omniture

ZAFUL lancar kempen pengiklanan luar rumah pertama untuk sasar Pasaran Filipina

ZAFUL
2019-10-21 14:51 343

MANILA, Filipina, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pada 1 Oktober lalu, ZAFUL memulakan kempen pengiklanan luar rumah (out-of-home, OOH) yang pertama di Manila, iklan yang tersebar di seluruh bandar tersebut bermula dari pusat kewangan Makati ke bandar-bandar sekitarnya. Kempen baharu ZAFUL telah mendemonstrasikan produk-produk yang mengikut trend dan berkesan kos untuk pasaran Filipina.

Kempen ini memberi tumpuan untuk membina kesedaran jenama ZAFUL dan menarik perhatian pengguna baharu di Filipina. Setelah bekerjasama dengan penulis blog kecantikan Michelle DY (IG @michelledyy) yang mempunyai 2.3 juta pengikut di saluran YouTube, ZAFUL membuat percubaan baharu dalam pasaran baharu ini. Menurut pengarah jenama ZAFUL Apollo Jiang, "Iklan OOH merupakan langkah pertama kempen luar talian selepas menembusi pasaran Filipina, ZAFUL merancang untuk menjalankan lebih banyak acara bagi mendekati pelanggan baharunya."

ZAFUL lancar kempen pengiklanan luar rumah pertama untuk sasar Pasaran Filipina
ZAFUL lancar kempen pengiklanan luar rumah pertama untuk sasar Pasaran Filipina

Sejak September tahun lalu, ZAFUL melihat Filipina sebagai salah satu bahagian yang paling penting dalam strategi pemasaran global. Hanya empat bulan kemudian, pada 1 Januari tahun ini, ZAFUL mewujudkan portal laman sesawang Filipina bagi menyediakan perkhidmatan yang eksklusif kepada pelanggan di Filipina secara rasmi. ZAFUL berkembang pesat di Filipina. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam hasilnya, dari awal hinggalah September ini, bilangan pengguna berdaftar mencecah 3 juta. Di samping itu, jumlah jualan ZAFUL telah meningkat dengan pantas dalam pasaran Filipina, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah lebih 1320 peratus dalam tiga suku yang lalu.

"Penyetempatan ialah matlamat operasi kami di Filipina. Penyetempatan laman sesawang sahaja tidak mencukupi. Bagi mengoptimumkan perkhidmatan penyerahan tempatan dalam suku pertama tahun ini, kami bekerjasama dengan syarikat logistik tempatan Ninja dan membina gudang kami di Manila. Pada masa depan, kami akan menubuhkan pasukan operasi tempatan bagi mengukuhkan kedudukan dalam pasaran Filipina," kata Samuel Xie, Pengurus Operasi ZAFUL.

Lebih 90 peratus pengguna di Asia Tenggara mengakses Internet menggunakan peranti mudah alih. Peranti mudah alih semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan harian generasi muda di Asia Tenggara. ZAFUL berusaha untuk memanfaatkan era digital bagi membangunkan bahagian pasarannya. Pada masa kini, ZAFUL APP meraih kedudukan No.7 dalam senarai kedudukan aplikasi membeli belah iOS dan Google Play. Sebagaimana yang diramalkan, bahagian pasaran ZAFUL APP akan terus meningkat di Filipina melihatkan kempen pengiklanan OOH strategik yang serba baharu ini.

Latar Belakang ZAFUL

Ditubuhkan pada tahun 2014, ZAFUL memberi tumpuan untuk menyediakan produk-produk berkaitan fesyen yang mengikut trend dan cekap kos untuk generasi yang lebih muda di seluruh dunia. Pada tahun 2019, ZAFUL meraih kedudukan ke-23 dalam senarai 50 Terbaik Jenama Eksport China oleh BrandZ, pangkalan data ekuiti jenama yang terbesar di dunia. Setakat ini, ZAFUL telah memperoleh 10 juta pengguna berdaftar secara dalam talian dengan 18 juta pengguna aktif bulanan secara purata, meliputi pengguna di lebih 180 negara. Visi ZAFUL adalah untuk menjadi peneraju dalam bidang fesyen pantas dalam talian.

Hubungan Media
event@zaful.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2613947-1?lang=0

Source: ZAFUL
Keywords: Advertising Fashion Retail New products/services