omniture

IMA Lancar Kempen Iklan Global Tonjol Kepentingan Pensijilan dalam Landskap Perniagaan Hari Ini

Institute of Management Accountants (IMA)
2019-10-21 10:34 317

SINGAPURA, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants) melancarkan kempen pengiklanan bersepadu dan bertaraf global yang baharu bagi menyokong program pensijilan CMA® (Certified Management Accountant). Pengiklanan ini menekankan sejauh mana golongan profesional perakaunan dan kewangan yang memperoleh CMA berkedudukan lebih baik untuk memajukan kerjaya mereka dan mendapat jawatan yang lebih strategik.

Dengan laporan yang menunjukkan bahawa pensijilan memberi kelebihan kepada golongan profesional perakaunan dan kewangan, cara yang terbaik untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dalam profesion tersebut adalah melalui CMA. Melengkapi tema ini, kempen tersebut menonjolkan mengapa CMA bernilai dan dapat menghubungkan maklumat buat golongan profesional untuk menambah nilai kepada sesebuah organisasi dan memajukan kerjaya mereka. Iklan berita televisyen boleh diakses di sini: https://www.youtube.com/watch?v=KfIcYqpDoDA.

"Mendapatkan pensijilan CMA bukan sekadar tentang kekal relevan di tempat kerja digital masa kini, ia tentang berkembang maju di tempat kerja tersebut," kata Jeff Thomson, CMA, CSCA, CAE, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA. "Akauntan pengurusan yang memahami teknologi dan strategi termaju akan cemerlang tatkala profesion ini meningkat maju dan CMA membolehkan mereka untuk mencapai potensi berkenaan. Sebagai sebuah persatuan global, kami berharap agar kempen ini dapat mendidik golongan profesional tentang kepentingan CMA dalam membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada masa kini dan masa depan."

Tema kempen ini memperlihatkan pemahaman yang diperoleh daripada kumpulan tumpuan yang mendapati bahawa akauntan pengurusan mendapat manfaat daripada CMA melalui kebolehan mereka untuk berfikir secara strategik dan membuat keputusan yang bijak. Sebagai pintu masuk untuk golongan profesional kewangan beralih kepada jawatan yang lebih strategik, CMA menuntut penguasaan 12 bidang amalan dalam perakaunan pengurusan.

Perubahan kepada peperiksaan CMA pada tahun 2020 akan mengambil kira teknologi dan analitik serta proses membuat keputusan yang strategik, membolehkan CMA untuk mengasah kemahiran mereka ketika bergerak maju menuju era digital. Untuk maklumat lanjut tentang CMA, kunjungi: http://www.imanet.org.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi http://www.imanet.org/

HUBUNGI:

Sunantha Huang
IMA Asia Tenggara & Australasia
(65) 6493 3113
sunantha.huang@imanet.org

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Accounting news, issues