omniture

IMI dan GustoMSC Tandatangani Perjanjian Lesen Reka Bentuk Angkat Sendiri

International Maritime Industries
2019-10-17 14:06 151

DHAHRAN, Arab Saudi, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- International Maritime Industries (IMI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Perjanjian Lesen dengan GustoMSC, sebuah syarikat NOV. Perjanjian ini membolehkan IMI membina dan menyerahkan rig penggerudian dengan cekap kepada pelanggannya. Perjanjian inimelibatkan reka bentuk penggerudian angkat sendiri (jack up) GustoMSC baharu yang akan menggunakan keupayaan pembuatan moden yang kini dirancang di IMI. Hasil daripada perjanjian ini IMI akan bersiap sedia sepenuhnya untuk operasi pengeluaran pertama yang dijangkakan pada tahun 2021.

IMI_and_GustoMSC_Agreement
IMI_and_GustoMSC_Agreement

Mengulas tentang penandatanganan perjanjian lesen tersebut, Fathi K Al Saleem, Ketua Pegawai Eksekutif IMI, berkata: "Ini merupakan langkah utama untuk IMI bagi mendapatkan pengetahuan yang diperlukan dan memperoleh reka bentuk rig yang terbaik yang akan disesuaikan mengikut keupayaan pembinaan termaju kami, yang bersedia mendepani dekad-dekad akan datang."

Nils van Nood, Pengarah Urusan GustoMSC, menambah: "IMI merupakan bahagian penting dalam Wawasan Saudi 2030. Menyumbang kepada wawasan berkenaan merupakan peluang yang hebat buat kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan utama di Arab Saudi dan wilayah tersebut. Sebagai syarikat reka bentuk dan pembekal peralatan modal khusus, kami dapat melihat rakan kongsi yang penting dalam IMI."

GustoMSC, bertanggungjawab untuk menyediakan reka bentuk asas, akan menyesuaikan salah satu siri-CJ yang mantap daripada reka bentuk angkat sendiri penggerudian. Digabungkan dengan tumpuan terhadap keupayaan pembinaan dan pemasangan khusus IMI, masa pembinaan rig keseluruhan akan dikurangkan. Reka bentuk ini mengekalkan ciri-ciri penting dan terbukti dalam lapangan seperti reka bentuk kaki perembatan-X yang kukuh, Sistem Pembicuan Rak dan Pinan serta sistem julur X-Y. Reka bentuk rig IMI disasarkan untuk menjadi penyelesaian 'Sesuai Untuk Tujuan' yang mendayakan penggerudian yang selamat, cekap dan andal untuk Arab Saudi.

Pembangunan reka bentuk penuh akan bermula dalam minggu-minggu akan datang. GustoMSC bertindak sebagai syarikat reka bentuk pelantar bebas, membolehkan IMI dan pelanggannya mendapat pendekatan terbuka kepada semua vendor utama yang ingin menjadi sebahagian daripada program pembinaan akan datang. Kira-kira setahun lalu, ARO Drilling mengumumkan rancangan untuk memesan sekurang-kurangnya 20 reka bentuk angkat sendiri penggerudian untuk pembinaan di IMI. Dijangkakan bahawa pesanan rig awal akan dimuktamadkan pada separuh kedua tahun 2020.

Latar Belakang IMI

International Maritime Industries, terletak di The King Salman Complex for International Maritime Industries & Services di Ras Al-Khair, Arab Saudi, akan menjadi kemudahan maritim berkhidmat penuh yang terbesar di MENA. Apabila bangunan tersebut siap, kapasiti tahunan kemudahan berkenaan ialah empat (4) rig luar pesisir baru dibina dan lebih 43 kapal baru dibina termasuk VLCC, selain membekalkan lebih 260 produk maritim. Fasa pertama operasi pengeluaran dijangka bermula pada akhir tahun 2020 dengan kemudahan ini mencapai kapasiti pengeluaran penuhnya menjelang tahun 2022. International Maritime Industries ialah satu usaha sama antara Saudi Aramco, Lamprell, Bahri dan Hyundai Heavy Industries.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1011414/IMI_and_GustoMSC_Agreement.jpg  

 

Source: International Maritime Industries
Keywords: Construction/Building Machinery Maritime/Shipbuilding Mining/Metals Transportation Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements