omniture

TMRW Menang Lima Anugerah Industri sebagai Peneraju Perbankan Digital

United Overseas Bank
2019-10-02 13:58 491

BANGKOK, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- TMRW oleh United Overseas Bank (UOB), bank mudah alih pertama di ASEAN untuk generasi digital rantau ini telah menerima pengiktirafan industri atas usahanya dalam menerajui perbankan digital. TMRW yang telah memenangi lima anugerah pada separuh kedua 2019, mencerminkan suatu pencapaian penting industri yang dicatatkan oleh sebuah bank digital. Ianya merangkumi bidang pengesahan biometrik, penglibatan pelanggan dan Kecerdasan Buatan (AI) interaktif yang dibangunkan daripada penggunaan data transaksi.

TMRW merupakan bank pertama di Thailand yang mendayakan pengesahan cap jari yang membolehkan pelanggan membuka akaun bank dan mengesahkan identiti mereka tanpa perlu pergi ke cawangan bank.

Bank digital ini dianugerahkan Inisiatif Biometrik Terbaik oleh The Asian Banker pada bulan Mei, Bank Digital Terbaik oleh AsiaMoney pada bulan Julai, dan Bank Terbaik untuk Golongan Milenial, Model Perniagaan Bertumpukan Pelanggan Terbaik serta Onboarding Pelanggan dan Pembukaan Akaun yang Cemerlang oleh The Digital Banker pada bulan September.

Yuttachai Teyarachakul, Pengarah Urusan, Ketua Perkhidmatan Kewangan Peribadi Negara, UOB (Thailand), berkata, "TMRW menimbang semula model perbankan tradisional untuk menjadikan urusan perbankan lebih mudah, lebih pintar dan lebih selamat untuk pelanggan kami - terutamanya bagi golongan muda dan cenderung kepada perbankan mudah alih. Kami menghargai pengiktirafan oleh industri dan komited untuk meneruskan usaha kami bagi memberikan pengalaman yang lebih mudah, lebih telus dan lebih melibatkan pelanggan kami melalui penggunaan data dan maklum balas dari pelanggan."

TMRW menerjemahkan data urusniaga kepada suatu pemahaman yang boleh dizahirkan. Ia kemudiannya digunakan untuk mencetuskan pengalaman perbankan yang menarik dan menyeronokkan di samping menjadikan pelanggan lebih bijak untuk menyimpan dan berbelanja. Lebih banyak masa diluangkankan oleh pelanggan bersama TMRW, lebih arif bank mudah alih tersebut di dalam mengetahui kehendak dan keperluan mereka bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada setiap pelanggan. Melalui TMRW, pelanggan dapat mengalami sendiri teknologi masa depan yang baru muncul seperti permainan Realiti Maya serta pembelajaran AI dan Bot Sembang (Chatbot) yang interaktif.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190930/2595684-1logo?lang=0

Source: United Overseas Bank
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Awards Financial Technology