omniture

Kawalan gerak isyarat hasil teknologi radar-Infineon dalam Telefon Pintar Google Pixel 4

Infineon
2019-10-19 02:12 296

MUNICH, 19 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Sama ada untuk AI, realiti imbuhan atau Internet Pelbagai Benda - 5 bilion orang di seluruh dunia akan menggunakan peranti pintar bagi mengesan persekitaran mereka tahun hadapan menurut IDC. Infineon Technologies AG membangunkan cip radar 60 GHz yang mendayakan bentuk interaksi baharu antara pengguna dan peranti mereka. Menggunakan sistem antena bersepadu, ia dapat mengesan kehadiran dan pergerakan individu dan objek atau mengukur jarak serta kelajuan dengan ketepatan tinggi. Cip ini merupakan asas untuk teknologi Soli Google bagi kawalan gerak isyarat yang kini disepadukan buat julung kalinya ke dalam telefon pintar.

Cip 60 GHz ialah sistem radar lengkap dengan antena di kawasan yang amat kecil (5 x 6.5 mm) digandingkan dengan penggunaan kuasa yang rendah. Ia boleh mengesan pergerakan dalam bilik atau mengukur jarak dari objek dalam julat milimeter dengan ketepatan tertinggi.
Cip 60 GHz ialah sistem radar lengkap dengan antena di kawasan yang amat kecil (5 x 6.5 mm) digandingkan dengan penggunaan kuasa yang rendah. Ia boleh mengesan pergerakan dalam bilik atau mengukur jarak dari objek dalam julat milimeter dengan ketepatan tertinggi.

 

"Pengesanan gerakan yang tepat oleh cip radar 60 GHz menukarkan telefon pintar Google Pixel 4 kepada sistem kawalan gerak isyarat. Ini merupakan satu revolusi dalam interaksi-manusia-mesin. Di Infineon, kami terus mengusahakan lagi penggabungan berbilang sensor untuk memudahkan interaksi dan meningkatkan kebergunaan peranti," kata Andreas Urschitz, Presiden Divisyen untuk Pengurusan Kuasa dan Berbilang Pasaran di Infineon Technologies AG.

Teknologi radar Infineon mempunyai asal usul dalam sektor automotif. Sensor radar telah mengukur jarak, kelajuan dan pergerakan sambil memandu dengan berkesan selama berdekad-dekad. Infineon terus membangunkan fungsi-fungsi ini untuk peranti kecil. Cip 60 GHz ialah sistem radar yang lengkap dengan antena di kawasan yang amat kecil (5 x 6.5 mm) digandingkan dengan penggunaan kuasa yang rendah. Ia boleh mengesan pergerakan dalam bilik atau mengukur jarak dari objek dalam julat milimeter dengan ketepatan tertinggi. Dengan perisian yang sesuai, data gerak isyarat diterjemahkan kepada fungsi, agar kawalan melalui gerak isyarat dapat dilakukan tanpa menyentuh peranti.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612623-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0

 

Source: Infineon
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services