omniture

Quectel Capai Panggilan Data 5G Pertama Industri melalui Modul 5G mmWave

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-10-16 00:13 866

SHANGHAI, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan bahawa pada 25 September, ia telah menyempurnakan panggilan data 5G pertama industri melalui modul 5G gelombang milimeter (mmWave) yang mematuhi sepenuhnya piawaian 3GPP Release 15 5G NR.

Panggilan data 5G tersebut dibuat melalui modul 5G RM510Q-GL Quectel berdasarkan peranti ujian 5G Keysight di makmal, yang akan membuka jalan untuk ujian lapangan 5G mmWave akan datang dan penggunaan komersial projek-projek IoT 5G. Selain itu, langkah tersebut merupakan bukti kepimpinan Quectel dalam keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 5G dan inovasi IoT.

Disesuaikan untuk aplikasi IoT/eMBB, RM510Q-GL Quectel membawakan Modem Snapdragon X55 5G dan menyokong frekuensi mmWave serta Sub-6GHz dalam kedua-dua operasi Mandiri (SA) dan Bukan Mandiri (NSA) 5G. Modul M.2 meliputi hampir kesemua pembawa arus utama di seluruh dunia. Direka agar serasi ke belakang dengan rangkaian LTE-A dan 3G, RM510Q-GL menyepadukan penerima GNSS berbilang buruj, eSIM, selain antara muka berkelajuan tinggi seperti USB 3.1 dan PCIe 3.0, yang menjadikannya sesuai untuk peranti mudah alih yang digunakan secara global termasuk PC Sentiasa Terhubung (ACPC), PDA perindustrian, get laluan mudah alih dan banyak lagi.

AsusTek Computer Inc., sebuah syarikat komputer multinasional yang berpangkalan di Taipei, merancang untuk menggunakan RM510Q-GL untuk komputer riba 5G mmWave generasi seterusnya, menurut Quectel. Memanfaatkan modul-modul 5G yang utama dalam industri dan sokongan teknikal tempatan, Quectel akan mempercepatkan masa ke pasaran untuk AsusTek bagi meningkatkan daya saingnya dalam era 5G.

Quectel akan mempamerkan modul-modul 5G di Sidang Kemuncak 5G Qualcomm di Barcelona, 14-16 Oktober dan MWC Los Angeles (No. Reruai 1236), 22-24 Oktober 2019.

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk luas yang meliputi teknologi tanpa wayar yang paling terkini iaitu 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, C-V2X, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun digunakan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Quectel, halaman LinkedInFacebook dan Twitter.

 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603236
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment