omniture

Do Re Mi China: Bakat asing penting untuk pembangunan China

Nanfang Media Group
2019-09-29 09:22 415

GUANGZHOU, China, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Perhimpunan besar akan diadakan untuk menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, 1 Oktober, Beijing, ibu negara China.

 

Sejak 70 tahun yang lalu, banyak perubahan telah berlaku di China, mencipta keajaiban dalam pembangunan sejarah manusia. Orang ramai dari seluruh pelusuk dunia telah mengejar impian mereka di China, membentuk bahagian penting usaha China untuk memperkukuh pembaharuan dan pembukaan, seperti satu skala diatonik yang menaik.

Guangdong telah memimpin negara dari segi menarik minat bakat asing, sebahagian besarnya disebabkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao (GBA), dan peranan baharu Shenzhen sebagai sebuah kawasan demonstrasi rintis. Nanfang Media Group telah menemubual tujuh orang ekspatriat berusia 10-70 di Guangdong.

Dilahirkan pada 2010 semasa Sukan Asia di Guangzhou, Yash dari Singapura berkata beliau ingin merealisasikan impiannya untuk menjadi doktor saintifik di Guangzhou.

Nikita Nikandrov, seorang pelajar Rusia dari Shenzhen MSU-BIT University berkata, "Dengan BRI, pelajar-pelajar Rusia boleh belajar bersama-sama pelajar-pelajar Cina. Kami boleh membuat idea-idea dan perniagaan-perniagaan baharu bersama-sama."

Rachel Rommeswinkel dari Amerika Syarikat memulakan kariernya sebagai pemblog kecantikan di Dongguan dan mempunyai lebih sejuta peminat di Bilibili dan Weibo. Beliau berkata beliau akan terus berkongsi tradisi, budaya dan teknologi Cina melalui videonya.

Leticia de Lassus dari Perancis, ketua JJB International Montessori AMI Centers di Guangzhou, bersetuju bahawa "pendidikan kanak-kanak adalah seperti membutangkan jaket. Jika butang pertama dikenakan dengan salah, butang selebihnya akan tidak dapat mencari tempat mereka yang tepat."

Henry Xiao berbangsa Cina-Amerika percaya bahawadi tengah-tengah GBA, syarikat beliau dapat menikmati pelbagai manfaat dari segi dasar baharu, dasar-dasar kerajaan dan modal, terutamanya bakat.

Penerbit Nanta Show Sean Choi dari Korea Selatan berkata masakan Guangdong terkenal di seluruh dunia, dan menjadikannya sesuai memperkenalkan Nanta Show ke Guangdong.

Stephan Mohler dari Switzerland, pengarah kualiti teknikal di Pearl River Pianos, berpendapat bahawa rahsia kualiti yang tinggi terletak pada kerja mudah yang telah dilakukan dengan baik. Lebih mengejutkannya, ramai orang muda yang berbakat di Cina seronok bekerja, belajar untuk membuat produk yang bagus dan cekal dalam usaha mereka untuk menjadi lebih baik.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201909/doremi/video1.mp4

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements