omniture

Teknologi silang industri gamit perhatian dalam Asia Agri-Tech Expo Informa Markets

Informa Markets (UBM Asia Ltd., Taiwan Branch)
2019-10-11 07:32 455

TAIPEI, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Asia Agri-Tech Expo & Forum 2019 akan berlangsung di Dewan 1 Pusat Pameran Nangang Taipei mulai 31 Oktober hingga 2 November. Dianjurkan oleh Informa Markets Pejabat Taiwan, pameran perdagangan ini membawakan pengurusan kesihatan tumbuhan, kemudahan rumah hijau, biji benih dan anak benih, flora orkid, peralatan dan perisian pertanian pintar. Ia dianggarkan menarik lebih 15,000 pembeli berkesan yang berasal dari lebih 25 negara.

Asia Agri-Tech Expo & Forum 2019 bakal berlangsung di Dewan 1 Pusat Pameran Taipei Nangang dari 31 Oktober hingga 2 November.
Asia Agri-Tech Expo & Forum 2019 bakal berlangsung di Dewan 1 Pusat Pameran Taipei Nangang dari 31 Oktober hingga 2 November.

 

Taiwan Hipoint akan mempersembahkan Penganalisis Imej In-Vivo Phenotron, peralatan canggih dengan fungsi kawalan alam sekitar.
Taiwan Hipoint akan mempersembahkan Penganalisis Imej In-Vivo Phenotron, peralatan canggih dengan fungsi kawalan alam sekitar.

 

Sensor VS18 boleh berfungsi dalam persekitaran yang amat lembab dan mengawasi perubahan kepekatan gas karbon dalam rumah hijau dengan berkesan.
Sensor VS18 boleh berfungsi dalam persekitaran yang amat lembab dan mengawasi perubahan kepekatan gas karbon dalam rumah hijau dengan berkesan.

 

"Pertumbuhan pantas, penyerahan pantas, pantas untuk dipasarkan dan berkebun dalam kesemua musim merupakan kekuatan pertanian tertutup. Kelebihan-kelebihan ini bergantung kepada teknologi silang industri yang dapat memberikan semua jenis penyelesaian bermula dengan pengeluaran makanan, tuaian, pengangkutan kepada pasaran," ujar Sabine Liu, Pengurus Besar Informa Markets di Pejabat Taiwan.

Kebanyakan kemudahan dan peralatan tertutup digunakan di astaka pertanian pintar dalam acara tersebut. Salah satu pempamer Taiwan, Reachtec Aire, akan mempamerkan sensor pemantauan pengudaraan (VS18) bagi membantu mengesan karbon dioksida (CO2) rumah hijau dalam persekitaran yang amat lembap; manakala Taiwan Hipoint akan mempamerkan Penganalisis Imej In-Vivo Phenotron bagi memudahkan pengenalpastian patologi tumbuhan, lantas penyelesaian yang sesuai dapat diberikan sewajarnya.

Bagi mendahului teknologi pembuatan, Astaka Teknologi Pertanian Taiwan akan turut mempamerkan beberapa produk sampingan yang dibangunkan oleh bioteknologi. Terdapat lebih 55 sesi persidangan dilancarkan di lapangan. Panggilan terakhir untuk pendaftaran dalam talian pengunjung dan program subsidi pembeli adalah selewat-lewatnya pada 14 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.agritechtaiwan.com atau hubungi Cik Sophia Lu (TEL: +886-2-2738-3898; FAKS: +886-2-2738-4886; Emel: aat-tw@ubm.com).

Latar Belakang Informa Markets

Asia Agri-Tech Expo & Forum dianjurkan oleh Informa Markets, sebuah divisyen dalam Informa plc. Informa Markets mewujudkan platform untuk industri dan pasaran pakar untuk berdagang, menginovasi dan berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.informamarkets.com.

Mengenai siaran berita, sila hubungi

Cik Joy Chou

Untuk pertanyaan pempamer, sila hubungi

Cik Sophia Lu

Untuk pertanyaan pengunjung, sila hubungi

En. Liang Lin

Informa Markets

(UBM Asia Ltd., Cawangan Taiwan)

TEL:+886-2-2738-3898

FAKS:+886-2-2738-4886

Emel:aat-tw@ubm.com

Laman Sesawang:www.agritechtaiwan.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2602367-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2602367-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2602367-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2602367-1LOGO?lang=0

Source: Informa Markets (UBM Asia Ltd., Taiwan Branch)
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Machinery Semiconductors Trade show news Future Events