omniture

Lari Demi Kecemerlangan: Taiwan Excellence Menggegarkan KL Standard Chartered Marathon 2019

95 Produk Taiwan Excellence Untuk Memupuk Gaya Hidup Sihat
Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)
2019-09-26 13:30 222

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 September 2019 /PRNewswire/ -- Taiwan Excellence menampilkan inovasi dan kualiti produk terbaik dari Taiwan dan berjaya mempromosi jenamanya di Malaysia. Buat julung kalinya, ia akan mengambil bahagian di dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019, acara marathon terbesar di Malaysia.  Dengan slogan "Everyday Excellence" (Keunggulan Setiap Hari), Taiwan Excellence akan mempamerkan 95 produk berlainan oleh 27 pengeluar dari Taiwan di Active Lifestyle Expo dari 26 hingga 28 September 2019 di gerai expo S3, Dewan 4 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Taiwan External Trade Development Council (TAITRA).

Bertemakan "Run in Style" (Lari Dengan Bergaya) , Taiwan Excellence Pavilion di expo ini akan menampilkan 3 kategori utama - sukan & hiburan, kesihatan & kecantikan, e-sukan & teknologi komunikasi maklumat (ICT). Antara produk yang dipersembahkan ialah treadmill profesional Matrix TF50XR oleh Johnson Fitness dengan "Ultimate Deck" and "Johnson Drive System" yang canggih; pakaian sukan mampat oleh U.CR+ yang menggunakan material mesra alam berteknologi tinggi untuk mencapai rintangan udara rendah dan meningkatkan prestasi; basikal jalan yang diperbuat dengan gentian karbon oleh Volanda yang direka bentuk menggunakan bingkai yang ringan dan menyerap kejutan untuk bersaing hebat.

Larian Bijak Untuk Persediaan Marathon

Selain dari cubaan produk di gerai expo, Taiwan Excellence juga menjemput Edan Syah, pelari marathon Malaysia dari Smart Athletics Club. Dia menjadi hos bengkel larian untuk para pelawat dan akan menunjukkan kaedah larian yang tepat dan strategi untuk meningkatkan prestasi .

Pada tahun 2016, Edan Syah terpilih sebagai pelari marathon terpantas Malaysia dan telah mencatatkan keputusan cemerlang di pelbagai pertandingan antarabangsa. Pencapaian peribadi terbaiknya ialah 2 jam, 30 minit and 53 saat di 2017 Gold Coast Marathon. Dia selalu menasihatkan supaya berlari secara "bijak" menggunakan ilmu yang tepat, serta menyesuaikan kelajuan dan intensiti mengikut kadar degupan jantung individu. Ini membolehkan tubuh badan para pelari mencapai tahap kemuncak di setiap situasi.

Selain dari demonstrasi bertenaga oleh jurulatih selebriti Edan Syah, Taiwan Excellence juga mempunyai beberapa aktiviti menarik sempena 3 hari acara tersebut. "Run for Excellence"  menggalakkan peserta bertanding di Johnson Fitness and Spirit treadmill; para pelawat juga digalakkan berkongsi foto larian mereka di dalam "Snap & Share My Running photos"
aktiviti dan berpeluang mendapat hadiah rahsia; peminat-peminat juga boleh berjumpa dengan sensasi internet Malaysia Danny Koo yang akan meluangkan masa dengan peserta sepanjang acara sihat hujung minggu ini.

Pelawat yang datang ke expo ini akan dapat mengalami inovasi pelbagai produk dari Taiwan dengan bantuan profesional untuk menggunakan produk tersebut. Selepas menyampaikan ucapan, Encik Wan Yew Leong, Pengarah Majlis Olimpik, Malaysia Advanced Sport Management Course (ASMC) mendengar penerangan mengenai peralatan mesin Johnson Fitness & Spirit.  Beliau menggalakkan mereka yang sibuk dengan rutin harian dapat mengambil masa yang terluang dengan latihan menggunakan treadmill moden tersebut.

Source: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)
Keywords: Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Trade show news