omniture

KLM Royal Dutch Airlines raikan ulang tahun keseratus dengan 100 tahun kemajuan

KLM Royal Dutch Airlines
2019-10-21 16:09 262

KLM Royal Dutch Airlines, syarikat penerbangan antarabangsa yang tertua di dunia yang masih beroperasi di bawah nama asalnya, menyambut ulang tahun ke-100 pada 7 Oktober 2019. Semasa berlangsungnya perayaan untuk meraikan ulang tahun keseratusnya, KLM mengimbau kembali 100 tahun sejarah KLM dan menuju masa depan yang mampan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- KLM Royal Dutch Airlines menyambut ulang tahun ke-100nya pada hari Isnin, 7 Oktober 2019. Ditubuhkan pada tahun 1919, KLM ialah syarikat penerbangan komersial pertama yang masih terbang di bawah nama asalnya untuk mencapai kejayaan ini di dunia. KLM mencapai kejayaan yang penuh bermakna ini lantaran komitmennya untuk merebut peluang, menyahut cabaran, berhubung dengan rakan kongsi dan menerima teknologi.

KLM Royal Dutch Airlines raikan ulang tahun keseratus dengan 100 tahun kemajuan
KLM Royal Dutch Airlines raikan ulang tahun keseratus dengan 100 tahun kemajuan

KLM diiktiraf secara meluas sebagai pelopor dalam industri penerbangan dan menerusi tahun keseratusnya ia bukan sahaja mengimbau untuk meraikannya, tetapi memandang ke hadapan dengan yakin menuju masa depan. Baru-baru ini KLM melancarkan 'Fly Responsibly', satu inisiatif untuk mengundang pihak-pihak lain bagi berganding bahu dalam pembangunan penyelesaian mampan untuk industri penerbangan.

Estee Ng, Pengurus Negara Air France KLM Malaysia berkata: "Ulang tahun ke-100 KLM memberi peluang unik untuk berkongsi kekayaan sejarah KLM sebagai pelopor penerbangan. Malaysia mempunyai kedudukan unik dalam jaringan KLM sebagai salah satu daripada 21 hentian bagi penerbangan antara benua pertama KLM dari Amsterdam ke Jakarta pada tahun 1924. KLM Fokker F7-II meluangkan selama 2 malam di Alor Setar, ketika itu merupakan sebuah bandar yang amat kecil dan sunyi, bagi memastikan satu enjinnya bersedia untuk terbang sejauh 160km melintas perairan Selat Melaka. Namun demikian, selain mengimbau kembali peristiwa lampau, ulang tahun KLM memberi detik untuk melihat ke hadapan menuju abad seterusnya, memandangkan kami ingin menetapkan standard untuk penerbangan masa depan. Kami ingin terus menghubungkan dunia, namun dengan memberi perhatian kepada keadaan sekitar kami."

Sempena ulang tahun KLM dan bagi meneruskan tradisi, KLM menyampaikan rumah miniatur Delftware baharunya, rumah KLM nombor 100. Sejak tahun 1950-an, KLM menyampaikan rumah miniatur Delftware rekaan khas kepada penumpang Kelas Perniagaan Dunia. Rumah tersebut merupakan replika bangunan monumental di seluruh Belanda. Miniatur tahun ini ialah replika Huis ten Bosch Palace di The Hague.

[FLIGHT MODE ON] Kisah Perjalanan Anda, Inspirasi Kami

Bagi meraikan ulang tahun ke-100 KLM, KLM Malaysia melancarkan 3 video yang merakamkan kisah-kisah perjalanan pengembara KLM tempatan dari Kuala Lumpur.

Untuk menonton video-video 'FLIGHT MODE ON' yang memberi inspirasi di YouTube:

Latar Belakang KLM di Malaysia

Untuk maklumat lanjut dan inspirasi sila kunjungi:

Jadual Penerbangan:

(Jadual penerbangan musim sejuk 27 Oktober 2019 - 29 Mac 2020)

Penerbangan harian dikendalikan oleh pesawat Boeing B777-200 dan B777-300ER dengan 34 tempat duduk dalam Kelas Perniagaan Dunia serta 286 dan 374 tempat duduk dalam Kelas Ekonomi.

KUALA LUMPUR - AMSTERDAM

Nombor penerbangan

Dari

Ke

Berlepas

Tiba

KL810

Kuala Lumpur

Amsterdam

23:50

05:55+1

KL809

Amsterdam

Kuala Lumpur

20:50

15:50+1

KUALA LUMPUR - JAKARTA

Nombor penerbangan

Dari

Ke

Berlepas

Tiba

KL809

Kuala Lumpur

Jakarta

17:05

18:10

KL810

Jakarta

Kuala Lumpur

19:25

22:30

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2611136-1?lang=0

Source: KLM Royal Dutch Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel