omniture

HUAWEI CLOUD bakal Jalin Hubungan Perniagaan dengan 1Cloudstar, untuk Manfaatkan Sepenuhnya Pengkomputeran Awan, Perkhidmatan 5G+AI Seluruh Asia Tenggara

HUAWEI CLOUD
2019-10-11 02:21 332

SINGAPURA, 11 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- 1CLOUDSTAR telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memeterai hubungan perniagaan strategik & mengukuhkan perkongsian dengan HUAWEI CLOUD.

Sebagai rakan perunding HCPN Ulung Huawei, 1Cloudstar akan berusaha untuk memberikan khidmat nasihat awan, migrasi, ketersambungan dan perkhidmatan terurus kepada pelanggan daripada sektor-sektor swasta dan awam yang berada dalam pelbagai industri yang ingin membina platform, seperti HUAWEI CLOUD.

Kini, 1Cloudstar hadir secara fizikal di Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia, China dan Indonesia. Sebagai anggota dalam jaringan Huawei Partner, 1Cloudstar akan menyokong Huawei Direct Connect serta menyediakan sambungan rangkaian bagi meningkatkan akses perusahaan kepada platform dan perkhidmatan Pengkomputeran HUAWEI CLOUD melalui sambungan gentian optik persendirian.

Perbincangan perkongsian telah berlanjutan sejak awal tahun 2019. Penandatanganan Memorandum Persefahaman pada hari ini merupakan komitmen daripada kedua-dua pihak untuk memaksimumkan potensi kerjasama dalam setiap lapangan yang mungkin.

"1Cloudstar, setelah menilai kesemua penyedia awan yang tersedia menurut pelbagai faktor; keupayaan 5G+ AI, prestasi dan harga, Huawei Cloud muncul dengan mantap sebagai pilihan teratas," kata Rachel Beh, Pengasas Bersama, Pengarah, ASEAN, Pembangunan Jualan & Perniagaan, 1Cloudstar.

"HUAWEI CLOUD amat berbeza daripada penyedia-penyedia lain yang telah berbincang dengan kami. Ia lebih daripada sekadar penyedia Awan tradisional dalam pasaran. Ia juga berada pada tahap yang sama sekali berbeza dan strategi HUAWEI CLOUD adalah amat selari dengan visi perniagaan kami untuk membolehkan perusahaan dalam sebarang saiz dan sektor meletakkan hampir segala-galanya pada awan," kata Rachel.

"Ini merupakan langkah menuju arah yang betul untuk 1Cloudstar. Huawei telah menjadi pemangkin untuk mengembangkan perniagaan kami dan tatkala Huawei menginovasi, kami berupaya untuk meningkatkan penawaran kami kepada klien dan pelanggan kami," tambah beliau. "Huawei telah menerajui keupayaan AI tindanan penuh, seni bina awam yang pelbagai dan prestasi yang tiada tandingan."

HUAWEI CLOUD menyediakan platform pengkomputeran berkuasa dan platform pembangunan yang mudah digunakan untuk menyokong strategi AI tindanan penuh dan untuk semua senario daripada Huawei. Menjelang akhir Jun 2019, HUAWEI CLOUD telah melancarkan lebih 180 perkhidmatan awan dan lebih 180 penyelesaian. Sebanyak 3,500 aplikasi ditambah kepada pasaran HUAWEI CLOUD dengan tawaran daripada lebih 6,000 rakan kongsi.

1CLOUDSTAR ialah salah satu penyedia khidmat runding awan dan perkhidmatan terurus yang paling inovatif di Asia. Sejak perubahan pesat dan penerimaan Pengkomputeran Awan oleh dunia umumnya, 1CLOUDSTAR telah menyampaikan perkhidmatan migrasi dan perundingan kepada pelbagai organisasi Multinasional dan Perusahaan di seluruh Asia yang beralih kepada persekitaran berasaskan Awan. Pelanggan 1Cloudstar melibatkan agensi kerajaan, pelbagai syarikat senaraian awam yang besar, salah satu pemaju hartanah yang paling terkenal di Singapura selain syarikat penerbangan antarabangsa yang utama.

Kini, 1Cloudstar bekerjasama hampir secara eksklusif dengan HUAWEI CLOUD. Ini bukan sahaja membolehkan 1CLOUDSTAR untuk mengatur seiring sistem-sistem strategik yang penting dengan selamat – untuk sistemnya dan juga sistem pelanggannya. Ia turut menawarkan cara yang amat berkesan untuk membina perniagaan melalui awan dengan melaksanakan teknologi canggih yang terkini daripada Huawei.

Melalui perkongsian ini, 1CLOUDSTAR akan memberi khidmat nasihat kepada pasaran dan perkhidmatan latihan profesional HCPN kepada pelanggan HUAWEI CLOUD sedia ada & baharu yang tercari-cari perkhidmatan penerimaan & migrasi awan, atau sebarang perkhidmatan pembangunan aplikasi moden yang lain.

"1CLOUDSTAR ialah salah satu penyedia Khidmat Runding Awan dan Perkhidmatan Terurus yang paling inovatif di Asia. Dengan kepakaran dan bantuan 1CLOUDSTAR, pelanggan kami akan berupaya untuk menggabungkan ciri-ciri pengkomputeran yang lebih sofistikated yang akan membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya HUAWEI CLOUD serta mempercepatkan perjalanan transformasi digital perusahaan mereka," kata Roben Wang, Presiden, HUAWEI CLOUD APAC.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements