omniture

Xinhua Silk Road: Chenzhou China Tengah adakan persidangan galakkan pembinaan zon demonstrasi inovasi kebangsaan untuk pembangunan mampan

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-09 23:18 345

BEIJING, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Bandar Raya Chenzhou di Wilayah Hunan China tengah baru-baru ini mengadakan persidangan untuk menggalakkan pembinaan zon demonstrasi inovasi kebangsaan bagi melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya berkenaan.

Diluluskan oleh Majlis Negara China pada bulan Mei tahun ini, Chenzhou menjadi salah satu daripada enam bandar raya demonstrasi di seluruh negara untuk membina zon demonstrasi inovasi sedemikian, satu langkah untuk China melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan terlibat dalam tadbir urus global.

Terletak di kawasan di mana sistem Sungai Yangtze menyimpang daripada sistem Sungai Mutiara, Chenzhou berperanan sebagai sumber utama untuk Sungai Mutiara dan dua cabang utama Sungai Yangtze, iaitu Sungai Xiangjiang dan Sungai Ganjiang. Tasik Dongjiang di Chenzhou mempunyai sumber air minuman yang terbesar di Hunan.

Pembinaan zon demonstrasi sedemikian akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan penyelesaian yang sistematik kepada dunia untuk menerokai pembangunan mampan sumber air dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sumber air di bandar raya tersebut.

Menurut Yi Pengfei, setiausaha jawatankuasa perbandaran CPC Chenzhou, bandar raya tersebut akan berusaha untuk menyempurnakan pembinaan permulaan zon demonstrasi berkenaan menjelang tahun 2020 dan membangunkan model yang berkesan menjelang tahun 2025, yang menyasarkan untuk membina Chenzhou menjadi zon demonstrasi transformasi hijau yang mempunyai bukit bukau yang menghijau dan air yang jernih selain pembangunan inklusif menjelang tahun 2030.

Sekumpulan projek-projek utama telahpun ditandatangani semasa persidangan berkenaan dengan pelaburan berjumlah 29.2 bilion yuan, termasuk lima projek platform inovasi teknologi sains melibatkan penggunaan sumber air, pembangunan mampan dan bidang-bidang lain, selain sepuluh projek utama yang lain meliputi bekalan air serta kitar semula logam bukan ferus yang komprehensif dan sebagainya.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308642.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Trade show news