omniture

Clé de Peau Beauté Umum Perkongsian Global Berbilang Tahun dengan UNICEF

Perkongsian akan memperkasa kanak-kanak perempuan di seluruh dunia untuk menuntut hak mereka, memajukan pendidikan mereka dan merungkai potensi tak terbatas mereka
Clé de Peau Beauté
2019-10-14 09:58 314

TOKYO, 14 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah Shiseido Company Limited yang berpangkalan di Tokyo, hari ini, sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa, menjanjikan sumbangan yang terbesar di dunia sebanyak US$8.7 juta bagi menyokong Program Kesamaan Gender UNICEF.

Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté (Kiri) dan Henrietta Fore, Pengarah Eksekutif, UNICEF (Kanan) mempamerkan ikrar bersama untuk memperkasakan gadis-gadis untuk membuka peluang dan potensi menerusi Pendidikan.
Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté (Kiri) dan Henrietta Fore, Pengarah Eksekutif, UNICEF (Kanan) mempamerkan ikrar bersama untuk memperkasakan gadis-gadis untuk membuka peluang dan potensi menerusi Pendidikan.

 

Clé de Peau Beauté Umum Perkongsian Global Berbilang Tahun dengan UNICEF
Clé de Peau Beauté Umum Perkongsian Global Berbilang Tahun dengan UNICEF

 

Di seluruh dunia, 1 dalam 4 remaja perempuan berusia 15-19 tahun tidak bekerja. tidak mendapat pendidikan mahupun latihan berbanding 1 dalam 10 orang remaja lelaki dalam umur yang sama. Sebagai jenama Jepun yang pertama menyatakan komitmen untuk perkongsian global berbilang tahun dengan UNICEF bagi pemerkasaan dan pendidikan kanak-kanak perempuan, Clé de Peau Beauté akan menyumbang kepada usaha-usaha global bagi menyokong 6.5 juta orang kanak-kanak perempuan melalui program pendidikan, pekerjaan dan pemerkasaan.

"Pendidikan ialah salah satu tangga terbaik untuk keluar daripada belenggu kemiskinan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore. "Meskipun terdapatnya kemajuan penting dalam kemasukan sekolah rendah untuk kanak-kanak perempuan, terlalu ramai daripada mereka yang dinafikan peluang untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah. Kahwin muda, kemiskinan, diskriminasi dan bias gender merupakan beberapa halangan yang perlu ditangani oleh kanak-kanak perempuan untuk melanjutkan pelajaran mereka. Dengan sokongan daripada rakan-rakan kongsi seperti Clé de Peau Beauté, kami dapat membantu untuk menangani halangan ini."

"Apabila Clé de Peau Beauté mula melancarkan Power of Radiance Award pada Mac 2019, kami menyasarkan sepenuhnya agar ia menjadi permulaan komitmen bersifat dermawan jangka panjang untuk menjadi daya penggerak demi perubahan positif. Penambahan UNICEF sebagai rakan kongsi melengkapi usaha-usaha jenama ini untuk menonjolkan pendidikan dan selari dengan visi korporat kami untuk penciptaan nilai sosial. Di Clé de Peau Beauté, kami percaya bahawa kunci kepada masa depan yang lebih cerah adalah merungkai potensi kanak-kanak perempuan. Bersama-sama, kami menyasarkan untuk memperkasa kakitangan kami bagi mengambil pendirian yang proaktif melalui program ini untuk mencetuskan perbezaan yang positif dan ketara di dunia," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama, Clé de Peau Beauté.

Perkongsisn ini akan menyokong usaha UNICEF di Bangladesh, Kyrgyzstan dan Niger, antara negara-negara dan wilayah-wilayah lain, bagi menggalakkan pendidikan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) – bidang-bidang yang secara tradisinya disekat disebabkan oleh stereotaip dan norma gender terhadap kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan juga akan mempelajari kemahiran seperti keyakinan diri, kerja berpasukan dan cara membuat keputusan serta mendapat akses kepada pementoran agar mereka dapat beralih dengan jayanya kepada tenaga kerja.

Untuk terus menunjukkan komitmen jenama ini dalam menyokong pendidikan wanita dan kanak-kanak perempuan, Clé de Peau Beauté juga akan menjanjikan satu peratus daripada jualan global produk paling laris terjual, The Serum, untuk menyokong program-program pemerkasaan kanak-kanak perempuan UNICEF. Dengan memperkasa setiap wanita untuk mengambil tindakan dan memberi sokongan beliau dalam gerakan global ini, jenama ini memainkan peranan yang proaktif dalam menangani isu-isu sosial global seperti ketaksamaan gender. Sebagai sebahagian daripada komitmen Clé de Peau Beauté, jenama ini akan turut mempromosikan gerakan bermakna ini melalui platform dalam talian dan media sosial, selain melalui pameran dalam kedai.

Sebagai sebuah perniagaan yang bertapak kukuh dalam bidang kecantikan, Clé de Peau Beauté sentiasa percaya bahawa wanita dapat mengubah kecantikan, kehidupan dan dunianya dengan bertindak untuk mendorong perubahan yang positif. Sebagai sokongan kepada perkongsian ini, kakitangan akan turut diperkasa untuk menyatukan suara mereka bersama-sama demi komitmen yang amat penting ini melalui inisiatif penglibatan kakitangan dalaman bagi menggalakkan tindakan.

Pendidikan merupakan kunci bagi menyerlahkan peluang. Kuasa untuk menerangi dunia terdapat dalam diri setiap individu dan melalui usaha bersatu ini, Clé de Peau Beauté dan UNICEF berdiri bersama-sama kanak-kanak perempuan di seluruh dunia, tatkala mereka mengubah dunia buat diri mereka, keluarga dan juga masyarakat mereka.

Catatan untuk editor: 

UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan juga sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit termaju di seluruh dunia. Sentiasa dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 14 negara dan wilayah seluruh dunia.

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

Latar Belakang UNICEF

UNICEF beroperasi di beberapa tempat yang paling sukar di dunia, untuk mendekati kanak-kanak paling malang di dunia. Merentas lebih 190 negara dan wilayah, kami berusaha untuk setiap kanak-kanak, di mana-mana juga bagi membina dunia yang lebih baik untuk semua. Untuk maklumat lanjut mengenai UNICEF dan kerja-kerja yang dilakukan olehnya untuk kanak-kanak, kunjungi www.unicef.org

Ikuti UNICEF di Twitter dan Facebook

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191010/2607496-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191010/2607496-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589910-1LOGO?lang=0

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Contracts Corporate Social Responsibility Not for profit Women-related news