omniture

Whale Cloud Perkenal Peta Operasi 5G di Kongres Mudah Alih India 2019

Whale Cloud
2019-10-17 06:26 123

NEW DELHI, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Whale Cloud, syarikat subsidiari Alibaba Group, memperkenalkan Peta Operasi 5G di Kongres Mudah Alih India 2019 tahun ini di Aerocity, New Delhi, mulai 14 hingga 16 Oktober. 

Dalam era 5G, para pengendali akan menjadi pusat teknikal bagi seluruh transformasi digital masyarakat. Whale Cloud telah membangunkan Peta Operasi 5G untuk membimbing CSP bagi mengendalikan rangkaian 5G dan perniagaan dengan lebih baik, mempercepatkan pulangan pelaburan 5G dan meningkatkan kecekapan utama.

"Kami percaya pembangunan 5G akan mempunyai 3 peringkat berbeza: Dalam peringkat pertama, syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan sambungan 5G. Dalam peringkat kedua, syarikat telekomunikasi meraih keuntungan daripada rangkaian untuk industri-industri vertikal berbeza melalui penghirisan rangkaian. Dalam peringkat terakhir, model perniagaan menjadi ekonomi platform, yang mana pengendali boleh memanfaatkan rangkaian dinamik sedia ada mereka, pengkomputeran awan, pengkomputeran pinggir, keupayaan AI dan IT untuk membina ekosistem bagi menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat digital," kata Steven Cho, Ketua Perunding Digital, Whale Cloud International.

Peta Operasi 5G direka bagi menyokong pengendali dalam peringkat-peringkat berbeza penggunaan rangkaian 5G. Peta tersebut mengandungi empat keupayaan utama yang diperlukan untuk pengewangan 5G yang berjaya:

  • Pusat Kecerdasan dapat menyediakan analitik data canggih dan teknologi AI, membantu pengendali membina keupayaan kecerdasan untuk operasi rangkaian dan perniagaan.
  • Pusat Operasi memberi tumpuan pada pengurusan rangkaian 5G komprehensif termasuk perancangan, penyelarasan, penghirisan rangkaian dan pengurusan operasi. Ia turut menyediakan platform API untuk membuka keupayaan IT & Rangkaian kepada rakan kongsi ekosistem.
  • Pusat Ekologi membina ekosistem digital untuk pelbagai pelanggan perindustrian bermula dengan penyepaduan perniagaan, pasaran kepada sokongan pengurusan pendapatan.
  • Pusat Nilai memaksimumkan nilai rakan kongsi ekosistem, saluran dalam talian & luar talian serta pelanggan dengan menggunakan teknologi digital dan model perniagaan yang inovatif.

Selain Peta Operasi 5G, Whale Cloud turut membawakan pendekatan transformasi syarikat telekomunikasi digitalnya Peta Kematangan Syarikat Telekomunikasi Digital (DTMM), platform AI dan data raya terbukti-kes, penyelesaian Peruncitan Baharu Syarikat Telekomunikasi dan Pengurusan Saluran Jualan Digital inovatif serta penyelesaian bandar pintar.

"Peranan penting CSP akan menentukan masa depan 5G. Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu mencipta semula model perniagaan dan operasi, mengubah suai teknologi dan platform demi pembangunan perniagaan yang mampan. Whale Cloud turut berada dalam situasi sukar bersama pengendali untuk merebut peluang dan mendayakan transformasi yang membuahkan hasil. Peta Operasi 5G berkongsi visi dan keupayaan 5G kami untuk pengendali global," kata Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud International.

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services