omniture

Risen Energy berkembang ke pasaran Poland, tandatangani perjanjian pesanan bekalkan modul solar kepada loji kuasa 8MW dan 6.6MW

Risen Energy Co., Ltd
2019-09-30 18:58 271

NINGBO, China, 30 September 2019 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd baru-baru ini menandatangani perjanjian untuk membekalkan 8MW modul ke stesen janakuasa darat di Poland. Projek ini akan menggunakan model kristal tunggal berkecekapan tinggi 300MW daripada Risen secara eksklusif, yang mula dihantar pada akhir Ogos. Pengurus perancangan pengeluaran Risen Energy berkata, "Kami akan menghantar modul-modul berkualiti tinggi tepat pada masanya melalui kawalan perancangan pengeluaran yang berkesan." Pembinaan kemudahan ini akan bermula pada November ini dan dijadualkan selesai menjelang akhir tahun ini. Kemudahan ini akan menjadi satu-satunya stesen janakuasa PV darat yang besar seumpamanya di wilayah berkenaan.

Syarikat turut memeterai perjanjian pesanan bekalan modul 6.6MW untuk membekalkan modul-modul 330W polihabluran yang cekap kepada projek Poland yang kedua. Pembinaan stesen janakuasa kedua akan bermula pada Oktober ini dengan kerjasama EPC tempatan dan dijangka akan disambungkan kepada grid sebelum tahun 2020.

Menurut statistik kastam Poland, sejak pembatalan harga import minimum (MIP) di Eropah, penghantaran modul ke Poland meningkat dengan ketara. Bilangan projek yang kini dibida menunjukkan peningkatan permintaan terhadap pemasangan baharu. Di samping itu, sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2020 dan 2025 menunjukkan kemajuan yang baik untuk dicapai, menandakan peningkatan keperluan terhadap modul-modul di Poland.

"Kedudukan geografi Poland yang betul-betul terletak di paksi utama laluan darat Inisiatif Jalur dan Jalan menandakan bahawa inisiatif ini akan menjadi amat penting untuk negara berkenaan pada 10, 20 mahupun 30 tahun akan datang," kata Wu Meizhong, pengarah jualan Risen Energy Eropah. "Pada pandangan kami, pasaran tersebut masih baharu dan mempunyai potensi yang besar. Semakan semula terhadap bil tenaga baharu Poland dijangka akan mempercepatkan pembinaan projek-projek kuasa PV di seluruh negara berkenaan. Kami akan terus mengukuhkan kerjasama kami dengan pengedar tempatan, menggalakkan pembangunan stesen janakuasa dalam pasaran Poland dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan melalui produk-produk berkualiti tinggi."

Baru-baru ini, Risen Energy telah meluaskan kehadirannya dalam pasaran luar negara sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan dan telah memainkan peranan kepimpinan dalam pembinaan infrastruktur tenaga bersih. Risen Energy akan terus meluaskan kehadiran luar negaranya, bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tempatan dan pengedar, meningkatkan daya saing global syarikat dan menyumbang kepada komuniti tenaga hijau.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities