omniture

Thermo Fisher Scientific Luaskan Keupayaan Ujian Klinikal dan Umum Kerjasama dengan Frontier Biotechnologies Inc.

Kemudahan yang diperluas sediakan akses yang lebih pantas ke pasaran untuk pelanggan-pelanggan jalankan ujian klinikal
Kerjasama pembangunan ubat kukuhkan komitmen kepada pesakit-pesakit
Thermo Fisher Scientific
2019-09-27 20:40 445

SUZHOU, China, 27 September 2019 /PRNewswire/ -- Thermo Fisher Scientific, pemimpin dunia dalam mengkhidmati sains, pada hari ini telah mengumumkan pengembangan bekalan ujian klinikal bersepadu dan rangkaian perkhidmatan pengedaran, di Suzhou, China, serta kerjasama dengan Frontier Biotechnologies Inc. untuk membangunkan rawatan baharu untuk virus kurang daya tahan manusia (HIV).

Thermo Fisher mengendalikan organisasi kontrak pembangunan perkilangan terbesar (CDMO), menawarkan bahan ubat, pembangunan ubat, ujian klinikal, produk ubat dan pembangunan vektor viral dan pembuatan larutan kepada syarikat kecil mahupun besar. Syarikat melabur lebih $270 juta di seluruh dunia pada tahun 2019 untuk mengembangkan keupayaannya, meningkatkan kapasiti dan merekrut dan mengekalkan bakat, mengukuhkan keupayaannya untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami untuk memberikan ubat-ubatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit-pesakit di seluruh dunia.

Latar Belakang Kemudahan Ujian Klinikal Baharu

Sejajar dengan usaha China untuk menggalakkan inovasi ubat, kemudahan Suzhou yang baru dikembangkan akan mengemukakan permintaan yang semakin bertambah bagi perkhidmatan rantaian bekalan pembangunan ubat dan memberi tumpuan kepada pembungkusan primer dan sekunder larutan yang berkualiti tinggi untuk para pelanggan dan pesakit-pesakit mereka. Kemudahan ini akan menyokong pertumbuhan kajian ujian klinikal untuk pelanggan-pelanggan di China dan menyediakan kepada syarikat bioteknologi baharu dengan sumber-sumber untuk membangunkan dan mengkomersialkan calon-calon ubat baharu.

Tambahan hampir 7,000 meter persegi di Suzhou itu menawarkan suit perkhidmatan lengkap, termasuk penyimpanan bahan, pembungkusan dan pengedaran. Perkembangan ini menambah penyimpanan Beta Lactam baharu, penyimpanan 10°C hingga 20°C dan kapasiti rantaian sejuk dan meningkatkan kapasiti penyimpanan semasa untuk suhu 15° C hingga 25°C, 2°C hingga 8°C dan -20°C. Dengan pelaburan hampir $4.4 juta, kemudahan Suzhou ini bakal menjadi kemudahan ujian klinikal terbesar Thermo Fisher di wilayah itu. Ia juga merupakan satu-satunya pembekal perkhidmatan 'pengkapsulan berlebihan China, yang digunakan secara meluas dalam bekalan-bekalan pembutaan dalam kajian-kajian klinikal tempatan dan global. Kemudahan ini turut menambah percetakan label untuk keupayaan cetakan berkualiti tinggi dan pelbagai untuk meningkatkan produktiviti dan memperbaiki masa untuk dipasarkan.

Sebagai sebahagian daripada upacara pembukaan, perbincangan meja bulat telah diadakan dalam kalangan pegawai kerajaan, pakar industri dan cendekiawan untuk berkongsi wawasan dan membincangkan trend pelabelan ubat serta kemajuan yang dibuat di China untuk meningkatkan hasil klinikal pesakit.

"Dengan memperluas dan mengukuhkan keupayaan perkhidmatan farmasi kami di Suzhou, kami dapat menawarkan pelanggan kami akses kepada kepakaran global kami dan rangkaian bersepadu bertaraf dunia dengan memberi tumpuan kepada inovasi berkualiti tinggi dan berterusan untuk melayani pesakit di seluruh dunia," kata Domenic Stranieri, naib presiden dan pengurus besar, perniagaan Clinical Trials Thermo Fisher, APAC.

"Pembukaan kemudahan percubaan klinikal Suzhou ialah sebahagian daripada inisiatif global untuk memperluaskan rangkaian bekalan klinikal bersepadu di China dengan fokus strategik terhadap kualiti, logistik rantaian sejuk dan keupayaan yang maju," kata Leon Wyszkowski, presiden perniagaan Clinical TrialsThermo Fisher.

Berkenaan Kerjasama dengan Frontier

Dengan menjadikan komitmennya untuk menghantar ubat-ubatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit-pesakit di seluruh dunia sebagai asasnya, Thermo Fisher dan Frontier Biotechnologies, Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di China, telah mengumumkan satu perkongsian strategik untuk mempercepat pengkomersialan 3BNC117, satu antibodi spektrum luas meneutralkan HIV baharu.

Thermo Fisher akan menjadi rakan kongsi eksklusif pembuatan bahan ubat 3BNC117 untuk menyokong kajian penting, kelayakan prestasi proses (PPQ) dan bekalan komersial global. Produk ini akan dikilangkan di tapak Thermo Fisher di St. Louis, Missouri.

"Gabungan keupayaan ujian klinikal kami yang diperkembangkan di Suzhou dan kerjasama dengan Frontier, menunjukkan kemampuan kami untuk menawarkan penyelesaian kepada pelanggan-pelanggan kami terhadap cabaran-cabaran pembangunan ubat yang kompleks di setiap peringkat pembangunan, kata Michel Lagarde, naib presiden eksekutif dan presiden perniagaan Pharma Services Thermo Fisher. "Kami menanti-nanti untuk membantu pelanggan-pelanggan kami membawa molekul mereka dari makmal ke pasaran, seterusnya membolehkan mereka menjadikan dunia lebih sihat."

Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran Thermo Fisher dan rekod prestasi pengawal atur dalam pembangunan dan pembuatan ubat biologi, serta keupayaan inovasi Frontier yang cemerlang dalam rawatan HIV untuk mempercepat pengkomersialan 3BNC117, untuk menambah baik rawatan bagi pesakit yang menghidap HIV.

Latar Belakang Thermo Fisher Scientific

Thermo Fisher Scientific Inc. ialah pemimpin dunia dalam mengkhidmati sains, dengan pendapatan melebihi $20 bilion dan kira-kira 70,000 pekerja di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami menjadikan dunia lebih sihat, lebih bersih dan lebih selamat. Kami membantu pelanggan-pelanggan kami mempercepat penyelidikan sains hayat, menyelesaikan cabaran analisis kompleks, menambah baik diagnosis pesakit, menghantar ubat-ubatan ke pasaran dan meningkatkan produktiviti makmal. Melalui jenama utama kami -  Thermo Scientific, Applied Biosystems, Invitrogen, Fisher Scientific dan Unity Lab Services - dan kami menawarkan gabungan teknologi inovatif yang tidak dapat ditandingi, kemudahan pembelian dan perkhidmatan komprehensif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thermofisher.com.

Source: Thermo Fisher Scientific
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Corporate Expansion Licensing/marketing agreements