omniture

FIBO bakal diadakan di Asia Tenggara mulai tahun 2020

Reed Exhibitions Singapore
2019-09-26 08:15 561

SINGAPURA, 26 September 2019 /PRNewswire/ -- Tahun hadapan bakal menyaksikan FIBO Asia Tenggara (FIBO SEA) pertama bermula. Mulai 24 hingga 26 September 2020, ia akan menghimpunkan jenama, pengeluar, pengedar, pemberi lesen, perantara, pembeli dan pelatih dari industri kecergasan Asia Tenggara dan juga antarabangsa. Bakal menjadi tuan rumah acara tersebut ialah bandar raya mega, Singapura, pusat kewangan antarabangsa dan salah sebuah bandar raya yang paling banyak dikunjungi di dunia.

"Sebagai jenama global, kami memberi akses kepada pasaran kecergasan yang paling dinamik dan penting di seluruh dunia," kata Hans-Joachim Erbel, Ketua Pegawai Eksekutif Reed Exhibitions Deutschland GmbH, penganjur FIBO di Jerman, dan menambah: "Asia Tenggara ialah salah satu rantau yang paling pantas berkembang dalam industri kami dan mempunyai potensi yang besar untuk pempamer kami. Lagipun, kami menghimpunkan pasaran-pasaran utama termasuk Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Thailand berserta metropolis Singapura."Permintaan terhadap tawaran kecergasan semakin meningkat, khususnya lantaran pertambahan kelas pertengahan, pelancongan dan juga peningkatan terhadap kesedaran kesihatan."

FIBO SEA dianjurkan oleh Reed Exhibitions Singapura dengan kerjasama Reed Exhibitions Deutschland, penganjur FIBO di Cologne, yang akan memanfaatkan jaringan antarabangsanya dan pengetahuannya dalam sektor kecergasan dan kesejahteraan.

Beri tumpuan pada Asia Tenggara

Rantau Asia Tenggara dijangka berkembang pada kadar purata tahunan 5.2% dari tahun 2018 hingga 2022 dan menjadi pasaran tunggal yang keempat terbesar di dunia menjelang tahun 2030 – hanya meninggalkan AS, China dan Kesatuan Eropah (EU)[1] di belakang. Menurut Ernst & Young (EY), ASEAN berada dalam "kedudukan demografi yang baik" dengan tenaga kerja muda serta kumpulan pengguna yang banyak melibatkan lebih 659 juta orang. Tidak seperti negara-negara Asia yang lebih matang, penduduk yang bekerja di rantau ini melangkaui tanggungannya yang lebih berusia, mendorong perkembangan ekonomi, perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang banyak dan pengumpulan kekayaan[2]. Dianggap sebagai ekonomi yang paling cemerlang di dunia[3], pasaran kecergasan di rantau ini menjana gabungan pendapatan sebanyak US$1.5 bilion. Di Singapura, kadar penembusan keahlian meningkat kepada 5.8% dari tahun 2014 hingga 2018 dan dijangka mencecah 6.4 peratus secara tahunan antara tahun 2018 dan 2023[4]. Pasaran selebihnya di rantau ini termasuk Thailand (kadar penembusan keahlian sebanyak 0.5%), Indonesia (0.18%), Filipina (0.53%), Malaysia (1.04%) dan Vietnam (0.50%)[5].

"FIBO Asia Tenggara berkedudukan sebagai platform perniagaan strategik untuk jenama-jenama antarabangsa untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti kecergasan dan kesejahteraan yang semakin berkembang di rantau ini. Dengan tarikan antarabangsa Singapura sebagai bandar yang hijau dan lestari, lokasi yang strategik dan akses mudah ke pasaran-pasaran dengan pertumbuhan tinggi di Asia Tenggara, pameran perdagangan dan persidangan tersebut akan menjadi tempat untuk disaksikan di perhimpunan industri tahunan ini," kata Michelle Lim, Pengarah Urusan Reed Exhibitions Singapura, Indonesia dan Malaysia.

DNA FIBO

Sama seperti FIBO di Cologne, FIBO SEA turut menonjolkan industri kecergasan sebagai perniagaan fleksi menyeluruh dengan kesungguhan. Pameran perdagangan ini akan memberi tumpuan pada segmen B2B, menyasarkan pengedar, pengendali kelab, pengurus kemudahan dan pembeli dari pelbagai segmen seperti institusi awam, ketenteraan atau hotel. Dalam segmen B2C, FIBO SEA akan menyasarkan khususnya pelatih kecergasan dan pengguna yang juga dapat mengambil bahagian dalam pelbagai acara rakan kongsi dan sesi latihan.

Tempat Unik

FIBO SEA akan diadakan di Marina Bay Sands yang terkenal di dunia. Pusat peranginan bersepadu yang mengagumkan dari segi seni bina untuk mesyuarat perniagaan, libur dan hiburan telah mengubah latar langit bandar raya ini. Premis-premis terdiri daripada hotel mewah, kemudahan konvensyen dan pameran canggih, pelbagai pilihan hiburan dan pusat membeli belah hebat berserta restoran bertaraf dunia – semuanya dinaungi oleh Sands SkyPark yang menakjubkan.

Latar Belakang FIBO

FIBO ialah pameran perdagangan antarabangsa yang terbesar di dunia untuk kecergasan, kesejahteraan dan kesihatan serta tempat untuk inovasi, pelaburan dan juga trend: Di FIBO di Cologne kira-kira 1,100 syarikat bertemu dengan 145,000 pengunjung perdagangan dan persendirian dari hampir 140 negara. FIBO menawarkan perniagaan dan perangkaian antarabangsa, bahkan turut menggamit perhatian peminat kecergasan dengan pengalaman langsung yang hebat. Pada tahun 2020, pameran perdagangan ini akan berlangsung dari 2 hingga 5 April. Dengan pameran-pameran FIBO yang lain di China, Mexico, Afrika dan AS, FIBO memberi akses kepada pasaran kecergasan yang paling dinamik dan penting di seluruh dunia.

www.fibosea.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587143-1LOGO?lang=0

 

Source: Reed Exhibitions Singapore
Keywords: Health Care/Hospital Sports Trade show news Future Events