SHANGHAI, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Jenama pembayaran global yang terkemuka UnionPay dan Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) hari ini mengumumkan pengukuhan kolaborasi mereka untuk memasarkan Thailand sebagai destinasi pelancong kepada pengembara dari China menjelang cuti Minggu Emas akan datang di China mulai 1 hingga 7 Oktober. Perkongsian yang dilanjutkan itu akan menyaksikan UnionPay bekerjasama dengan lebih erat bersama TAT bagi menggalakkan perbelanjaan oleh pelancong-pelancong Cina melalui aplikasi UnionPay, tatkala UnionPay terus meningkatkan infrastruktur pembayaran tanpa tunai di Thailand dan meningkatkan bilangan titik penerimaan untuk pembayaran tanpa sentuh UnionPay dan Kod QR di seluruh negara berkenaan.
Menurut Laporan Perjalanan ke Luar Negara Cina 2018 oleh China Tourism Academy dan Ctrip, China ialah pasaran perjalanan ke luar negara yang terbesar di dunia dengan 150 juta perjalanan ke luar negara dilakukan pada tahun 2018. Dari segi negara-negara destinasi utama yang dikunjungi oleh pengembara Cina, Thailand mengungguli senarai berkenaan, diikuti oleh Jepun, Vietnam, Singapura dan Indonesia; manakala Bangkok menerajui sebagai bandar destinasi utama untuk pengembara Cina pada tahun 2018. Disokong oleh pertumbuhan ketibaan pelancong Cina ke Thailand pada bulan Ogos baru-baru ini, TAT yakin bahawa jumlah ketibaan pelancong akan mencecah sasaran 40 juta orang menjelang akhir tahun 2019, mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus daripada 38.3 juta ketibaan pelancong pada tahun 2018.
Untuk meningkatkan lagi perbelanjaan oleh pengembara Cina bersempena dengan cuti Minggu Emas akan datang mulai 1 hingga 7 Oktober, Pemegang Kad UnionPay dari Tanah Besar China boleh menikmati hak istimewa di lebih 100 peniaga di Thailand dan sehingga 20% pulangan balik tunai untuk perbelanjaan luar negara bagi kad-kad yang dikeluarkan oleh bank-bank terpilih yang mengambil bahagian, selain ganjaran tunai apabila mereka membuat bayaran dengan aplikasi UnionPay Mobile QuickPass di lebih 5,000 peniaga yang mengambil bahagian di luar negara.
"UnionPay dan Lembaga Pelancongan Thailand berasa gembira untuk memperkukuh perkongsian kami demi merancakkan industri perjalanan dan pelancongan Thailand untuk tempoh jangka panjang. Dengan pengembara Cina menjadi pasaran pelancong dalam negara yang utama untuk Thailand, kami percaya UnionPay dan TAT dapat memanfaatkan kekuatan kolektif kami untuk meningkatkan ketibaan pelancong dan perbelanjaan pelancong dengan mendayakan kemudahan yang lebih besar dan kelancaran pembayaran untuk pengembara Cina. Tatkala kami terus memangkinkan langkah ke arah masyarakat tanpa tunai di Thailand, kami juga berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan bilangan titik penerimaan bayaran tanpa tunai di bandar-bandar utama di seluruh dunia, dengan tumpuan untuk menjadikan Kod QR untuk pembayaran tersedia di seluruh negara," kata Wenhui Yang, Pengurus Besar, UnionPay International Southeast Asia.
"Dengan China sebagai sumber utama ketibaan pelancong ke Thailand, kami berasa sukacita untuk meluaskan perkongsian kami dengan jenama pembayaran terkemuka, UnionPay, untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong di negara ini. Dengan lebih 190,000 pelancong Cina dijangka mengunjungi Thailand semasa cuti Minggu Emas, kami berharap agar keistimewaan khas, pulangan balik tunai dan ganjaran oleh UnionPay ini akan menggalakkan lebih banyak perbelanjaan di negara ini, tatkala kami terus meningkatkan penawaran perjalanan dan pelancongan kami dalam bandar-bandar utama seperti Bangkok, Chiang Mai dan seterusnya, untuk mendayakan pengalaman perjalanan yang lebih beraneka dan lebih menyeronokkan kepada pengunjung," kata En. Chattan Kunjara Na Ayudhya, Timbalan Gabenor untuk Pemasaran Antarabangsa Asia dan Pasifik Selatan.
Hari ini, Kad UnionPay diterima merentas hotel popular, tempat hiburan, outlet jualan runcit dan menjamu selera di Thailand serta di lebih 30,000 terminal Kod QR UnionPay. Dengan UnionPay menjadi mod bayaran tanpa tunai pilihan untuk pengembara Cina di luar negara, UnionPay menyasarkan untuk meluaskan jaringan penerimaan QR kepada lebih banyak peniaga di seluruh Thailand tahun ini, termasuk peniaga makanan dan minuman di bawah The Mall Group, Tesco Lotus dan Starbucks.
Bangkok Bank ialah pemeroleh pembayaran kod QR utama UnionPay di Thailand. Peniaga-peniaga akan berpeluang untuk menerima bayaran menggunakan aplikasi BeWallet Bangkok Bank, aplikasi UnionPay dan aplikasi-aplikasi lain yang menyokong pembayaran kod QR UnionPay termasuk dompet NETSPay dan Sacombank.
"Penggunaan kod QR untuk pembayaran semakin mendapat momentum di Thailand, dan juga seluruh Asia. Pembayaran kod QR berkos rendah dan cepat untuk menggunakan penyelesaian E-bayaran yang akan membantu Thailand melangkah maju ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai. Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak titik penerimaan Kod QR melalui pelbagai peniaga yang lebih luas bagi membawa lebih banyak kemudahan kepada pembeli belah," kata Shoke Na Ranong, Naib Presiden Eksekutif, Bangkok Bank.
Di Thailand, UnionPay bekerjasama dengan Bangkok Bank, Bank of China, ICBC Bank, Kasikorn Bank, Kiatnakin Bank, Krungthai Bank, Krungthai Card dan LH Bank untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan pembayaran. Terkini, UnionPay bekerjasama dengan Bangkok Bank dan Krungthai Bank bagi tujuan pelaksanaan pembayaran Kod QR rentas sempadan di Thailand. Pada masa kini, aplikasi BeWallet BBL dan Krungthai NEXT menyokong pembayaran kod QR UnionPay untuk pelanggan Thai.
Latar Belakang UnionPay International
UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay, jaringan pembayaran global yang menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan Pemegang Kad yang terbesar di dunia. Menerusi lebih 7.5 bilion kad UnionPay yang dikeluarkan di 58 negara dan wilayah, lebih 55 juta peniaga dan 2.9 juta ATM menerima kad kami di 176 negara dan wilayah, UnionPay kini merupakan salah satu jaringan pembayaran yang paling pantas berkembang di dunia.
Sebagai sebuah syarikat dengan jaringan penerimaan global dan pelbagai jenis perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia, UnionPay komited untuk memberi akses kepada penyelesaian pembayaran yang bernilai dan terjamin yang disesuaikan mengikut keperluan pasaran tempatan, untuk mendayakan pilihan dan kemudahan pembayaran untuk pengguna mahupun perniagaan.
Di Asia Tenggara, UPI telah mendayakan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad merentas kesemua 10 negara. Di Thailand, UPI bekerjasama dengan Bangkok Bank, Bank of China, ICBC Bank, Kasikorn Bank, Kiatnakin Bank, Krungthai Bank dan LH Bank untuk menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan pembayaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.unionpayintl.com.