omniture

PR Newswire Lancar Tinjauan Komunikasi Asia-Pasifik 2019 - Trend Siaran Akhbar dan Edaran Kandungan

PR Newswire
2019-09-30 16:37 466

HONG KONG, 30 September 2019 /PRNewswire/ -- Dengan pembangunan pesat teknologi seperti algoritma pengesyor berita dan platform media sosial yang mengutamakan mudah alih, komunikasi korporat di rantau Asia-Pasifik (APAC) berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Ini termasuk pengukuran, penilaian dan pengkuantitian kesan komunikasi dalam persekitaran media yang berpecah-pecah.

Tinjauan Komunikasi Asia-Pasifik PR Newswire 2019 - Trend Siaran Akhbar dan Edaran Kandungan
Tinjauan Komunikasi Asia-Pasifik PR Newswire 2019 - Trend Siaran Akhbar dan Edaran Kandungan

Bagi meninjau sejauh mana syarikat-syarikat menangani cabaran-cabaran ini, PR Newswire, penyedia ulung global bagi perkhidmatan pengedaran berita dan pemantauan media, melancarkan Tinjauan Komunikasi APAC 2019 - Trend Siaran Akhbar dan Edaran Kandungan. Tinjauan ini bertujuan untuk mencari input daripada golongan profesional perhubungan awam (PR) & komunikasi dalam sembilan pasaran utama iaitu Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam serta dibuka untuk penyertaan sehingga 26 Oktober 2019. Setiap peserta akan menerima makluman e-mel apabila dapatan tinjauan ini diterbitkan.

Untuk mengambil bahagian dalam soal selidik ini, sila klik: https://www.surveymonkey.com/r/SQQNPTG

PR Newswire komited untuk membantu syarikat-syarikat menceritakan kisah mereka merentas pasaran, budaya dan juga bahasa yang berbeza. Penyertaan anda akan membantu rakan ahli profesional PR & komunikasi memahami trend industri APAC dengan lebih baik dan menyediakan titik rujukan yang sangat berharga untuk merancang kempen-kempen masa depan.

Persoalan utama yang dirangkumkan dalam tinjauan ini termasuk:

  • Topik-topik siaran akhbar yang dihantar oleh syarikat anda;
  • Saluran-saluran pengedaran kandungan;
  • Tahap kepuasan merentas jenis saluran berbeza seperti saluran media berita, platform media sosial dan pengiklanan berbayar.

Keputusan tinjauan ini dijangka akan disiarkan menjelang akhir tahun 2019.

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. (NYSE: CISN), ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.prnasia.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190927/2594420-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d?lang=0

Source: PR Newswire
Keywords: Publishing/Information Service Survey, Polls & Research