omniture

AirCUVE Lancar Penyelesaian Pengesahan Dua-faktor Berkuasa untuk Perkukuh Pengesahan dalam Persekitaran Perniagaan

AirCUVE
2019-10-07 09:00 406

SEOUL, Korea Selatan, 7 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- AirCUVE, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pembangunan perisian pengesahan, melancarkan Penyelesaian Pengesahan Dua-faktor yang dapat mengukuhkan proses pengesahan apabila mengakses sistem dan melumpuhkan akses oleh pengguna tidak sah. Tambahan pula, penyelesaian ini menyediakan pelbagai jenis token pengesahan tambahan seperti SMS, e-mel, OTP mudah alih, token HW (jenis kad), kod QR, tolakan Aplikasi, YubiKey dan cap jari. Di samping itu, AirCUVE kini berperanan sebagai ahli lembaga FIDO Alliance.

Hari Penyelesaian Filipina AirCUVE
Hari Penyelesaian Filipina AirCUVE

"AirCUVE meluaskan skop pelbagai token pengesahan untuk menawarkan penyelesaian pengukuhan pengesahan yang boleh digunakan pada bila-bila masa dalam pelbagai persekitaran dan infrastruktur perniagaan seperti rangkaian berwayar/tanpa wayar, pejabat mudah alih pintar, transaksi kewangan, VPN, VDI dan portal web. Kami turut berusaha untuk berkembang menjadi sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pengesahan 2FA dengan menyediakan persekitaran pengesahan yang menawarkan ciri kemudahan dan keselamatan kepada pentadbir dan juga pengguna," kata Naib Presiden Eksekutif GS AHN AirCUVE. Beliau turut menambah, "AirCUVE berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran Asia Tenggara dan Jepun sambil mengukuhkan aktiviti-aktiviti PR dalam pasaran Timur Tengah dan Afrika bersama-sama rakan-rakan kongsi tempatan kami untuk mengembangkan kumpulan rakan kongsi kami di setiap negara dan meluaskan ufuk perniagaan dalam pasaran global.

Syarikat-syarikat Seluruh Dunia meningkatkan perbelanjaan mereka setiap tahun untuk bersiap sedia menangani kemalangan berkaitan keselamatan dan terdapatnya keperluan untuk mewujudkan sistem keselamatan yang mantap sebagai persediaan untuk kemalangan keselamatan yang semakin berkembang. Pada masa kini, tidak lagi selamat untuk melakukan pengesahan identiti hanya dengan maklumat yang diketahuinya (ID/Kata Laluan).

Di samping itu, syarikat-syarikat semakin beralih ke arah persekitaran kerja berasaskan awan, manakala peranti sedia ada termasuk komputer riba, komputer meja dan pencetak serta pelbagai bentuk peranti pintar dan peranti IoT diterima pakai dan digunakan dalam infrastruktur IT syarikat. Dengan itu, AirCUVE membangunkan produk SaaS yang dilengkapi dengan penyelesaian pengesahan keselamatan berwayar/tanpa wayar dan fungsi keselamatan IoT. Penyelesaian pengesahan keselamatan berwayar/tanpa wayar AirCUVE ialah produk "BYOD (Bawa Peranti Anda Sendiri)" yang membolehkan pengguna sendiri untuk mengesahkan akses ke terminal individu dalam syarikat dan mengurus tugasan kawalan. Ia merupakan penyelesaian pengurusan/pengesahan keselamatan yang amat berkesan.

AirCUVE ialah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pembangunan perisian pengesahan dan memperoleh pelbagai rujukan sebanyak lebih 900 di seluruh dunia sepanjang 17 tahun lalu. Pelanggan-pelanggannya termasuk syarikat-syarikat di Asia Tenggara termasuk sebuah bank di Filipina (Development Bank of the Philippines, DBP), syarikat telekomunikasi (Eastern Telecom) dan syarikat penerbangan (Philippine Airlines), selain dalam pasaran Jepun memandangkan permintaan terhadap Pengesahan Dua-faktor semakin meningkat saban tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.aircuve.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2592948-1?lang=0

Source: AirCUVE
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services