omniture

Xinhua Silk Road: State Grid mulakan perkhidmatan projek terowong utiliti 1000KV GIL di Timur China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-29 09:15 486

BEIJING, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Projek terowong utiliti talian transmisi tertebat gas (GIL) 1000KV, iaitu projek isitimewa State Grid Corporation di China baru-baru ini telah memulakan perkhidmatan di timur China, yang selanjutnya mengukuhkan kedudukan utama syarikat dalam bidang transmisi kuasa voltan ultra tinggi (UHV) di dunia.

Projek yang dibina oleh subsidiari State Grid di Wilayah Jiangsu iaitu projek yang menghubungkan Suzhou dan Nangtong, dua buah bandar Wilayah Jiangsu, memiliki voltan yang tertinggi di dunia, kapasiti transmisi kuasa terbesar dan juga jarak terpanjang di landskap yang paling kompleks dan menandakan talian UHV yang pertama merentasi terowong sungai di dunia.

Projek terowong utiliti GIL Suzhou-Nantong
Projek terowong utiliti GIL Suzhou-Nantong

Projek ini menggunakan teknologi GIL 1000KV yang terkemuka di dunia, menghasilkan inovasi teknikal utama dalam bidang transmisi kuasa UHV.

Dengan GIL fasa tunggal sepanjang 5.8 kilometer dan GIL enam fasa yang berjumlah 35 kilometer, projek ini memberikan kaedah pilihan baharu untuk permintaan yang berubah-ubah di waktu revolusi tenaga.

Sebagai alternatif yang selamat dan fleksibel kepada talian overhed, GIL memperoleh kepentingan disebabkan impak landskapnya yang sedikit dan radiasi elektromagnetik yang minimum.

Malah, dengan grid kuasa yang semakin disuap dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang turun naik di bawah gerakan hijau global dan hakikat bahawa kebanyakan generasi berada jauh dari pusat muatan, maka adalah penting untuk memperkukuhkan dan menginovasikan rangkaian transmisi.

Projek GIL diletakkan di lokasi strategik di wilayah Jiangsu yang memerlukan kuasa untuk melengkapkan rangkaian lingkaran UHV AC di kawasan timur China, menambah baik kapasiti penerimaan kuasa kepada 69.80 juta kw dan dengan itu menerima kuasa dengan lebih baik melalui talian sedia ada seperti talian Zhundong (Xinjiang)-Wannan (Anhui) yang membawa kuasa dari barat hingga ke timur China.

Namun, untuk mewujudkan sistem elektrik yang besar seperti itu memerlukan tumpuan yang sangat teliti terhadap perincian, dan inovasi diletakkan pada teras untuk memenuhi kekosongan industri dengan usaha-usaha yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Dengan mengadakan 129 rekaan dan paten model utiliti, 18 standard teknikal dan juga pemasangan pembangunan kendiri dan spesifikasi kejuruteraan, projek GIL memberikan rujukan yang bernilai untuk hubungan tenaga dunia dan pembinaan saluran tenaga yang dihalang oleh senario gunung dan laut.

Projek ini juga menjadi perintis bagi aplikasi kuasa Internet Pelbagai Benda (IoT) yang sentiasa ada untuk mengukuhkan sistem kawalan yang fleksibel, berfungsi dan pintar serta dijangka merealisasikan automasi diagnosis peralatan dan kawalan pintar kakitangan untuk memastikan operasi keselamatan selanjutnya.

GIL yang bertindak sebagai pusat pengumpulan tenaga, transmisi, penukaran dan penggunaan dengan prestasi dan kawalan keselamatan yang lebih baik menunjukkan visi baron yang berkuasa untuk menjadi perusahaan saling sambungan tenaga berkelas dunia yang menjadi hab dan platform untuk perkongsian manfaat bersama dengan perjalanannya untuk mengkoordinasikan grid pintar yang kukuh dengan pembinaan kuasa IoT yang sentiasa ada.

Sebagai syarikat utiliti terbesar di dunia, State Grid memberikan perkhidmatan kuasa kepada populasi lebih 1.1 bilion di seluruh dunia.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308570.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190927/2594274-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services