omniture

ZTE lancar get laluan kediaman hibrid 5G+VDSL2 pertama industri

ZTE Corporation
2019-10-17 17:09 557

SHENZHEN, China, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini melancarkan get laluan kediaman hibrid 5G+VDSL2 yang pertama dalam industri, H339X, di Broadband World Forum 2019.

ZXHN H339X
ZXHN H339X

Menyokong beberapa teknologi akses, seperti 5G, VDSL2, PON dan Eternet WAN, peranti ini direka untuk menyediakan pengendali dengan pelbagai penyelesaian evolusi jalur lebar dan membantu mereka membina rangkaian berprestasi amat tinggi.

Get laluan kediaman hibrid H339X 5G+VDSL2 membolehkan akses jalur lebar dalam pelbagai senario. Di kawasan-kawasan yang mempunyai infrastruktur tembaga legasi, pengguna boleh menggunakan H339X bagi menangani kekangan lebar jalur xDSL dan mencapai kelajuan gigabit daripada kombinasi rangkaian 5G dan xDSL.

Di kawasan-kawasan yang mana kabel tembaga atau gentian tidak dapat diakses, H339X membolehkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar melalui 5G dan menikmati pengalaman rangkaian unggul dengan kadar yang rendah dan kependaman rendah.

Dengan kurungan SFP yang dapat menempatkan modul GPON/XG-PON/XGS-PON, H339X membolehkan rangkaian akses menaik taraf dengan lancar daripada DSL kepada PON, seraya membolehkan pengendali untuk melaksanakan penggunaan gentian mendalam. Tambahan pula, H339X menyokong akses 10GE Eternet WAN, lalu memungkinkannya untuk membina rangkaian rumah dalam mod SFU+penghala. H339X boleh digunakan semula dalam penaiktarafan rangkaian untuk membantu pengendali mengurangkan kos peranti dan juga operasi.

Di sisi pengguna, get laluan kediaman hibrid H339X 5G+VDSL2 menyokong Wi-Fi 6 dan 4x4 11ax@2.4GHz+4x4 11ax@5GHz MU-MIMO, menyediakan kadar fizikal sehingga 3.6 Gbps, iaitu tiga kali ganda kelajuan get laluan kediaman AC1200. Dengan port 10GE LAN dan antara muka lebar jalur ultra tinggi 5G, H339X berupaya untuk membawakan pengalaman jalur lebar yang terunggul kepada pengguna.

Mematuhi piawaian EasyMesh, H339X serasi dengan peranti daripada vendor-vendor berbeza, agar dapat membantu pengendali memperkenalkan perkhidmatan rangkaian kediaman dan membolehkan mereka membina rangkaian Wi-Fi jejaring pintar.

Dari segi reka bentuk perkakasan, get laluan rumah hibrid H339X 5G+VDSL2 menampilkan tindanan antena canggih agar jalur RF pada 5G dan Wi-Fi tidak menganggu antara satu sama lain. Bentuk X H339X melambangkan masa depan dengan kemungkinan yang berterusan, menunjukkan penyepaduan produk dengan berbilang teknologi akses.

ZTE menerajui dalam bidang CPE berdasarkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mantapnya dan penerimaan meluas produk-produknya merentas pasaran global. Pada suku pertama tahun 2019, ZTE menduduki tempat kedua dari segi bahagian pasaran global bagi peranti CPE, menurut laporan data daripada firma penyelidikan IHS Markit.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 25 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran 5G utama seperti Eropah, Asia Pasifik, MEA dan sebagainya. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2610934-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news