omniture

Pameran Canton ke-126 Bermula, Wujudkan Platform Terbuka untuk Semua

Pameran Canton
2019-10-18 20:05 133

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ --

Pameran Import dan Eksport China ke-126 (Pameran Canton atau "Pameran") menghimpunkan lebih 25,000 syarikat untuk pamerannya yang berkeluasan 1.18 juta m2  di Guangzhou mulai 15 Oktober 2019, bersama pembeli-pembeli global dari lebih 210 negara serta wilayah.
Pameran Canton ke-126 Bermula, Wujudkan Platform Terbuka untuk Semua
Pameran Canton ke-126 Bermula, Wujudkan Platform Terbuka untuk Semua

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyebut bahawa Pameran Canton telah menyaksikan perubahan dalam perdagangan sepanjang 70 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China dan pameran ke-126 membawa kepentingan besar untuk mencapai pertumbuhan perdagangan asing yang stabil dan berkualiti.

Pameran Canton ke-126 menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam kolaborasi global. Di bawah rangka kerja "Program Perkongsian Global Pameran Canton", Pameran Canton telah membangunkan 128 rakan kongsi di 72 negara dan wilayah. Dengan 11 delegasi kebangsaan yang hadir ke Astaka Antarabangsa, pameran ini mengalu-alukan demonstrasi produk baharu dari Jepun dan Kanada buat julung kalinya. Sebanyak 642 syarikat luar negara akan mendemonstrasikan produk mereka, yang mana lebih 60 peratus adalah dari negara-negara Jalur dan Jalan. Bersama-sama pempamer China dari Astaka Kebangsaan yang mencakupi 16 kategori produk, Pameran Canton akan mendayakan platform bersepadu berbilang fungsi bagi membantu menggalakkan keterbukaan serantau dan pembangunan perindustrian.

Pameran Canton melakukan inovasi dalam pemasaran, berpegang kepada prinsip "inovatif, khusus, bersasaran dan halus" serta memberi tumpuan kepada bahagian utama dan pasaran sasaran untuk menyediakan pengalaman kehadiran yang lebih mudah, transaksi yang lebih selamat dan pulangan lebih tinggi untuk pembeli.

Pameran ini akan turut menganjurkan lebih 20 forum bertema meliputi kawalan risiko, mata wang, bekalan dan pemadanan permintaan serta trend perdagangan. Salah satu acara kemuncak ialah Forum Pembangunan Perdagangan Antarabangsa Pameran Canton 2019, yang akan menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang tersebut untuk membincangkan peralihan ekonomi global dan konteks perdagangan serta cara untuk bertindak balas kepada dasar perdagangan antarabangsa yang rumit. Forum ini akan turut mengadakan dialog tentang peluang-peluang sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan.

https://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612522-1?lang=0

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news