omniture

Danone Jayakan 'Satu Planet. Satu Kesihatan' Melalui Tenaga Kerja yang Sihat dan Bertungkus Lumus di Malaysia

Danone
2019-10-15 10:30 250
  • Danone mengukuhkan program 'Satu Individu, Satu Suara, Satu Perkongsian' di Malaysia untuk memperkasa kakitangan Danone dalam membentuk hala tuju Matlamat Perniagaan & Kemampanan Danone 2030
  • Untuk menyokong kepelbagaian inklusif dalam organisasinya, Danone sedang elabur dengan banyak dalam program pembangunan kakitangan, antaranya dalam inisiatif perintis Agile Organisation (Organisasi Tangkas)
  • Danone sedang memperkenalkan satu dasar ibu bapa progresif untuk menyokong kakitangan Danone di Malaysia semasa enam bulan pertama fasa keibubapaan, selaras dengan visi 'Satu Planet. Satu Kesihatan'

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Danone, syarikat induk untuk jenama-jenama ikonik seperti Dumex, Dugro, Nutricia AptaGro dan air Evian, hari ini mengumumkan peningkatan tumpuan terhadap kesejahteraan dan penglibatan pekerja sebagai sebahagian daripada visi 'Satu Planet. Satu Kesihatan' Danone di Malaysia. Selaras dengan kepercayaan Danone bahawa kakitangan merupakan aset terbesarnya dalam mencapai misinya dan menangani cabaran baharu yang dihadapi oleh dunia, Danone komited untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran tempat kerja yang inklusif, pelbagai dan bersifat serta sama. Membina tenaga kerja yang sihat dan bertungkus lumus melalui model pengurusan bakat yang inovatif adalah penting untuk merealisasikan visi 'Satu Planet. Satu Kesihatan' Danone, bermula dengan kakitangannya sendiri.

Kempen “Saya kakitangan Danone yang berbangga” di Asia Tenggara: meraikan kepelbagaian dan keunikan warga Danone.
Kempen “Saya kakitangan Danone yang berbangga” di Asia Tenggara: meraikan kepelbagaian dan keunikan warga Danone.

Danone melancarkan program 'Satu Individu, Satu Suara, Satu Perkongsian', satu program penglibatan kakitangan yang inovatif untuk memupuk lagi penglibatan dalam seluruh syarikat dan meningkatkan rasa pemilikan dalam kalangan kakitangan Danone di Malaysia. Program 'Satu Suara' dipacu oleh kepercayaan bahawa semua kakitangan perlu bersama-sama memiliki agenda syarikat, termasuk dengan membantu menakrifkan hala tuju untuk melaksanakan Matlamat 2030 Danone, yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Untuk melengkapi kakitangan Danone bagi mengambil bahagian dalam perbincangan ini, program 'Satu Suara' telah membangunkan platform dalaman dengan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan visi dan matlamat syarikat, termasuk kandungan yang diperoleh daripada kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi sealiran seperti UN Institute for Training and Research (UNITAR) serta inisiatif-inisiatif dalaman seperti acara 'Kampus untuk Semua' ('Campus for All') tahunan, siri aktiviti pembelajaran selama seminggu untuk memupuk bakat tempatan dan membantu mereka bersama-sama memimpin revolusi makanan Danone. Melalui perbincangan 'Satu Suara' bersama kakitangan di Malaysia, kakitangan Danone benar-benar sependapat dengan keinginan untuk memberi kesan kepada kesihatan orang ramai di dalam negara dan hal ini disepadukan ke dalam rancangan strategik kami untuk Malaysia melalui tumpuan untuk menangani masalah kekurangan zat besi.[1] Melengkapi 'Satu Suara' ialah program 'Satu Perkongsian' yang memberi setiap kakitangan dengan satu syer dalam syarikat digabungkan dengan skim insentif berasaskan dividen tahunan global, seraya mengukuhkan set pemikiran pemilikan yang simbolik dalam kalangan kakitangan Danone.

Danone, sebagai sebuah syarikat yang percaya dengan kepelbagaian inklusif, mengiktiraf keunikan setiap kakitangan Danone dan melabur bagi meningkatkan nilai tambahan yang dibawakan oleh perbezaan ini kepada organisasi. Membangunkan bakat tempatan dan menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya merupakan komponen utama dalam strategi ini. Semua kakitangan Danone mendapat peluang untuk merasai pasaran-pasaran dan budaya-budaya lain melalui tugasan jangka pendek di pejabat-pejabat lain di seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya. Selaras dengan pendigitalisasian ekonomi global, Danone turut melancarkan program Organisasi Tangkas, satu inisiatif yang memberi tumpuan pada pembangunan kemahiran dan mengguna pakai cara kerja digital.

Bagi menunjukkan komitmen Danone dalam menyokong kakitangan di tempat kerja pada masa depan, Danone memperkenalkan dasar ibu bapa yang ekstensif meliputi sokongan sebelum lahir, cuti ibu bapa yang tidak megira janitina selain sokongan selepas lahir. Dasar ini termasuk keadaan kerja yang disesuaikan untuk ibu hamil, cuti ibu bapa bergaji yang dilanjutkan sehingga 18 minggu melalui cuti berbayar dan cuti tanpa gaji sehingga enam bulan untuk ibu bapa, dasar perlindungan pekerjaan dan jadual kerja yang fleksibel untuk ibu bapa serta bilik laktasi dalam kesemua tapak korporat dan pembuatannya di seluruh Asia Tenggara. Amalan ini memperlihatkan sokongan Danone kepada kakitangan semasa peringkat awal keibubapaan yang penting dan dengan tujuan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu yang eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Di Danone, kami mengutamakan kesejahteraan kakitangan kami. Dua komitmen Danone terhadap kejayaan perniagaan dan kemajuan sosial dibimbing oleh ucapan utama tahun 1972 oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif kami Antoine Riboud yang menekankan visi baharu tanggungjawab sosial korporat. Program 'Seorang Individu, Satu Suara, Satu Perkongsian' merupakan cara kami untuk mengajak kakitangan kami mengambil bahagian secara aktif dalam penciptaan bersama dan pemilikan bersama masa depan kolektif kami. Di Malaysia, baru-baru ini kami melancarkan kempen 'Saya seorang Kakitangan Danone yang Berbangga', yang melibatkan kakitangan untuk berkongsi apa yang mereka gemari sebagai kakitangan Danone. Kami juga melabur dengan banyak dalam pembangunan kakitangan melalui program-program seperti tugasan luar negara jangka pendek dan inisiatif Organisasi Tangkas. Sebagai tanda komitmen kami untuk menyokong kakitangan kami menuju masa depan, dasar ibu bapa baharu kami termasuk pilihan kehidupan-kerja yang fleksibel untuk membantu golongan ibu bapa meletakkan keluarga sebagai tumpuan utama dalam kehidupan mereka dan memberi bimbingan tentang kepentingan pemakanan optimum semasa enam bulan pertama kehidupan seorang bayi. Kami ingin menjadi syarikat yang paling mesra ibu bapa di Malaysia. Saya berasa gembira kerana usaha kami telah ditunjukkan dalam kadar pengekalan cemerlang Danone. Kadar pusing ganti sumber manusia Danone Dumex Malaysia sebanyak 6 peratus adalah jauh di bawah purata pasaran 20 peratus," kata Normalis Mohd Sharif, Pengarah Sumber Manusia, Danone Asia Tenggara.

Azuin, Pengurus Digital, Danone Dumex Malaysia, berkata: "Saya berbangga dapat bekerja untuk sebuah syarikat yang bersifat menyokong seperti Danone, yang menghargai pendapat saya dan membenarkan saya untuk memberi pandangan tentang agenda syarikat melalui inisiatif-inisiatif seperti program 'Satu Individu, Satu Suara, Satu Perkongsian'. Terdapat banyak peluang untuk saya berkembang maju sebagai seorang kakitangan dan pendigitalisasian operasi kami akan memberi kami peluang untuk merasai pengalaman dalam pasaran-pasaran serantau lain sekalipun kami ditempatkan di negara asal kami. Saya juga amat berterima kasih kerana syarikat sebenarnya prihatin untuk memberi saya rehat yang mencukupi dan lebih banyak masa untuk diluangkan bersama anak kecil saya. Danone juga menyediakan bilik laktasi yang selesa di pejabat untuk menyokong ibu-ibu yang menyusu seperti saya."

[1] Kekurangan zat besi merupakan punca utama anemia, suatu bentuk masalah kekurangan zat makanan yang menjejaskan sepertiga kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Asia Tenggara dan simptom-simptomnya boleh terdiri daripada keletihan melampau hinggalah kepada kesan-kesan terhadap pembangunan kognitif dan produktiviti, menurut Global Alliance for Improved Nutrition.

Latar Belakang Danone (www.danone.com)

Dikhususkan untuk membawakan kesihatan melalui makanan kepada seramai mungkin orang, Danone ialah sebuah syarikat makanan & minuman global terkemuka yang membina kategori-kategori bertumpu kesihatan dan berkembang pantas dalam tiga perniagaan: Produk Tenusu & Berasaskan Tumbuhan Penting, Air dan Pemakanan Khusus. Danone menyasarkan untuk menginspirasikan tabiat makan dan minum yang lebih sihat dan lebih lestari, selari dengan visi 'Sebuah Planet. Satu Kesihatan' yang mencerminkan kepercayaan kukuh bahawa kesihatan orang ramai dan planet adalah saling berkaitan. Bagi menjayakan visi ini dan mencipta nilai yang hebat, mampan dan menguntungkan kepada semua pemegang kepentingannya, Danone telah menakrifkan Matlamat 2030nya: satu himpunan dengan sembilan matlamat bersepadu sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Danone komited untuk beroperasi dengan cara yang cekap, bertanggungjawab dan inklusif; ia berpegang kepada piawaian tertinggi dalam menjalankan perniagaan, sebagaimana yang ditunjukkan oleh cita-citanya untuk menjadi salah sebuah multinasional pertama yang diperakui sebagai B CorpTM. Menerusi lebih 100,000 kakitangan dan produk yang dijual dalam lebih 120 pasaran, Danone menjana jualan sebanyak €24.7 bilion pada tahun 2018. Portfolio Danone melibatkan jenama-jenama antarabangsa yang terkemuka (Actimel, Activia, Alpro, Aptamil, Danette, Danio, Danonino, evian, Nutricia, Nutrilon, Volvic, antara lain) serta jenama-jenama tempatan dan serantau yang mantap (termasuk Dumex, AQUA, Blédina, Cow & Gate, Horizon, Mizone, Oikos, Prostokvashino, Silk, Vega).

Disenaraikan dalam Euronext Paris dan pasaran OTCQX melalui program ADR (Resit Depositari Amerika), Danone ialah stok komponen bagi indeks-indeks tanggungjawab sosial utama termasuk Dow Jones Sustainability Indexes, Vigeo Eiris, Ethibel Sustainability Index, MSCI Global Sustainability, MSCI Global SRI Indexes dan FTSE4Good Index.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191011/2602357-1?lang=0

Source: Danone
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility Not for profit