omniture

Aplikasi Super Penjagaan Kesihatan Indonesia Alodokter Kumpul USD 33 Juta

Alodokter
2019-10-19 02:19 722

JAKARTA, Indonesia, 19 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Aplikasi super penjagaan kesihatan yang terkemuka di Indonesia Alodokter telah mengumpul USD 33 juta dalam pusingan Siri C yang dipimpin oleh Sequis Life dan dengan penyertaan daripada Philips, Heritas Capital, Hera Capital, Dayli Partners dan lain-lain. Pelabur-pelabur sedia ada Softbank Ventures Asia dan Golden Gate Ventures turut mengambil bahagian dalam pusingan berkenaan.

Suci Arumsari (Pengasas Bersama & Pengarah Alodokter) & Nathanael Faibis (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Alodokter)
Suci Arumsari (Pengasas Bersama & Pengarah Alodokter) & Nathanael Faibis (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Alodokter)

Alodokter ialah platform kesihatan yang terkemuka di Indonesia dengan lebih 20 juta pengguna aktif setiap bulan pada platform tersebut, lalu menjadikannya salah satu perkhidmatan teknologi kesihatan yang paling dipercayai di dunia. "Sistem perubatan Indonesia telah melalui perubahan besar-besaran sepanjang 10 tahun lalu dan lebih cenderung untuk menerima inovasi digital berbanding pasaran-pasaran yang lebih matang. Indonesia menjadi salah satu sistem perubatan natif secara digital yang pertama di dunia. Ia telah menjadi salah satu faktor utama untuk pertumbuhan hiper yang telah kami alami sejak pelancaran kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nathanael Faibis.

Pesakit-pesakit hari ini menggunakan Alodokter untuk berbual dengan doktor, menetapkan temujanji, menemui kandungan diperibadikan dan mengurus insurans kesihatan mereka. Alodokter bekerjasama dengan jaringan dipercayai melibatkan 20,000 doktor dan 1,000 hospital serta klinik. "Mencari maklumat perubatan yang betul, doktor yang betul dan penyelesaian kewangan yang betul boleh menjadi suatu yang sukar buat keluarga di seluruh Indonesia. Saya merupakan pengguna biasa Alodokter selaku seorang ibu dengan dua orang anak kecil, namun dengan pengetahuan perubatan yang terbatas. Alodokter mengubah hidup saya apabila melibatkan pengurusan kesihatan keluarga saya. Saya ingin menjadi penjaga kepada semua keluarga di Indonesia," kata Suci Arumsari, pengasas bersama Alodokter.

Insurans kesihatan baharu berkembang pesat tatkala Alodokter memanfaatkan ekosistem

Alodokter akan menggunakan dana ini untuk meluaskan penyepaduan jaringan hospitalnya dan untuk terus membangunkan perkhidmatan insurans kesihatan termajunya. Pada tahun 2018, syarikat melancarkan insurans kesihatan yang dikenali sebagai "Perlindungan Alodokter" ("Alodokter Protection"). Pemegang polisi boleh melanggan, membayar dan menuntut terus dalam aplikasi. Mereka juga boleh mengakses suit perkhidmatan premium seperti perundingan dalam talian tanpa had dan akses premium ke hospital. Syarikat sedang membina "insurans abad ke-21", yang bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan tetapi turut membimbing pesakit dalam perjalanan perubatan mereka menuju penyelesaian perubatan yang betul.

Pasaran insurans kesihatan swasta Indonesia sebahagian besarnya masih belum diterokai dengan penembusan kurang daripada 2%, 10 kali ganda lebih rendah berbanding negara jirannya, Malaysia. Kebanyakan keluarga kelas pertengahan Indonesia masih berisiko tinggi mengalami muflis disebabkan oleh bil perubatan yang tidak dijangkakan. Jualan insurans telah melonjak 15x sejak 6 bulan lalu apabila pengguna menemui produk-produk insurans yang mudah dan berpatutan daripada Alodokter.

"Selain kumpulan pengguna mereka, kami kagum dengan DNA perubatan mereka yang mantap dan visi mereka yang jelas untuk menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung kepada pesakit. Alodokter menjadi asas kepada sistem penjagaan kesihatan Indonesia dan kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

Kami akan bersama-sama berada selangkah lebih hampir untuk mencapai matlamat kami membongkar teknologi dan proses baharu serta segmen pasaran dan pelanggan Indonesia yang belum diterokai," kata Tatang Widjaja, Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sequis Life.

Latar Belakang Alodokter:

Alodokter ialah aplikasi super (superapp) penjagaan kesihatan Indonesia yang terkemuka, dicipta pada tahun 2014 oleh Nathanael Faibis dan Suci Arumsari. Alodokter menyediakan penyelesaian digital hujung-ke-hujung kepada pesakit termasuk teleperubatan, tempahan doktor, kandungan perubatan dan perkhidmatan insurans kesihatan. Ia menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20 juta pengguna setiap bulan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612600-1?lang=0

 

Source: Alodokter
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Mobile Entertainment