omniture

Helsinn dan Mundipharma China Pharmaceutical bersama umumkan kelulusan NMPA bagi formulasi oral Akynzeo(R) di China

Mundipharma China Pharmaceutical
2019-09-26 00:29 407

LUGANO, Switzerland dan BEIJING, 26 September 2019 /PRNewswire/ -- Helsinn, kumpulan farmaseutikal Switzerland yang memfokuskan penghasilan produk penjagaan kanser yang berkualiti dan Mundipharma China Pharmaceutical, pemimpin pasaran dalam pengurusan nyeri, pada hari ini secara bersama mengumumkan bahawa Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA) telah meluluskan formulasi oral Akynzeo® untuk rawatan mual dan muntah cetusan kimoterapi (CINV) di China.

Di bawah terma perjanjian, Mundipharma China Pharmaceutical mempunyai pemasaran eksklusif, hak promosi dan jualan untuk formulasi oral Akynzeo® di China. Helsinn akan bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada Mundipharma dan membuat perincian bersama bagi produk ini di Shanghai sementara mengekalkan semua hak pembangunan antarabangsa, termasuk aktiviti pembangunan klinikal.

Riccardo Braglia, Naib Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Helsinn berkata: "Kekurangan kawalan CINV ialah suatu masalah tanpa mengira ketersediaan bagi beberapa antiemetik. Kami berasa gembira apabila Akynzeo® yang menyasarkan dua laluan kritikal CINV dalam dos tunggal juga akan membantu pesakit dan keluarga mereka di China

"Kami juga amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mundipharma Pharmaceutical. Pengetahuan yang pakar dan rangkaian mereka di China akan menjadi sangat bernilai apabila kami mula memasarkan Akynzeo® di kawasan penting yang strategik ini."

Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Mundipharma Pharmaceutical Tanah Besar China mengulas: "Pengumuman hari ini akan disambut baik oleh pesakit kanser di China yang sedang menjalani kimoterapi dan pada masa yang sama menangani CINV, dan begitu juga dengan penjaga mereka. Ia juga merupakan pengembangan yang penting bagi portfolio Mundipharma China. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan Helsinn bagi membawa produk penjagaan sokongan kanser yang lebih berkualiti tinggi kepada berjuta-juta pesakit kanser di China tidak lama lagi, sejajar dengan visi kami 'Bring more to life."

Latar Belakang Akynzeo® di China

Kapsul Akynzeo® (300 mg netupitan/0.5 mg palonosetron) diluluskan pada 2 Ogos 2019 di China dan ditetapkan kepada orang dewasa untuk pencegahan mual dan muntah yang akut dan lambat yang dikaitkan dengan kimoterapi kanser emetogenik tinggi dan pencegahan mual dan muntah yang akut dan lambat yang dikaitkan dengan kimoterapi kanser emetogenik sederhana.

Latar Belakang Helsinn Group

Helsinn ialah kumpulan farmaseutikal milik swasta dengan portfolio luas bagi produk penjagaan kanser yang dipasarkan dan perancangan pembangunan ubat-ubatan yang mantap. Sejak 1976, Helsinn telah menambah baik kehidupan seharian pesakit, yang dipandu oleh teras nilai keluarga iaitu rasa hormat, integriti dan kualiti. Kumpulan ini memberikan perkhidmatan di seluruh bidang farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan tambahan pemakanan serta mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan produk terapeutik dan produk penjagaan sokongan untuk kanser, nyeri dan keradangan serta gastroenterologi. Pada 2016, Helsinn mewujudkan Dana Pelaburan Helsinn untuk menyokong peluang pelaburan peringkat awal dalam bidang keperluan pesakit yang tidak dipenuhi. Syarikat ini beribu pejabat di Lugano, Switzerland, dengan subsidiarinya beroperasi di Switzerland, Ireland, A.S., Monaco dan China, dan juga dengan kehadiran produk di kira-kira 190 buah negara secara global.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Helsinn Group, sila lawati www.helsinn.com dan ikuti kami di Twitter, LinkedIn dan Vimeo

Latar Belakang Mundipharma China Pharmaceutical

Mundipharma China Pharmaceutical ditubuhkan pada 1993 dan didedikasikan kepada pertumbuhan organik bagi segmen nyeri di China selama bertahun-tahun. "Bring More to Life" ialah aspirasi kami; memelihara kehidupan dan berkhidmat kepada masyarakat ialah tanggungjawab sosial kami. Inovasi, fokus kepada pesakit, dan keusahawanan merupakan ciri-ciri penting bagi kami.

Pada masa depan, Mundipharma China akan terus meneroka bidang pengurusan nyeri dan mengembangkan perniagaannya menjadi medan baharu, termasuk CINV, imunologi transplantasi, onkologi, respiratori, dan lain-lain. Kami akan terus berusaha untuk memberikan produk yang inovatif dan memenuhi tanggungjawab sosial kami, terutamanya untuk merealisasikan visi kami, "Bring More to Life".

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: http://www.mundipharma.com.cn

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190925/2591427-1?lang=0

Source: Mundipharma China Pharmaceutical
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements New products/services