omniture

Eye Level bakal adakan pertandingan Eye Level Math Olimpiad 2019 untuk uji kemahiran matematik pelajar pada bulan November

Eye Level
2019-10-08 13:07 420

SEOUL, Korea Selatan, 8 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Sejak 2004, Eye Level telah menjalankan Pertandingan Matematik tahunan yang dipanggil Eye Level Math Olimpiad (ELMO) untuk membolehkan pelajar mempamerkan kemahiran matematik mereka di tahap gred 1 hingga gred 8. Acara ini dibuka bukan sahaja untuk ahli Eye Level tetapi untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya dengan yuran pendaftaran yang rendah. Ujian yang dijalankan selama kira-kira satu jam ini direka untuk mencabar kemahiran matematik para pelajar dalam pelbagai bidang dan merangkumi banyak aspek-aspek aritmetik dan pemikiran kritikal.

Eye Level Math Olimpiad 2018 sedang Berlangsung
Eye Level Math Olimpiad 2018 sedang Berlangsung

Pada tahun 2018, seramai 8,600 pelajar-pelajar dari 12 buah negara mengambil bahagian dalam acara itu dan Eye Level menjangkakan lebih daripada 10,000 permohonan pelajar-pelajar dari 15 buah negara pada tahun ini.

Dengan menyertai acara itu, pelajar bukan sahaja dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka bidang matematik tetapi mereka juga boleh melihat di tahap mana mereka berada di peringkat global. Pemenang dipilih di peringkat kebangsaan dan akan dianugerahi dengan pelbagai sijil-sijil dan hadiah-hadiah. Spesifikasi akan berbeza mengikut negara tetapi bej Eye Level di peringkat global disediakan dalam 3 peringkat, supaya pelajar dapat membina keyakinan dan menggalakkan mereka untuk terus belajar.

Pendaftaran untuk acara ini boleh dibuat secara dalam talian di myeyelevel.com dan akan dibuka sehingga akhir bulan Oktober. Tarikh sebenar acara dan yuran pendaftaran secara spesifik akan berbeza mengikut negara tetapi keputusan pertandingan akan dipaparkan secara dalam talian pada akhir bulan Disember untuk semua peserta. Ujian-ujian latihan disediakan di pusat-pusat pembelajaran Eye Level yang mengambil bahagian tetapi jika anda tidak dapat mencari pusat yang berdekatan, anda boleh memuat turun ujian-ujian tahun sebelumnya di laman web pendaftaran untuk membuat latihan. Maklumat lanjut tentang ujian boleh didapati dalam talian, oleh itu sila rujuk kepada maklumat-maklumat yang disediakan dan galakkan para pelajar anda untuk menyertai acara ini sekarang.

LATAR BELAKANG Eye Level

Level Eye ialah penyedia antarabangsa bagi perkhidmatan pendidikan tambahan untuk Matematik dan Bahasa Inggeris dengan lebih daripada 2 juta pelajar yang menjalani programnya. Teras prinsip pendidikan Eye Level menggalakkan pembelajaran sendiri secara terus sambil membina asas akademik yang mantap dan meningkatkan motivasi untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Matlamat Eye Level adalah untuk menyediakan para pelajar supaya menerima pembelajaran sebagai satu projek seumur hidup dengan fokus kepada penguasaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190930/2595766-1?lang=0

Source: Eye Level
Related Links:
Keywords: Education Children-related news Future Events