omniture

Pameran Hadiah & Rumah yang terkemuka di China dibuka di Shenzhen Oktober ini

Reed Huabo Exhibitions
2019-09-26 16:02 384

SHENZHEN, China, 26 September 2019 /PRNewswire/ -- Karnival Hadiah dan Produk Rumah Antarabangsa ke-27 (Shenzhen) China yang dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions, dijadualkan untuk diadakan dari 20 hingga 23 Oktober 2019 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Sebagai "Acara Industri yang Ulung di China" dengan lebih daripada 2,500 orang pempamer/ dan 5,300 buah gerai yang dijangka akan dibuka, pameran festival ini akan mempamerkan 500,000+ hadiah & produk rumah yang meliputi 22 kategori produk di sekitar China dan seluruh dunia.

Sorotan pameran

·  Industri hadiah lebih memfokuskan generasi muda

Lantaran generasi pasca 80-an dan 90-an telah menjadi pelanggan arus perdana hari ini, ahli profesional daripada industri hadiah mula memberikan lebih perhatian kepada pilihan generasi ini apabila memberikan sumber produk hadiah. Hadiah yang mudah dibawa seperti produk elektronik mudah alih ialah salah satu daripada produk yang paling popular dalam kalangan generasi ini. Bagi mengikut trend industri ini, PESTA ELEKTRONIK MUDAH ALIH CHINA berada bersama di Dewan 3, dengan mengumpulkan 200 buah pengeluar dengan banyak produk yang hebat di sini termasuk Set Peranti Kecergasan Pintar MOVE-IT dan telefon kepala konduksi tulang, dll.

·  Produk kebudayaan dan kreatif dibangunkan dengan pantas

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, produk kebudayaan dan kreatif dibangunkan dengan pantas di China. Rupa, reka bentuk, dan konotasi kebudayaannya yang mewah menjadikannya topik hangat dalam industri hadiah. Banyak syarikat menggunakan harta intelektual untuk memperkayakan kandungan jenama mereka. Di pesta ini, banyak syarikat kebudayaan dan kreatif yang terkemuka akan menunjukkan produk terkini dan terhangat mereka. Malah, kawasan pameran yang berkaitan akan disediakan di platform tingkat kedua yang membolehkan para penonton melihat produk berkualiti tinggi jenis ini dalam tempoh yang singkat.

·  10+ delegasi kerajaan dan pertubuhan industri berkumpul bersama-sama

Pesta bulan Oktober ini telah menarik perhatian bagi lebih daripada 10 kumpulan pameran. Pertubuhan ini profesional, dengan keupayaan pengeluaran yang kukuh dan pengalaman yang beraneka. Barang pameran termasuk barangan kaca Shanxi, komoditi Yiwu, pen Fenshui, tuala Gaoyang dan banyak lagi.

Waktu operasi

20-22 Oktober dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang

23 Oktober dari 9:00 pagi. hingga 4:00 petang

Latar Belakang penganjur

Reed Huabo Exhibitions – syarikat pameran yang paling berpengaruh di China ialah syarikat ahli Reed Exhibitions – penganjur acara terkemuka dunia yang bertapak di UK. Ia komited untuk memimpin pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket percuma, sila lawati kami di: www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news