omniture

Modul 5G Quectel Dipilih oleh 100+ OEM Global untuk Reka bentuk 5G

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-10-18 21:11 475

SHANGHAI, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal terkemuka global modul selular dan GNSS, telah mengumumkan bahawa modul selular 5G syarikat itu, dari sub-6GHz ke mmWave, telah dipilih oleh lebih 100 OEM global merangkumi pelbagai spektrum industri untuk perancangan dan reka bentuk 5G mereka.

Antara yang terawal menawarkan modul-modul 5G berasaskan Modem 5G Qualcomm Snapdragon X55, Quectel telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi ekosistem untuk membawa teknologi generasi seterusnya ini ke realiti komersial secepatnya. Pada masa kini, sampel kejuruteraan modul-modul sub-6GHz RG500Q dan RM500Q dengan penerima penentududukan satelit terpasang adalah bersedia untuk mengatasi keperluan-keperluan 5G dan menawarkan prestasi wayarles terbaik dalam gerak balas, kelajuan dan liputan untuk kediaman dan perniagaan. Penggunaan-penggunaan awal 5G diperkasakan oleh modul-modul 5G Quectel termasuklah scenario jalur lebar mudah alih tertingkat (eMBB) dan capaian wayarles tetap (FWA) seperti CPE, get laluan, ACPC dan juga penstriman langsung video-video berdefinisi ultra-tinggi.

Sementara itu, modul-modul mmWave Quectel juga bersedia untuk mengubah lebih banyak industri-industri menegak, dengan modul RM510Q-GL telah menyelesaikan panggilan data 5G pertama industri pada bulan September, satu bukti kepada kepimpinan Quectel dalam keupayaan R&D 5G dan inovasi IoT.

"Sebagai pemimpin dunia dalam teknologi jalur lebar mudah alih, kami berbesar hati yang modul-modul 5G kami membawa kejayaan cemerlang prestasi wayarles melangkaui kelajuan. Penerimaan meluas modul-modul 5G kami telah membolehkan gelombang pertama kes gunaan 5G industri ini dan menggerakkan lebih banyak inovasi IoT," kata Patrick Qian, Ketua Pegawai Eksekutif, Quectel. "Disebabkan oleh reka bentuk mudah untuk disepadukan, prestasi yang boleh dipercayai dan portfolio produk yang menyeluruh, Quectel telah terbukti sebagai rakan kongsi terpercaya Pengilang Peralatan Tulen sedunia."

Quectel kini sedang mempamerkan modul-modul 5G di Sidang Kemuncak 5G Qualcomm di Barcelona, 14-16 Oktober dan MWC Los Angeles (Reruai No. 1236), 22-24 Oktober 2019.

Latar Belakang Quectel

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal termuka global modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang meluas merangkumi teknologi wayarles terkini 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, C-V2X, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel mampu menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuklah pembayaran pintar, pengangkutan dan telematik, tenaga pintar, bandar raya pintar, keselamatan, gerbang wayarles, perindustrian, penjagaan kesihatan, pertanian, dan pengawasan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Quectel, LinkedIn, halaman-halaman Facebook dan Twitter.

 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news