SHENZHEN, China, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Ekonomi Marin China 2019 (CMEE), yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Asli China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong dan diuruskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen akan diadakan dari 14 Oktober hingga 17 Oktober di Shenzhen. Ekspo bertemakan Sharing Blue Economy Opportunities and Building a Shared Future yang seluas 37,500 meter persegi akan terdiri daripada pameran, forum, acara promosi, rundingan perdagangan dan pembentangan tentang kejayaan sebelumnya dengan memfokuskan ekonomi marin negara ini. Pameran ini akan memperlihatkan pencapaian China dalam pembangunan ekonomi marin sejak penubuhan Republik Rakyat China tujuh puluh tahun yang lalu dan juga teknologi baharu dari segi pembangunan sumber yang berkaitan dengan marin dan peralatan kejuruteraan, pembinaan kapal, pelabuhan dan penghantaran, serta pengembangan industri marin.
Empat sorotan CMEE 2019:
1. Mewujudkan acara antarabangsa dan ekspo Nombor 1 di China untuk industri marin. CMEE 2019 diwujudkan untuk menjadi satu acara berpengaruh di peringkat antarabangsa dengan menggabungkan pertukaran teknikal, paparan produk, pameran perdagangan, forum dan sesi promosi pelaburan. Di acara ini, para hadirin akan berpeluang untuk mengetahui perkara yang telah dicapai oleh China tatkala negara ini terus membangunkan ekonomi marinnya dan juga mengetahui tentang trend terkini di seluruh ekonomi marin global. Acara tahun ini dihoskan oleh kerajaan tempatan dan disokong oleh organisasi industri dengan tujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antarabangsa sepanjang ekonomi marin melalui perbincangan antara perniagaan dan organisasi yang terlibat dalam industri ini. Acara ini bertujuan untuk memudahkan pertumbuhan selanjutnya bagi Guangdong-Hong Kong-Kawasan Teluk Lebih Besar Macau sebagai model untuk komuniti marin global.
2. Membuka pasaran dengan potensi yang besar dan mewujudkan pencetus trend untuk ekonomi marin. Acara tahun ini akan mempamerkan pencapaian China apabila ia membangunkan ekonomi marin sejak tujuh puluh tahun yang lalu. Forum serentak ini akan memfokuskan perbincangan tentang perkara baharu dari segi model, hala tuju dan teknologi dari perspektif antarabangsa. CMEE 2019 juga akan menjadi tuan rumah bagi siri pemadanan perniagaan dan sesi promosi pelaburan dalam satu langkah untuk memudahkan proses menandatangani perjanjian tentang projek kerjasama dan penubuhan rakan sekutu antarabangsa bagi ekonomi marin bersama dengan keluaran Indeks Pembangunan Ekonomi Marin China 2019.
3. Menggalakkan ekonomi marin melalui inovasi dalam teknologi maju. Acara ini akan menjadi platform untuk memaparkan teknologi dan peralatan industri utama yang terkini. Lebih daripada 400 buah syarikat domestik dan antarabangsa yang merangkumi 30 buah segmen industri setakat hari ini mengesahkan keinginan mereka untuk menghadiri acara tersebut, termasuk syarikat China yang terkemuka dengan membuat pertaruhan dalam ekonomi marin, termasuk China National Offshore Oil Corporation, China National Petroleum Corporation, China Petrochemical Corporation, China Shipbuilding Industry Corporation, China Merchants Group dan China International Marine Containers dan juga syarikat teknologi tinggi marin yang semakin berkembang iaitu Huawei dan Kuang-Chi serta pemain industri antarabangsa yang utama dalam kalangan mereka iaitu Shell dan Siemens.
4. Menghubungkan perniagaan huluan dan hiliran merentasi rantaian industri. Pempamer di acara tahun ini terlibat terutamanya dalam pembangunan sumber marin, pembinaan kapal yang maju dan pembuatan peralatan kejuruteraan marin, penyahgaraman air laut, maklumat biofarmaseutik marin dan maklumat elektronik marin. Para penganjur akan mengedarkan katalog pempamer dan barangan mereka sebelum acara ini dengan tujuan untuk menghubungkan pihak pembekal dan permintaan, memudahkan kerjasama dalam kalangan pempamer, institusi penyelidikan dan pembina projek. 2019 CMEE akan memberikan platform kepada para hadirin yang mana mereka boleh membincangkan hala tuju masa depan ekonomi marin dan meneroka penyelesaian yang berfokus menangani terhadap kecerutan industri utama.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2603753-1?lang=0