omniture

Rapyd Peroleh $100 Juta dalam Pembiayaan Dorong Peluasan Teknologi Kewangan-sebagai-satu-perkhidmatan Global

Pelabur-pelabur termasuk Oak HC/FT, Tiger Global, Coatue, Stripe, General Catalyst, Target Global dan Entree Capital
Rapyd
2019-10-03 03:05 578

LONDON dan MOUNTAIN VIEW, California, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Rapyd, penyedia Teknologi Kewangan-sebagai-satu-perkhidmatan bertaraf global, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan sebanyak $100 juta yang dipimpin oleh Oak HC/FT dengan penyertaan daripada Tiger Global, Coatue, General Catalyst, Target Global, Stripe dan Entree Capital. Awal tahun ini, Rapyd mengumpul sebanyak $40 juta dalam pembiayaan siri B.

(Dari Kiri-Kanan) Pengasas-pengasas Rapyd - Arkady Karpman-Arik Shtilman-Omer Priel
(Dari Kiri-Kanan) Pengasas-pengasas Rapyd - Arkady Karpman-Arik Shtilman-Omer Priel

Dengan pelaburan baharu ini, syarikat akan terus membina platform teknologi berasaskan awan seragam yang membantu perniagaan menyepadukan keupayaan Teknologi Kewangan dan pembayaran ke dalam sebarang aplikasi perdagangan dengan pantas. Pembiayaan ini juga akan digunakan untuk terus membina Rangkaian Pembayaran Global Rapyd yang membantu perniagaan berkembang dalam pasaran tempatan dan rentas sempadan dengan mendekati lebih empat bilion pengguna melalui pelbagai jenis kaedah bayaran tempatan selain kad kredit. Rapyd membuka laluan untuk gelombang global Teknologi Kewangan yang semakin berkembang dan pemodenan perdagangan yang dijalankan oleh peniaga e-dagang, platform ekonomi gig, institusi kewangan dan penyedia teknologi yang ingin mendayakan pengalaman pelanggan yang amat bersifat tempatan.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Oak HC/FT, Tiger Global, Coatue dan pelabur-pelabur jangka panjang kami yang lain untuk terus membina dan melancarkan platform Teknologi Kewangan-sebagai-satu-perkhidmatan di seluruh dunia," kata Arik Shtilman, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapyd. "Perdagangan global berada pada titik lengkok balas kritikal memandangkan perniagaan didesak untuk melancarkan aplikasi baharu, memproses dan menerima kaedah bayaran tempatan, membayar dana dan mengurus risiko serta pematuhan agar mereka dapat menawarkan pengalaman pelanggan yang amat bersifat tempatan tanpa perlu membina infrastruktur mereka sendiri. Harapan hari ini ialah keadaan ini perlu berlaku di seluruh dunia bagi memacu pertumbuhan ke dalam pasaran baharu. Memandangkan lebih separuh daripada semua transaksi di seluruh dunia dipermudahkan melalui pemindahan bank dan wang tunai, peniaga mendapatinya semakin sukar untuk mendayakan kaedah bayaran tempatan dan memproses jualan rentas sempadan secara digital yang diperlukan untuk pengembangan antarabangsa."

"Tatkala perkhidmatan kewangan menjadi semakin didigitalkan dan bersifat global, pendekatan teknologi kewangan-sebagai-satu-perkhidmatan daripada Rapyd mempunyai potensi pertumbuhan yang amat besar," kata Tricia Kemp, pengasas bersama dan rakan pengurusan di Oak HC/FT. "Kami teruja untuk menyokong dan bekerjasama dengan pasukan Rapyd tatkala mereka menangani salah satu cabaran terbesar dalam perkhidmatan kewangan dengan membantu perniagaan menavigasi kerumitan pembayaran digital tempatan dan rentas sempadan."

"Kami teruja untuk menjadi pelabur-pelabur dalam Rapyd dan percaya Syarikat membolehkan syarikat-syarikat internet global meningkatkan keupayaan mereka untuk menerima pembayaran tempatan dalam pasaran-pasaran baru muncul. Kami kagum dengan Arik dan pasukan beliau serta platform terbeza yang dibina oleh Rapyd," kata Scott Shleifer, Rakan Kongsi, Tiger Global Management. 

Rapyd menyokong pengembangan perniagaan tempatan dan rentas sempadan untuk sebarang jenis perdagangan atau aplikasi Teknologi Kewangan daripada satu platform seragam dengan mengurus kerumitan dalam menghubungkan sistem pembayaran tempatan yang berbeza, menyepadukan sebarang jenis kaedah bayaran tempatan dan memastikan peraturan tempatan dan keperluan pematuhan dipenuhi.

Platform Teknologi Kewangan-sebagai-satu-perkhidmatan global Rapyd menyediakan beberapa keupayaan termasuk:

  • Keupayaan untuk menerima wang tunai, pemindahan bank, e-dompet dan pembayaran kad debit tempatan di lebih 100 negara;
  • Pembayaran di lebih 170 negara;
  • Penyelesaian berbilang mata wang untuk satu fail merentas 65 mata wang;
  • Perkhidmatan tukaran asing waktu sebenar termaju, yang mana secara purata, memberi kos lebih rendah kepada pelanggan dan pengguna mereka dan lebih menguntungkan disebabkan oleh teknologi lindung nilai FX canggih;
  • Perkhidmatan Kenali Pelanggan Anda (KYC), Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (CFT) global yang komprehensif.

About Oak HC/FT

Founded in 2014, Oak HC/FT is the premier venture growth-equity fund investing in Healthcare Information & Services ("HC") and Financial Services Technology ("FT"). With $1.9 billion in assets under management, we are focused on driving transformation in these industries by providing entrepreneurs and companies with strategic counsel, board-level participation, business plan execution and access to our extensive network of industry leaders. Oak HC/FT is headquartered in Greenwich, CT, with offices in Boston and San Francisco. Follow Oak HC/FT on Twitter, LinkedIn, and Medium

About Tiger Global

Tiger Global Management, LLC is an investment firm that deploys capital globally. The firm's fundamentally oriented investments focus primarily on the global Internet, software, financial technology, consumer and industrial sectors. The private equity strategy has a ten-year investment horizon and targets growth-oriented private companies. Such investments have included JD.com, Flipkart, Spotify, Harry's, Warby Parker, Peloton, Facebook, LinkedIn, Yandex, Mail.ru Group, Despegar and Ola. The public equity efforts emphasize deep due diligence on individual companies and long-term secular themes. Tiger Global Management, LLC was founded in 2001 and is based in New York with affiliate offices in Hong Kong, Singapore, Bangalore and Melbourne. 

About Rapyd

Rapyd helps businesses create great local commerce experiences anywhere. The world's most innovative ecommerce, technology firms, and marketplaces utilize our Fintech-as- a-Service platforms: Collect, Disburse, Wallet and Issuing to seamlessly integrate fintech and payment capabilities into their applications. By accessing the Rapyd Global Payment Network, businesses can access over 500 local payment types including bank transfers, ewallets and cash in more than 100 countries. Now ecommerce, technology firms, and marketplaces can focus on growing new markets and reaching billions of consumers rather than building infrastructure. Investors include Oak HC/FT, Tiger Global, General Catalyst, Stripe, Target Global, Coatue, Entree Capital, IGNIA, and TAL Capital. For more information, visit www.rapyd.net.  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191001/2597166-1?lang=0

 

Source: Rapyd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Financial Technology