omniture

Xinhua Silk Road: Kongres FCV Hidrogen Antarabangsa ke-4 diadakan di Rugao, Jiangsu

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-03 19:04 417

BEIJING, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Kongres Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen Antarabangsa ke-4 telahpun diadakan di Rugao, Wilayah Jiangsu, timur China pada 26-28 September, meninjau kerjasama global dan laluan pembangunan komersial dalam sektor-sektor tenaga hidrogen dan sel bahan api.

Persidangan ini menarik minat lebih 1,500 hadirin, dengan pakar-pakar dari dalam dan luar negara bertukar-tukar pandangan tentang topik-topik hangat seperti aplikasi komersial sel bahan api hidrogen, pembuatan dan penyimpanan hidrogen, pembinaan infrastruktur tenaga hidrogen, tindanan sel bahan api serta bahagian dan komponen utama, piawaian dan peraturan dasar, jerayawara projek dan juga sumber modal.

Platform perkhidmatan awam negara untuk penyelidikan dan pengujian kenderaan berkuasa hidrogen telah dirasmikan dalam upacara perasmian persidangan tersebut. Ia merupakan penyedia pertama bagi perkhidmatan pengujian sel bahan api hidrogen pihak ketiga di Delta Sungai Yangtze dan juga di China.

Rancangan pelaksanaan untuk demonstrasi bersepadu FCV di Delta Sungai Yangtze turut diperkenalkan, dikhususkan untuk terus mempromosi demonstrasi dan popularisasi FCV di delta tersebut.

Persidangan selama 3 hari tersebut, disingkatkan sebagai FCVC 2019, terdiri daripada sebuah persidangan umum, enam subpersidangan, lima acara sampingan, satu aktiviti pandu uji dan sebuah pameran besar-besaran.

Bersama-sama dianjurkan oleh Persatuan Sel Bahan Api Hidrogen Antarabangsa (IHFCA) dan Persatuan Jurutera Automotif China (SAE-China) sejak tahun 2016, FCVC 2019 mendapat sokongan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China tahun ini.

Pada masa kini, Rugao, sebuah bandar yang terletak di sepanjang Sungai Yangtze, berkembang menjadi salah sebuah bandar yang mempunyai rantaian perindustrian tenaga hidrogen yang paling lengkap di China. Ia juga merupakan Bandar Demonstrasi Ekonomi Hidrogen pertama UNDP di China. Ia mempunyai lebih 20 perusahaan yang terlibat dalam tenaga hidrogen dengan nilai output berjumlah sebanyak lima bilion yuan dan kini dikenali sebagai "lembah hidrogen mesra alam di Delta Sungai Yangtze."

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308634.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Trade show news