omniture

Fesyen Bertemu Teknologi 5G Bergaya: ZTE Axon 10 Pro 5G Dipersembah Dengan Amat Baik di Minggu Fesyen Vienna 2019

ZTE Corporation
2019-09-28 02:07 243

VIENNA, 28 September 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, mempersembahkan ZTE Axon 10 Pro 5G dengan baik, telefon pintar tersedia-5G yang pertama di Austria pada Minggu Fesyen Vienna 2019, yang diadakan di hadapan MuseumsQuartier Vienna buat kali kesebelas bersama-sama jenama-jenama antarabangsa dan sekitar 70 koleksi pereka dipersembahkan di pentas peragaan. Awal Julai lalu, Siri ZTE Axon 10 Pro dilancarkan di Austria yang bekerjasama dengan tiga syarikat telekomunikasi utama di Austria, penjual runcit terkenal dan juga pengedar e-komersial. Semua peserta termasuk pereka, individu kreatif, penulis blog dan peminat fesyen akan mendapatinya tampak bergaya dengan mudah menerusi ZTE Axon 10 Pro 5G untuk merakamkan detik-detik yang sukar dilupakan di pentas antarabangsa ini untuk fesyen, trend dan gaya hidup melalui tiga kamera AInya. Ia juga dapat menjadi acara yang sempurna untuk pengunjung dan tetamu bagi mengalami keupayaan istimewa ZTE Axon 10 Pro 5G selain peluang untuk berkunjung ke reruai ZTE bagi meninjau lebih banyak teknologi dan pengalaman 5G memandangkan ZTE merupakan rakan kongsi telefon bimbit unik bagi Minggu Fesyen Vienna MQ.  

Keanggunan Digabungkan dengan Inovasi

"'Tampak bergaya dengan mudah & selama-lamanya memberi kuasa kepada wanita' ialah intipati jenama Emma Sweet. Elemen reka bentuk yang sederhana bukan sahaja memberi keanggunan yang unik, tetapi turut menggabungkannya ke dalam situasi kehidupan harian. Komposisi reka bentuk yang ekspresif ini juga dapat dilihat pada ZTE Axon Pro 5G," kata pereka fesyen Emma Sweet. Di barisan pertama, tetamu-tetamu istimewa seperti bekas arkitek dan individu berpengaruh Ana Barros merakamkan detik-detik yang paling indah dengan ZTE Axon 10 Pro 5G. "ZTE Axon 10 Pro 5G ialah pilihan yang baik memandangkan ia memberi hasil yang mengagumkan dengan tiga kamera AI. Saya benar-benar kagum dengan kualiti zum optik. Dengan kanta fokus panjang, saya mampu mengambil gambar setiap butiran tanpa sebarang masalah dan dapat mengambil gambar yang hebat di acara tersebut," puji Ana Barros, "Paling utama, ZTE Axon 10 Pro 5G telah meyakinkan saya dengan penampilannya. Hasil daripada bekas kaca cermin dan permukaan kaca berkilauan, ia kelihatan amat berkualiti tinggi. Selain itu, skrin tepi melengkung yang fleksibel dan bentuk titisan air menjadikannya amat mudah untuk dipegang pada tangan. Saya benar-benar tidak sabar-sabar untuk menantikan era 5G akan datang dan memperoleh pengalaman unggul dengan peranti 5G yang hebat seperti ZTE Axon 10 Pro 5G." Semua pengunjung berpeluang untuk memberi pandangan mereka sendiri tentang telefon pintar unggulan 5G dan mencubanya.

ZTE Axon 10 Pro 5G membawakan paparan AMOLED 6.47-inci. Ini jelas lebih unggul berbanding skrin konvensional dari segi kontras, tahap gelap dan sudut pandang. Ia dilengkapi dengan takuk berbentuk titisan air, sensor cap jari pada paparan dan tiga kamera AI yang berkuasa. Tiga kamera tersebut bertanggungjawab untuk panjang fokus yang berbeza. Selain kamera utama 48MP dengan apertur f/1.7 serta kanta 6P, telefon pintar 5G tersebut juga mempunyai kanta bersudut ultra luas 125-darjah dengan sensor 20MP serta kamera telefoto 8MP dengan apertur f/2.4 yang sepadan dengan zum optik tiga kali ganda.

ZTE Axon 10 Pro 5G
ZTE Axon 10 Pro 5G

Komitmen terhadap Penaiktarafan Rangkaian 5G dalam Pasaran Tempatan

ZTE telah meraih reputasi sebagai perintis dalam bidang 5G bagi pasaran global dan tempatan. Pada bulan Jun, ZTE dan pengendali Hutchison Drei Austria bekerjasama untuk membangunkan dan menggunakan rangkaian 5G operasi pertama Austria yang disediakan kepada pelanggan-pelanggan perniagaan terpilih di Linz, yang mana ZTE dan Hutchison Drei Austria telah mencipta liputan 5G berterusan yang pertama seumpamanya di seluruh bandar raya Austria. Pada bulan Ogos, Hutchison Drei Austria dan ZTE membina salah satu rangkaian tanpa wayar yang terbaik di wilayah DACH. ZTE telah bekerjasama dengan Hutchison Drei Austria sejak tahun 2010 dan akan terus menyokong Hutchison Drei Austria bagi meningkatkan prestasi rangkaian 4G dan menaik taraf rangkaian tersebut ke 5G dengan lancar. Telefon pintar 5G canggih ZTE Axon 10 Pro 5G juga merupakan bahagian penting untuk mendemonstrasikan keupayaan hujung-ke-hujung 5G yang mantap daripada ZTE dalam pasaran tempatan. ZTE bergiat aktif dalam ekosistem 5G dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi terkemuka bagi mempercepatkan proses pengkomersialan terminal 5G. Pada masa kini, ZTE telah memeterai kerjasama terminal 5G bersama lebih 20 syarikat telekomunikasi di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Margrete Ma
Telefon: +86-755-26775189, +86-13641437743
Emel:  ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2593176-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news