omniture

Presiden Macky Sall dan Bishop Munib A. Younan dipilih sebagai Penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2020

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dipilih untuk Anugerah 'Founders'
The Sunhak Peace Prize Committee
2019-10-05 17:00 550

NAGOYA, Jepun, 5 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Hadiah Keamanan Sunhak telah memilih Macky Sall (59 tahun, Presiden Senegal) dan Munib A. Younan (70 tahun, bekas Presiden Lutheran World Federation) sebagai Penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2020. Selain itu, bagi menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pengasasnya Rev. Dr. Sun Myung Moon, Anugerah Founders khas akan disampaikan kepada Ban Ki-moon (76 tahun, bekas Setiausaha Agung PBB).

Macky Sall (President of Senegal)
Macky Sall (President of Senegal)

 

Munib A. Younan (former President of the Lutheran World Federation)
Munib A. Younan (former President of the Lutheran World Federation)

 

Ban Ki-moon (former UN Secretary-General)
Ban Ki-moon (former UN Secretary-General)

Presiden Macky Sall diiktiraf kerana menyebarkan demokrasi yang matang ke negara-negara jiran di benua Afrika, yang mana pemerintahan diktator dan kemiskinan masih lagi berleluasa, dengan kejayaan memendekkan tempoh penggal presiden dan memimpin kebangkitan ekonomi melalui dasar yang telus di negara beliau. Bishop Munib A. Younan, seorang pelarian Palestin, diiktiraf atas dedikasi beliau untuk membawa keharmonian antara agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam di rantau Timur Tengah selama lebih 40 tahun sejak pelantikan beliau sebagai pastor Luteran pada tahun 1976 dan juga atas peranan utama beliau dalam mencari satu resolusi damai bagi konflik Israel-Palestin.

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, pemenang Anugerah Founders, dipilih sebagai pengiktirafan kepada pengorbanan beliau dalam memimpin PBB ke arah dunia yang mampan dalam mendepani cabaran dan krisis global yang belum pernah berlaku sebelum ini seperti krisis ekonomi global, perubahan iklim, keganasan dan isu pelarian, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Hong Il-sik, Pengerusi Jawatankuasa Hadiah Keamanan Sunhak berkata, "Dengan perluasan kepentingan diri di serata dunia, semangat internasionalisme kerjasama yang mendasari aturan dunia pascaperang merosot dengan ketara. Pemenang-pemenang Hadiah tersebut hari ini merupakan individu yang telah menyatakan komitmen mereka untuk memecah sempadan antara individu dan mereka yang melihat antara satu sama lain dengan impian kerjasama dan kemakmuran bersama demi mewujudkan dunia yang lebih baik dan aman bersama-sama."

Hadiah Keamanan Sunhak menemui dan menganugerahi individu dan organisasi setiap dua tahun sekali yang telah menyumbang kepada keamanan dan kebajikan generasi-generasi akan datang. Hadiah bernilai 1 juta dolar AS merupakan anugerah tunggal terbesar di dunia. Pemenang Anugerah Founders akan menerima hadiah wang bernilai 500,000 dolar AS. Upacara penyampaian anugerah akan diadakan di KINTEX di Seoul, Korea Selatan pada 5 Februari 2020.

Hubungi:
Yeon-jae Choi
Jawatankuasa Hadiah Keamanan Sunhak
Tel: +81-2-3278-5160
Faks: +81-3-3278-5198 
sunhakprize@gmail.com 
http://sunhakpeaceprize.org/?leng=en 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2597289-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2597289-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191003/2597289-1-c?lang=0

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Awards Not for profit Public Interest