omniture

Goodbaby Lancar Produk Baharu Direka oleh Pengilustrasi Belanda Rick Berkelmans Rai Ulang Tahun ke-30

Goodbaby
2019-10-21 14:49 79

SHANGHAI, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pada 16 Oktober, Goodbaby Group meraikan ulang tahun ke-30nya dan melancarkan produk-produk baharu yang direka oleh pengilustrasi Belanda Rick Berkelmans menerusi China Kid Expo di Shanghai. Produk-produk baharu tersebut merupakan sebahagian daripada strategi baharu syarikat, bagi membina ekosistem perniagaan yang dapat memenuhi keperluan generasi pelanggan baharu dan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakan-rakan niaga.

Cross-over products of Goodbaby, collaborating with dutch artist, Rick Berkelmans.
Cross-over products of Goodbaby, collaborating with dutch artist, Rick Berkelmans.

 

The exhibition area of Goodbaby
The exhibition area of Goodbaby

 

The presentation of Song Zhenghuan, the chairman of Goodbaby
The presentation of Song Zhenghuan, the chairman of Goodbaby

Di ekspo tahun ini, bentuk paparan pameran Goodbaby adalah serba baharu dengan menetapkan tema serta senario berbeza, bagi menampung keperluan pelanggan muda. Bentuk paparan baharu ini turut memperlihatkan perubahan dalam strategi perniagaan Goodbaby. Ia telah mengalihkan tumpuan menerusi empat cara: daripada menjadi bertumpu jenama kepada bertumpu pelanggan, daripada menjadi berorientasikan sumber kepada berorientasikan kebolehan, daripada mengendalikan rantaian bekalan kepada mengendalikan platform, dan akhir sekali namun paling penting, daripada mencipta nilai produk kepada mencipta nilai untuk masyarakat.

Semasa mengulas tentang kolaborasi bersama Rick Berkelmans, Ketua Pegawai Eksekutif Jiang Rongfen, menjelaskan bahawa, bagi menarik minat golongan milenia, Goodbaby menyasarkan untuk membentuk semula imej jenama asalnya. Oleh itu, Goodbaby mewujudkan platform kreatif bagi menghimpunkan pereka-pereka profesional seluruh dunia bagi menjadikan imej jenama tersebut lebih bergaya dan muda serta membina rangkaian produk mewah yang baharu.

Selaras dengan platform kreatif berkenaan, Goodbaby turut mengumumkan satu kolaborasi strategik bersama Istituto Marangoni, sekolah fesyen dan reka bentuk yang paling terkenal di Itali pada bulan Ogos.

Selain langkah-langkah yang disebutkan di atas, Goodbaby turut memperkenalkan kedai jualan runcit versi baharu. Kedai baharu ini akan mencampurkan beberapa unsur baharu seperti realiti maya (VR).

Menurut Jiang, Goodbaby akan membuka kedai jualan runcit versi baharu di pusat membeli belah Shanghai Qibao Vanke. Di kedai ini, Goodbaby akan bekerjasama dengan rakan kongsi Jepun, YanJiYou, mencampurkan unsur-unsur kebudayaan dengan produk-produk mereka sendiri bagi membawakan pengalaman membeli belah yang baharu kepada ibu bapa muda.

Song Zhenghuan, Pengerusi Goodbaby Group, menekankan bahawa pencapaian paling penting oleh GoodBaby sejak 30 tahun yang lalu adalah ia telah menjadi jenama bertaraf global. Dalam 30 tahun akan datang, Goodbaby akan memberi tumpuan untuk membina ekosistem perniagaan dan menembusi ke dalam bidang-bidang komersial yang berbeza termasuk barangan, perkhidmatan, kehidupan sosial, perubatan, pendidikan, sukan serta hiburan. Ekosistem ini dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan yang lebih luas. Selain itu, Goodbaby akan menyediakan secara mampan sumber yang banyak dan sokongan kepada pembekal-pembekal berbeza serta rakan-rakan niaga.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615316-1-a?lang=0
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615316-1-b?lang=0
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615316-1-c?lang=0

Source: Goodbaby
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news New products/services