omniture

Lord of Dice: RPG Anime Terunggul Tahun Ini Dibuka untuk Prapendaftaran

Ngel Games
2019-10-17 14:19 344
  • Lord of dice ialah permainan RPG gaya Anime yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Ngel games, Disediakan untuk pradaftar sekarang.
  • Permainan RPG Strategi unik dengan campuran reka bentuk watak Anime Jepun, disediakan melalui Android dan IOS dalam masa terdekat.

BANGKOK, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Lord of Dice, dibangunkan dan diterbitkan oleh Ngel games, telah membuka halaman rasmi Facebook secara rasminya untuk Asia Tenggara dan buat mereka yang berminat, sertailah peluang prapendaftaran untuk mendapat banyak ganjaran istimewa seperti Gems, Gold dan banyak lagi. Apabila prapendaftaran mencecah bilangan tertentu, semua pemain berdaftar akan diberi jaminan untuk menerima Dicer 5-bintang. Deskripsi ganjaran ini akan disediakan di halaman prapendaftaran yang diberi pautan di bawah.

Lord of Dice, RPG Anime Terunggul Tahun Ini kini disediakan untuk mendaftar. Daftar SEKARANG! untuk mendapat Ganjaran.
Lord of Dice, RPG Anime Terunggul Tahun Ini kini disediakan untuk mendaftar. Daftar SEKARANG! untuk mendapat Ganjaran.

"Lord of Dice ialah RPG taktikal yang menggabungkan koleksi wira dan mekanik dadu yang memperlihatkan gabungan unik gaya permainan yang belum pernah dilihat sebelum ini," kata Jihoon Park daripada Ngel Games. Dalam Lord of Dice, pemain-pemain menavigasi grid pertempuran taktikal menggunakan sepasukan wira yang dikenali sebagai Dicer. Setiap Dicer mempunyai statistik dan keupayaan unik yang boleh dimanfaatkan oleh pemain-pemain untuk menewaskan raksasa dan beradaptasi kepada situasi-situasi berbeza.

Menampilkan lebih 200 Dicer yang boleh dikumpul, pemain-pemain akan dapat menikmati peluang membina pasukan mereka dan bermain dalam pelbagai mod permainan seperti PVP WAKTU-SEBENAR, PVE, Pengembaraan, Menara Infiniti dan BANYAK lagi. Aspek yang hebat ialah seni visual mengagumkan bagi ANIME dalam permainan tersebut, maka jangan ketinggalan untuk pengembaraan yang hebat ini. Kami berharap dapat menerima maklum balas dan sokongan yang hebat daripada pemain-pemain Asia Tenggara.

Latar Belakang NGEL Games

Ngel Games co., ltd ditubuhkan pada tahun 2013 dan kini merupakan salah satu pembangun permainan mudah alih yang berkembang paling pantas di Korea, Ngel Games memanfaatkan kecintaan mereka terhadap anime dan strategi rumit untuk mencipta pengalaman permainan yang unik. IP penampilan perdana, Lord of Dice, menghidupkan visi mereka dan telah dilabelkan sebagai salah satu "RPG Paling Hangat di Asia."

Sertai prapendaftaran sekarang! AYUH!!
Untuk pradaftar sekarang, sila kunjungi: https://bit.ly/319Ow0q
Kunjungi kami di Facebook dan nantikan perkembangan terkini Lord of Dice : http://hyperurl.co/LOD_Pre-reg
Tonton Video Acah Lord of Dice di sini.
Pautan: http://hyperurl.co/LODPRE_Teaser

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191012/2609017-1?lang=0

Source: Ngel Games
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services