omniture

CIIE mula hantar pas, barang pamer pertama tiba

China International Import Expo
2019-09-30 21:18 567

SHANGHAI, 30 September 2019 /PRNewswire/ -- Lencana akses pertama untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali kedua telah dihantar kepada pempamer dan pengunjung profesional ekspo ini oleh China Post pada 27 September.

Lencana pertama untuk CIIE dihantar
Lencana pertama untuk CIIE dihantar

Sekitar 200,000 lencana dijadualkan dihantar kepada peserta-peserta ekspo dengan pengiraan detik 30 hari menjelangnya acara tersebut, yang akan bermula pada 5 November.

Tahun ini, CIIE bekerjasama dengan China Post untuk menyediakan perkhidmatan mel percuma untuk lencana tersebut dan ia juga akan mewujudkan sebuah pusat pendaftaran berkeluasan 2,000 meter persegi untuk pengunjung ekspo mengambil lencana mereka di tempat pameran.

Sementara itu, barang pameran mula tiba di Shanghai. Barang pameran pertama, iaitu kenderaan seberat 3 tan daripada pembuat kereta Itali Iveco, telahpun tiba dan melepasi pemeriksaan kastam di Shanghai pada 26 September lalu. Model baharu firma Itali tersebut Daily 4X4 bakal membuat penampilan sulungnya di kawasan Asia-Pasifik semasa berlangsungnya CIIE.

Barang pamer pertama lepasi pemeriksaan kastam
Barang pamer pertama lepasi pemeriksaan kastam

Pentadbiran Am Kastam telah menubuhkan sebuah pejabat kastam khas untuk CIIE, yang menjalankan prosedur kelulusan mudah dan telah menambah baik pemeriksaan untuk memastikan item-item CIIE melepasi pemeriksaan kastam dengan pantas.

Ia turut memperkenalkan teknologi data raya bagi membangunkan platform pengurusan perdagangan rentas sempadannya dan menggunakan sijil tanpa kertas untuk barangan CIIE.

Lanjutan daripada enam bulan kepada setahun untuk barang pamer CIIE dengan ATA Carnet, dokumen yang membenarkan import barangan sementara, akan diteruskan tahun ini bagi memberi masa yang cukup kepada perusahaan untuk menjalankan promosi susulan.

Persiapan lain untuk ekspo berkenaan turut dijalankan. Warisan budaya tak ketara China dan jenama-jenama yang tidak luput ditelan zaman akan dipamerkan, mengambil kawasan berukuran sekitar 4,000 meter persegi. Pameran stimbot Chongqing yang mendemonstrasikan warisan kulinari unik bandar tersebut dijangka akan ditonjolkan.

Sejumlah 63 program kebudayaan dan kesenian, meliputi nyanyian, tarian, muzik rakyat, drama dan opera, akan turut dipamerkan semasa berlangsungnya acara tersebut.

Hampir 20 robot yang direka untuk menyerupai maskot ekspo berkenaan, panda bernama "Jinbao", akan membantu pengunjung dengan pertanyaan. Selain itu, papan tanda di tempat pameran telahpun diterjemahkan kepada pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan juga Bahasa Rusia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190929/2595393-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190929/2595393-1-b?lang=0 

Source: China International Import Expo
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news