omniture

IJM Land melancarkan Central Park yang bernilai RM 5 juta di Shah Alam 2

IJM Land Berhad
2019-10-18 17:39 314

BANDAR PUNCAK ALAM, Malaysia, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Penduduk di Alam Suria, Bandar Puncak Alam, kini berpeluang untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat. Dikelilingi persekitaran yang hijau dan menenangkan, Alam Suria IJM Land adalah projek perumahan yang menggabungkan pelbagai tarikan unik seperti persekitaran yang berlatarkan kehijauan semula jadi, komuniti serantau yang berintegrasi serta berdekatan dengan lebuhraya-lebuhraya utama seperti LATAR dan Guthrie Corridor.

Puan Rahilah Rahmat, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan pergawai dari IJM Land semasa Pelancaran Rasmi
Puan Rahilah Rahmat, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan pergawai dari IJM Land semasa Pelancaran Rasmi

Kawasan ini amat berhampiran dengan kawasan komersial dan beriadah. Bandar yang berlatarkan alam semula jadi ini membolehkan penduduk berehat dan beriadah bersama keluarga serta menyertai aktiviti-aktiviti komuniti bersama rakan-rakan atau jiran tetangga di pusat rekreasi Central Park. Pusat rekreasi Central Park terletak di perbandaran yang terancang dan serba lengkap, ia meliputi kawasan rekreasi yang dibina khas untuk penduduk-penduduk Bandar Puncak Alam. Pusat rekreasi ini membuktikan bahawa komitmen IJM Land sebagai pemaju bukan hanya untuk membina kawasan perumahan, tetapi juga sebuah komuniti. Pusat rekreasi ini akan menjadi hab komuniti di mana penduduk dapat berkumpul dan berinteraksi bersama-sama dalam suasana yang tenang.

Lebih daripada 500 pokok matang serta 1290 anak pokok yang ditanam di sekitar pusat rekreasi ini membolehkan pengunjung menikmati ketenangan dan menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti jogging, berbasikal, menikmati kicauan burung-burung, zumba, bermain layang-layang dan lain-lain. Dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta, pusat rekreasi seluas 11 ekar yang berjaya disiapkan dalam tempoh setahun ini adalah mesra pengguna untuk golongan kurang upaya dengan adanya laluan kerusi roda yang disediakan.

Pusat rekreasi 'Central Park' yang berkeluasan 11 ekar telah direka dan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk serta mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat permainan kanak-kanak, gelanggang luncur atau 'skateboard park', gelanggang serbaguna, tempat duduk dan pondok rehat untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan menyeronokan. Tarikan utama pusat rekreasi ini adalah 'amphitheater' berkonsep 'open-air' atau tidak berbumbung yang direka khas bagi penduduk untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti komuniti. Pusat rekreasi ini juga mempunyai sebuah gelanggang luncur yang pertama di Puncak Alam di mana peluncur dan penunggang basikal dapat menyerlahkan bakat mereka.

Pusat rekreasi Central Park ini direka untuk memaksimakan penggunaan kawasan serta menggalakkan aktiviti luar selain dapat mewujudkan interaksi sosial yang erat antara penduduk. Dikelilingi kawasan perumahan teres yang siap bina dan pembangunan bertingkat tinggi yang bakal dibina, pusat rekreasi ini mempunyai laluan ke kawasan perumahan-perumahan dengan adanya laluan pejalan kaki yang menghubungkan 80 peratus penduduk dari kediaman mereka ke pusat rekreasi hanya mengambil masa dalam10 minit.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615336-1?lang=0

Source: IJM Land Berhad
Related Links:
Keywords: Real Estate New products/services