omniture

Executive Tower LOTTE HOTEL SEOUL Kuasai Pasaran Hotel K-Mewah Tawarkan "Perkhidmatan Hospitaliti Korea"

LOTTE HOTELS & RESORTS
2019-10-10 06:00 790

SEOUL, Korea Selatan, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- LOTTE HOTELS & RESORTS (www.lottehotel.com) memasuki pasaran hotel mewah Korea pada tahun 2017, melancarkan jenama hotel mewah SIGNIEL. Pada tahun berikutnya, kumpulan ini membuka Executive Tower LOTTE HOTEL SEOUL di Sogong-dong, Jung-gu, Utara Seoul. Baru-baru ini, Executive Tower LOTTE HOTEL menawarkan "Perkhidmatan Hospitaliti Korea" yang menjadikan hotel ini lebih daripada sekadar cantik dan mewah, tetapi standard kemewahan Korea.

Executive Tower_Royal Suite LOTTE HOTEL SEOUL
Executive Tower_Royal Suite LOTTE HOTEL SEOUL

 

Executive Tower_Le Salon LOTTE HOTEL SEOUL
Executive Tower_Le Salon LOTTE HOTEL SEOUL

Hospitaliti Korea Disemai dengan Kesantunan Tradisional

Meja penyambut tetamu terletak di tingkat lima belas di mana tetamu akan memasuki ruang mewah yang dihiasi dengan motif tradisional Korea. Di Executive Tower, tetamu akan menikmati Perkhidmatan Hospitaliti Korea berasaskan kesantunan tradisional dan pengalaman yang berdekad lamanya dalam mengalu-alukan kedatangan pelanggan-pelanggan VIP. Ketibaan para tetamu akan disambut dengan jamuan selamat datang berupa minuman teh dan kudapan sebelum diiring ke bilik mereka sambil menerima penerangan terperinci mengenai tempat-tempat bersiar dan kemudahan bilik penginapan.

Pengurus Besar, Jason S. Cho menerangkan, "Executive Tower menawarkan kesempurnaan dalam kombinasi perkakasan, kemudahan fizikal pada tahap tertinggi, dan perisian berdasarkan 'Perkhidmatan Hospitaliti Korea'. Di sinilah tempat penginapan yang benar-benar diimpikan oleh para tetamu VIP, kerana inilah sebuah hotel mewah dalam erti kata sebenar." Encik Cho menambah, "Para pekerja veteran hotel kami yang telah bertahun-tahun berkhidmat untuk pelanggan-pelanggan VIP memberikan khidmat yang terbaik untuk memastikan setiap tetamu merasai pengalaman hanya 'yang terbaik antara yang terbaik'."

Sehingga Empat Kali Hidangan Sehari di Le Salon

Para tetamu boleh menikmati sehingga empat kali hidangan sehari di ruang eksklusif Le Salon, yang terletak di tingkat enam belas. Perkhidmatan termasuk bufet sarapan, snek ringan, minum petang, dan waktu ria. Bufet sarapan menawarkan hidangan Barat yang popular dan menu sihat yang ringkas dengan pelbagai jus segar. Waktu ria petang menawarkan pelbagai pilihan masakan antarabangsa dari Korea, China, Jepun, dan tempat-tempat lain. Terdapat sebuah stesen sentiasa tersedia di mana para chef memanggang dan menyajikan stik, udang galah, dan makanan-makanan segar lain, selain koktel dan kopi. Setiap hari, tetamu boleh menikmati hidangan pencuci mulut dengan hiasan sempurna pada waktu minuman teh petang, serta sandwich-sandwich, kek-kek, dan banyak lagi semasa waktu jamuan ringan.

Mengungguli Pusat Pasaran Hotel Mewah Korea

Setelah memperoleh kedudukan tertinggi dalam pasaran mewah dalam tempoh satu tahun pembukaannya, Executive Tower terus mewujudkan suasana hotel mewah yang sebenar. Executive Tower, dan SIGNIEL Seoul, akan terus menerajui pasaran hotel mewah di Korea.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati https://www.lottehotel.com/seoul-hotel/

TEL : +82-2-771-1000

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191004/2601101-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191004/2601101-1-b?lang=0

Source: LOTTE HOTELS & RESORTS
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services