omniture

ZTE dan China Unicom menang Anugerah Kecerdasan Rangkaian Terbaik di Broadband Awards 2019

ZTE Corporation
2019-10-21 09:57 483

SHENZHEN, China, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ZTE dan China Unicom cawangan Guangdong telah memenangi Anugerah Kecerdasan Rangkaian Terbaik di Broadband Awards 2019 yang diadakan di Amsterdam, Belanda hasil daripada Semakan Konfigurasi Pintar Berasaskan "Role Fingerprint".

Anugerah Kecerdasan Rangkaian Terbaik
Anugerah Kecerdasan Rangkaian Terbaik

Berdasarkan pengurusan bersepadu angkutan ZTE dan produk kawalan- ZENIC ONE, penyelesaian ini menerima pakai algoritma AI dan teknologi pengautomatan yang utama dalam industri untuk membolehkan semakan konfigurasi pintar peranti rangkaian angkutan. Penyelesaian ini meningkatkan keupayaan besar bagi mempertingkat kecekapan semakan konfigurasi sebanyak 90% dan kadar pengenalpastian konfigurasi tak normal kepada 85%, dan oleh yang demikian meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan dengan ketara.

Semakan konfigurasi pintar berasaskan-"Role Fingerprint" yang dibangunkan oleh ZTE dan China Unicom cawangan Guangdong menggunakan algoritma AI untuk mengekstrak ciri struktur konfigurasi peranti daripada data konfigurasi rangkaian sedia ada bagi menghasilkan cap jari peranan peranti.

Semakan konfigurasi pintar membina model protokol berdasarkan graf pengetahuan AI dan melaksanakan kaedah pembelajaran kendiri peranan rangkaian pada peranti agar dapat menemui kesilapan konfigurasi lebih awal. Fungsi ini melibatkan pengecaman semantik, perlombongan data dan analisis data raya.

Selain itu, ia menggunakan pelbagai teknologi AI, seperti NLP dan graf pengetahuan untuk menukar kaedah semakan konfigurasi manual tradisional. Hasilnya, semakan konfigurasi automatik dapat memendekkan cara tradisional daripada 90 orang-hari kepada 7 orang-hari, meningkatkan kecekapan semakan konfigrasi dan kadar pengenalpastian risiko konfigurasi dengan ketara.

ZENIC ONE dibangunkan berdasarkan seni bina mikroperkhidmatan. Ia merupakan sistem SDN pertama dalam industri yang menyepadukan pengurusan, kawalan, penyelarasan, jaminan dan analisis rangkaian pintar berdasarkan konsep natif awan. ZENIC ONE meliputi semua senario 4G/5G rangkaian angkutan, termasuk PTN/SPN, IP/IPRAN, OTN dan penghirisan. Ia direka untuk menawarkan pengurusan rangkaian lebih pintar dan keupayaan kawalan kepada rangkaian angkutan.

ZENIC ONE diberi nilai sebagai "Amat Kuat" oleh GlobalData dalam "Pengawal WAN SDN: Penilaian Landskap Kompetitif" yang dikeluarkan pada Oktober 2019. Menjelang Ogos 2019, ZENIC ONE telah memperoleh 94 paten. Ia telah dimasukkan ke dalam cadangan hampir 70 standard antarabangsa dan digunakan dalam lebih 20 projek penyelidikan universiti-universiti yang ternama.

Broadband Awards mengiktiraf yang terbaik dalam jalur lebar dan menonjolkan pencapaian dalam komunikasi generasi seterusnya, aplikasi, perkhidmatan, strategi & banyak lagi.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 25 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614149-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards