Struktur perindustrian bandar ini dioptimumkan secara berperingkat-peringkat, dengan sumbangan kepada KDNK oleh industri primer, sekunder dan tertier dilaraskan daripada 39:34:27 pada tahun 1952 kepada 4.3:38.4:57.3 pada tahun 2018.

Untuk urbanisasi, kawasan bandar Kunming telah diperluas daripada 7.8 kilometer persegi pada tahun 1949 semasa Republik Rakyat China ditubuhkan, kepada 416 kilometer persegi pada masa kini, menunjukkan peningkatan sebanyak 52.3 kali ganda. Kini, penduduk-penduduk bandar mewakili 72.9 peratus daripada penduduk tetap di bandar ini, manakala angka tersebut hanyalah 29.5 peratus pada tahun 1978.

Dari segi pengangkutan, kadar liputan jaringan bas bandar Kunming telah mencecah 79 peratus, menduduki tempat kedua antara bandar-bandar di China. Perbatuan rel bandar untuk bandar ini ialah 88.76 kilometer manakala perbatuan lebuh raya ialah 766 kilometer. Dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui mula beroperasi pada tahun 2012, fungsi hab pengangkutan bandar berkenaan terus dipertingkat.

Dikenali sebagai "Bandar Musim Bunga", Kunming bersungguh-sungguh mempromosikan konsep pembangunan hijau dan memberi perhatian tinggi terhadap tamadun ekologi. Pada tahun 2018, kadar liputan hutan bandar ini mencecah 49.57 peratus manakala kawasan hijau awam per kapita adalah tiga kali ganda lebih banyak berbanding pada tahun 1952. Kualiti air di Tasik Dianchi, dahulunya merupakan salah satu tasik yang paling tercemar di China, meningkat kepada gred IV pada tahun 2018, yang terbaik dalam 30 tahun kebelakangan ini.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308507.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Transportation Travel